H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

2Days 1Night season 2!
Posted on Sunday 30 December 2012 at 20:51 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Aku tak faham kenapa orang nak kata yang 2Days 1Night season 2 tu tak best. Aku tengok best je. Kalau bagi akulah, aku lebih prefer yang season 2 punya daripada yang season 1. Ingat aku tak tengok ke yang season 1 punya. Aku tengok tau dari episode pertama yang mana originalnya ialah 4 orang iaitu Hodong, Sugeun, Jiwon and Jongmin bersama juga dengan Hongcheol dan Sangryul. 

Aku memang benci sangat-sangat dengan orang yang terlampau obses dengan 2Days 1Night season 1 punya members and pd sehinggakan dorang sanggup mengatakan yang season 2 punya members and pd adalah teruk.Perkara yang memang bagus tentang 2Days 1Night season 2 ialah semua member dapat pendedahan yang sama. Tak ada siapa yang nak jadi lebih baik atau lebih penting daripada yang lain. Lagipun, 2Days 1Night season 2  tak ada main mc. 

Jadi semua orang berpeluang untuk menyebut 2Days 1Night masa perjalan dorang.Ada yang kata yang dorang sangat berharap yang Hodong dapat balik semula dekat 2Days 1Night. Tapi bagi aku, memanglah aku minat Hodong. Tapi dia tu terlampau macam over power masa season 1 yang mana okay untuk musim itu. Tapi tak begitu okay untuk season 2 punya. 

Lagipun members yang untuk season 2 ni dah ada roles dorang tersendiri.Kalau Hodong balik semula, dia mungkin akan over power members yang lain dan terus terang aku kata. Aku mungkin tak akan enjoy watching Hodong at the end. He was becoming to much. Ada yang kata yang dia nak Na PD dekat 2Days 1Night season 2.Tapi bagi aku, personaliti Bird PD sangat sesuai untuk 2Days 1Night season 2 sama juga macam Na PD. Tapi Na PD punya personaliti sesuai masa 2Days 1Night season 1 bukan season 2 punya. 

Lagipun, 2Days 1Night season 2 makin lama makin okay dan makin best. Permainan yang dorang main tu pun makin lama makin gila dan makin kelakar. Aku tak pernah kata 'Alah, permainan ni aku dah pernah tengok sebelum ni' sebabnya permainan dorang tu sentiasa kreatif dan permainan baru sentiasa dicipta. Game strawberry, rock-paper-scissor and multiplication tu pula tak membosankan aku.

Sebabnya ianya sentiasa kelakar dan kadang-kadang maybe kita boleh jangkakan. Tapi yang penting tak payahlah nak bandingkan season 1 punya dengan season 2. Season 1 and season 2 adalah completly different. Personaliti dorang pun berbeza juga. Kalau kau memang betul suka tengok season 1 punya janganlah sampai nak kata yang buruk-buruk tentang season 2 punya.

Klah, Assalamualaikum.
Weird hobby?
Posted on Thursday 27 December 2012 at 23:32 | 2comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Aku ada satu tabiat yang maybe orang akan kata yang aku ni berlagak nak buat macam tu. Aku kalau nak pergi mana-mana mesti aku bawa beg. Dalam beg tu aku akan isi buku. Tak kiralah buku tu buku apa. Tapi selalunya aku akan bawa buku sekolah aku. Sebabnya aku nak buat kerja aku yang melambak tu.

Hampir setiap kali kalau aku ikut mak ayah aku keluar pergi beli barang. Aku akan bawa beg yang diisi buku. Kalau pergi bercuti mana-mana ke aku akan pastikan yang salah satu barang yang aku bawa ialah buku. Walaupun kadang-kadang aku macam tak ada masa nak buka buku tu. Tapi still aku akan bawa juga.

Aku bawa buku tu bukannya nak menunjuk dekat orang lain yang aku ni budak rajin. Yelah, sentiasa bawa buku ke mana-mana kan. Aku bukannya bawa buku tu sebab nak tunjuk yang aku ni budak hebat. Budak rajin. Aku ada banyak lagi kerja lain daripada nak menunjuk-nunjuk tu. Lagipun aku tak suka budak hot. So, tak akanlah kalau aku tak suka budak hot, aku nak jadi pula kan.

Okk maybelah orang lain tak pernah buat macam tu. Aku je yang buat. Tapi bukannya bermakna yang kalau aku sentiasa bawa buku maksudnya aku nak cari perhatian orang. Aku ni bukannya orang yang tak cukup perhatian. Tak cukup kasih sayang. Jangan jadi typical minded sangat, boleh tak?

Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku nak bawa buku setiap kali aku pergi keluar mana-mana. Kadang-kadang aku tak ada masa pun nak buka buku tu. Tapi still aku bawa juga ke mana aku pergi. Aku pun pelik kenapa aku akan sentiasa bawa buku. Tapi aku rasa macam tak lengkap kalau aku pergi mana-mana tanpa bawa buku.

Yang pentingnya ialah, aku bukannya orang yang sentiasa nak bawa buku sebab nak cari perhatian orang lain. Ianya macam dah jadi perkara biasa kalau aku bawa buku tu. Aku tak malu pun kalau orang pandang lain macam ke kat aku. Asalkan aku tak kacau hidup kau. Setiap orang bukannya ada likes and dislikes yang sama.

Klah, Assalamualaikum.
Segmen: Review Blog by Fateha Halim
Posted on Wednesday 26 December 2012 at 01:27 | 4comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Kalau sesiapa rasa nak join, sila tekan banner yang lawa tu k. Tapi kena cepat sebab tarikh tamatnya ialah pada 28 Disimber 2012. Tinggal dua hari je lagi. Cepat! Capat!

p/s: Yuni dah tekan dah semua tu. Penatlah juga nak tunggu semuanya habis loading. Nasib baik Yuni ni baik tau. hehehehe

Klah, Assalamualaikum.
I have got a twitter!
Posted on Tuesday 25 December 2012 at 15:04 | 1comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Mula-mula aku ada tergerak hati nak buat twitter. Tapi aku malas nak layan benda alah tu. So, aku biarkan jelah. Tapi lepas tu, tiba-tiba entah macam mana aku pun buat. So, sekarang ni aku pun dah ada twitter. lol. Aku ni still newbie lagi. Yelah, dah aku baru buat semalam tulah sebabnya aku ni still newbie lagi. Jadi aku perlukan support korang yang dah terer tu. Kalau sesiapa rasa yang dia nak follow aku, terima kasih sangat-sangat. Nanti aku follow balik. Lagi satu, burung yang dekat tepi blog tu ialah link twitter aku. Tekan je dekat burung tu k.

https://twitter.com/YuniTeol

p/s: Dah lama aku nak bagiatahu tentang benda ni. Aku rasa masa tu pun aku ada buat post tentang ni rasanya. Tolonglah kalau sesiapa yang dekat comment dia tu ada word verification tolonglah disable kan benda tu. Aku jamin yang orang yang comment tu semuanya bukan robot so tak payahlah letak benda alah tu.

Bukannya nanti orang nak comment kalau letak benda tu. Lagi orang tak nak comment. Kalau aku, aku akan still lagi comment blog korang tu kalau ada word verification tapi bukan bermakna yang aku suka benda alah tu. Aku pun sakit juga hati kalau perkataan yang aku taip tu tak sama. Lepas tu, kena taip baik. Siapa yang tak sakit hati.

So, tolonglah disable kan word verification tu. Paling menyakitkan hati aku ialah blog tulah berat lepas tu ada word verification. Kalau blog macam tu, aku akan try dua kali je. Kalau dua-dua tu tak boleh juga. Sorrylah kalau aku tak comment.

And lagi satu, perlu diingatkan yang kalau blog ada button follow tu. Aku bukannya tak follow tapi tak boleh. So, aku tak nak nanti korang marah pula sebab aku tak follow balik. Jadi kalau nak aku follow, pergi dapatkan google friend connect dulu. Lepas tu, kau bagitahu aku. Nanti aku akan follow ok.

Klah, Assalaualaikum.
Things that I really don't like
Posted on Monday 24 December 2012 at 11:46 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Kali ni dengan berbesar hatinya aku nak bagitahu tentang benda yang memang aku tak suka. Tapi kadang-kadang kalau nafsu mengawal diri aku ni, aku buat je benda yang aku tak suka tu. Tapi lepas tu kenalah tanggung. Tulah kita kena kawal nafsu jangan nafsu yang kawal kita. Isy isy tak patut tak patut.
#1 + 2- Sambal belacan + Sea food
Disebabkan aku ni ada resdung so aku memang tak boleh makan sambal belacan dengan sea food. Tapi kadang-kadang kalau aku dah kempunan sangat aku pun makan. Yelah ingat senang ke nak tahan nafsu ni. Bila tengok makanan tu je mesti terliur punya. Last-last aku 'ngap' je lah. Tapi lepas tu, mulalah aku bersin berhari-hari.

Tapi yang sambal belacan tu aku boleh tahan lagi. Cuma yang sea food tu je aku tak boleh tahan. Yang menyakitkan hati aku yelah banyak juga tau lauk yang guna sambal belacan. Disebabkan kebaikan hati mak aku tu, mak aku punya lauk mesti tak guna sambal belacan. Contohnya macam kuah laksa. Kuah laksa kan kalau nak sedap tambah sambal belacan. Tapi mak aku tak tambah pun.

Sama juga macam asam pedas, petis, sambal nasi lemak dan banyak lagilah. Abang aku pun ada resdung juga tapi bila dia makan sambal belacan dengan sea food tu, macam ok je. Abang aku kata yang kalau nak elok kenalah makan benda tu. Memanglah cakap senang tapi bila aku dah makan tu, aku kenalah tanggung kesan dia. Kesan dia nanti tak datang secara direct tau. Macam besoknya ke.

Nanti aku mesti akan bersin sampai berhari-hari. Time aku bersin tu mestilah hidung aku sakit. Aku rasa macam nak cabut hidung tu lepas tu letak dekat satu tempat yang lain. Bila dia dah habis bersin baru aku cantumkan balik. Tapi itu hanya angan-angan semata-mata. Lagipun bila aku bersin teruk tu, kepala aku memang pening dan aku tak larat nak buat kerja.

Mak aku kata yang aku tak boleh makan sea food yang fresh. Sebab dia still lagi ada bisanya. Kalau lama juga pun tak boleh sebab nanti dah berhabuk. Last-last aku malas nak makan. Lagipun, aku manalah boleh kena habuk-habuk ni. Tu sebab kalau buat kerja mengemas ni mesti aku akan bersin.

Klah, Assalamualaikum.
Collection terbaru!
Posted on at 00:19 | 4comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Tadi aku ikut mak and ayah aku keluar pergi barang. Pada mulanya aku tak nak ikut sebab aku malas. Duduk rumah lepas tu tengok tv lagi best. Opps terpancar kemalasan aku dekat situ. lol. Lepas tu, mak aku pujuk aku ikut tambah pula aku nak beli buku baru. So, dengan hatinya berbunga-bunga aku pun pergi.

Tapi memang lepas ni aku malas nak ikut lagi. First, sebab aku boring. Yelah, time mak ayah aku pergi beli barang, aku tercogok je macam patung cendana. Lebih baik aku duduk rumah, dapatlah siapkan kerja aku yang melambak tu. Ehh ada ke patung nama patung cendana ek? Ahhh lupakan jelah.

Second, sebab aku penat. Aku ni kata je penat tapi still lagi boleh buat entry time macam ni. Patutnya time ni waktu tidur. Okkk lupakan part tu. Tapi time yang best ialah aku dapat beli komik baru! And the best part ever was I have bought Maid Maiden Saturday! WOOOOOOOOOOOOOOW! Alamak sawan aku dah datanglah. lol

Yelah, ingatkan sekejap ke aku tunggu komik tu keluar. Lama juga tau. Setakat ni aku dah ada daripada Maid Maiden Monday sampai Saturday. Yang Sunday punya je belum ada lagi. Nanti kalau aku dah cukup sampai Maid Maiden Sunday. Aku tunjukkan. Tapi komik dia memang best. Almaklumlah aku ni peminat komik.

Sekarang ni koleksi komik aku nak dekat seratus dah. Makin banyak komik yang aku beli tu, makin banyaklah duit yang aku terbang. Aku rasa nafsu aku jadi gila bila tengok buku. Time tu memang aku nak beli macam-macam. Aku tak tertarik dengan baju ke or kasut ke. Tapi just buku je boleh buat nafsu aku nak beli nak beli.

Walaupun duit aku banyak habis disebabkan komik janji aku puas. Yelah, ingat aku beli komik tu mak ayah aku bayar ke. Aku penatlah kumpul duit semata-mata nak beli komik. Tapi bukannya aku just beli komik je. Kalau pergi kedai buku, aku akan beli komik dan novel bahasa Inggeris. Kalau ada buku yang macam motivasi tu yang membuatkan aku tertarik aku belilah. So, aku bukan beli komik je.

Klah, aku dah mula mengantuk ni. Asssalamualaikum.
Segmen Ieka Nak Review Blog Oi! v.2
Posted on Saturday 22 December 2012 at 12:35 | 5comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k. Tapi kena join cepat-cepatlah sebab tarikh tamat segmen ni ialah pada 24 Disimber 2012.
Ieka harus review blog saya kerana saya baru je tukar skin ni. Walaupun dah lama juga Yuni pakai skin ni tapi Yuni nak tahu apa yang orang lain rasa tentang skin ni. Adakah skin ni ok ke ataupun tak ok. Kalau tak ok nanti Yuni nak tukarlah pakai skin lain. Lagipun Yuni lebih tertarik join segmen yang macam ni daripada join segmen yang tentang follower tu. 
Dan buat masa sekarang follower Yuni hanya ada 666 je.

Klah, Assalamualaikum.
" Segmen Review Blog Saya by Eira "
Posted on at 12:12 | 8comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k. Tapi kena cepatlah sebab tarikh tamat segmen ni ialah pada 24 Disimber 2012. Takut nanti ada pula yang kempunan tak dapat join.

Klah, Assalamualaikum.
Best mandi laut!
Posted on at 12:00 | 0comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Masa hari Selasa hingga Khamis yang lepas, aku pergi tidur dekat chalet tau. Chalet tu dekat dengan Laut Pengkalan Balak. Pada mulanya aku malas nak pergi sebab aku ada banyak agi kerja yang nak diuruskan. Tapi lepas tu, ayah aku tu asyik paksa aku pergi juga. Last-last, aku pun pergi juga.

Tapi memang seronok dapat mandi laut. Aku pun tak ingat lagi bila kali terakhir aku mandi laut. Yelah, kalau mandi dekat water park tu memanglah selalu juga tapi kalau dekat laut ni. Aku rasa kali terakhir aku mandi time aku kecil lagi. So, memang seronoklah sangat.

Disebabkan aku ni terlampau excited nak mandi laut, walaupun time tu hujan aku still lagi mandi juga. Sebenarnya macam ni, aku pergi chalet tu dengan cousins aku dan juga mak dan ayah saudara aku. Mak ayah aku tak dapat ikut sebab dorang busy dengan dorang punya kertas SPM. Almaklumlah, dorang tu kan pemeriksa kertas SPM.

Masa first day, aku sampai situ. Aku dengan cousins aku tak bercadang nak mandi, setakat nak basuh kaki je. Tapi last-last kitaorang kena tarik masuk dalam laut tu. Patutnya kata nak basuh kaki je tapi endingnya kitaorang mandi sekali dekat laut tu.

Second day pula iaitu hari Rabu kan result PMR keluar. Kakak sepupu aku ambil result PMR and nasib baik result ni baik. Tulah disebabkan dia terlampau gembira dengan result dia tu dia nak terjun laut petang tu tapi kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Petang tu pula hujan so tak jadi. Pagi tu aku tak mandi pun. Aku hanya basahkan kaki je. Lepas tu, aku masuk bilik sebab bosan.

Third day tu pula, tengahari nak kena check out dah. So, pagi-pagi tu lepas dah sarapan semua dan rehat-rehat jap. Lepas tu, terus pergi mandi dekat laut. Tapi time tu hujan turun juga tapi sekejap je. Disebabkan belum puas mandi laut lagi, aku still lagi mandi walaupun hujan. Disebabkan itu, malam tu aku demam. Badan aku ni bukannya kuat sangat. Sikit-sikit sakit. Lepas ni, aku tak akan mandi hujan lagi.

Klah, Assalamualaikum.
Urm! Next year?
Posted on Thursday 20 December 2012 at 16:24 | 2comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Hohohohoho semalam mesti hari yang mendebarkan buat budak-budak PMR kan. Congrats kepada sesiapa yang dapat straight A's tu. Kalau yang tak dapat tu janganlah kecewa sangat. Mungkin Allah nak bagi kita result yang lebih baik masa SPM nanti ke. Manalah kita tahukan. Tapi yang penting jangan sesekali salahkan Allah SWT.

Kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan dekat kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Bukan bermaksud kalau kita tak berjaya sekarang maksudnya kita akan gagal selama-lamanya. Lagipun, orang yang betul-brtul berjaya ialah orang yang pernah gagal tapi dia bangkit semula untuk buat yang lebih terbaik.

Tapikan memanglah batch 99' dah lega dah sebab dah dapat result. Tapi aku ni pula yang makin rasa takut sebab tahun depan aku pula yang nak ambil. Dahlah tahun depan tahun last pula tu. Makin lama cuti makin tinggal sikit. Kalau cuti tinggal sikit maknanya tak lama lagi aku kenalah pergi sekolah balik. Takutnya! T__T

Klah, Assalamualaikum.


" Segmen : Review Blog by Budak Jahat "
Posted on Wednesday 19 December 2012 at 21:59 | 10comments




Bismillah, Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k.

Klah, Assalamualaikum.
Revenge?
Posted on Monday 17 December 2012 at 11:07 | 2comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Ada dua orang kawan baik ni tau, nama dorang ialah 'A' dan 'B'. Dorang ni pergi ke mana-mana pun mesti berdua. Tapi sayangnya peragai dorang ni ada lain sikit. Yang 'A' ni bila orang lain buat jahat dekat dia mesti dia akan balas balik. Yang 'B' ni pula dia ni completely different from 'A'. Bila seseorang tu buat jahat dekat dia, dia akan maafkan orang tu.

So who do you want to be like? Do you want to be like 'A' or 'B'? If I, I want to be like 'B'. I know it's very hard to be like that but if you hard work to get something you want. Nothing is impossible. I don't want to be like 'A'.

Aku pernah terfikir adakah kita akan rasa gembira bila kita balas dendam dengan orang yang buat jahat dekat kita dulu? I don't think that it will make you happy but it will just make you live in darkness of revenge.
Daripada kita susah-susah balas dendam, kenapa tak kita maafkan je orang tu.

Entahlah tapi nilah yang aku cuba pratikkan:

#- Just smile when someone talk bad to you. Tak payah balas balik dengan mengumpat orang tu. Mula-mula kita tak dapat dosa tapi nanti bila kita mengumpat orang tu, dah dapat dosa.

#- When someone do something bad to you just forgive them. Tak payah nak balas dendam balik. Tunjukkan dekat orang yang buat jahat dekat kita tu yang kita akan ok walaupun dia buat macam-macam benda dekat kita.

Kadang-kadang kita ni ada juga hater tapi kita sendiri je yang tak tahu. Ada juga walaupun sebenarnya dia kawan yang paling rapat dengan kita tapi dia sendiri yang jadi hater tu. Ada tiga sebab kenapa kita ni ada hater. Yang pertama sebab dia nak jadi macam kita. Yang kedua sebab dia benci diri dia sendiri dan yang ketiga sebab dia nampak kita sebagai ancaman dia.

Bila orang lain buat jahat dekat kita ni hanya sebab dia nak bagi kita sakit je. So bila orang lain buat jahat dengan kita, senyum je. Tak payah nak balas balik. Bila kita balas balik maksudnya dia dah berjaya buat kita sakit. Be happy in front of your hater. It will kill them.

Haa, sebelum aku terlupa. Nilah antara salah satu hadiah yang aku dapat. Semalamkan birthday aku.

http://www.123greetings.com/send/view/12215912922419924216

Klah, Assalamualaikum.
Segmen: I Adore My Bias by Amni and Dalilah
Posted on Friday 14 December 2012 at 15:53 | 3comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Semalam aku dah terjumpa tentang segmen ni dekat dashboard tapi aku malas nak buat dulu. Yelah, time tu kemalasan aku memang tahap maksima sebab aku baru je lepas tengok Shinhwa Broadcasts. Lagipun time tu nak dekat pukul satu pagi dah so aku tangguhkanlah dulu. And baru hari ini aku join. Erm erm bytheway, aku tag semua yang jumpa entry ni especially to kpoppers. Ok let's begin now!
#1- Bila korang mula minat kpop
Aku rasa secara official aku minat kpop ialah tahun lepas. Actually aku mula minat kpop ialah pada tahun 2010 tapi time tu aku minat kpop macam so so je. Tak minat sangat tak suka sangat. Macam sederhana je sebab time tu aku lebih berminat tengok korean drama. Well, almaklumlah my sis yang berbaik hati tu introduce me to korean drama. lol
#2- Bias korang yang pertama korang minat siapa
Erm erm Song Joong Ki is my first bias. Time tu aku memang gila sikit dengan drama Sungkyunkwan Scandal. Ok ok I admit bukan gila sikit tapi gila banyak. lol. Tapi sekarang ni aku dah bercerai dengan dia dengan talak tiga sebab aku dah jumpa orang lain. And aku nak lupakan kenangan aku bersama dia. Oooh mood jiwang aku dah datang.
#3- Korang ada berapa bias
Aku ada bias lebih dari satu.
#4- Top 3 bias korang siapa
1; G.O-Mblaq
2; Cha Tae Hyun- Actor
3; Yoochun- JYJ
#5- Kenapa korang minat dia
1- Aku start minat G.O time dia dekat Immortal Song 2. Aku rasa dia ni memang perfect sangat. Dia boleh menyanyi, berlakon, kelakar dan paling penting dia memang handsome. Actually he has a voice that very good. Lepas tu, aku bertambah minat dengan G.O time aku tengok Mblaq punya variety show. Time tu aku dapat tengok side yang baru yang lebih comel bukan yang selalu aku tengok dalam mv dorang.

2- Kalau korang suka comedies tapi bukan yang over-acting then you have to find Cha Tae Hyun. Tapi apa yang paling aku suka tentang dia ialah personaliti dia. If you don't believe me you can just watch running man, family outing and also 2Days1Night Season 2. Maybe nampak macam aku ni over sangat tapi apa yang aku rasa ialah the best thing that could happen to 2Days1Night Season 2 was Cha Tae Hyun.

3- Aku mula-mula kenal Yoochun bukan sebagai penyanyi tapi sebagai actor. Aku mula minat dia time Sungkyunkwan Scandal. Aku rasa memang muka dia tu memang sesuai sangat untuk historical drama. Memang sesuai sangat bawak watak macam king or crown prince yang berkaitan dengan Joseon Era. Kalau dia bawa watak orang yang pakai coat pun smart tapi dia lebih sesuai bawak watak dalam historical.
#6- Macam mana boleh minat dia
Apa yang paling penting yang membuatkan aku minat G.O ialah bukan dia tu handsome tapi suara dia yang sedap and also sebab dia kelakar. Lagi satu, aku suka sangat tengok poker face dia. lol. Macam time bila dia jawab apa maksudnya 'ESC'. Just search je dekat Youtube.

Aku sangat suka Cha Tae Hyun bila time aku tengok Running Man tapi aku tak pernah nak mengaku. Well, you know, he's not really someone we will call handsome. But he really has a charm that make him attractive. At first, I just can't figure out. Dan bila aku tengok 2Days1Night, aku baru dapat tahu kenapa dia tu sangat attractive. Kan aku kata aku suka dia punya personaliti sebab dia tu nampak macam real, down-to earth guy  and his humor is one of my favorite. Lagi satu, aku suka sangat dengar dia ketawa. Ketawa dia tu memang cute sangat. And also Cha Tae Hyun is definition of happiness

Kalau yoochun pula aku minat dia sebab dia punya drama. He is one of the talented actor. Aku suka semua dia punya drama. Oh ada satu je yang aku tak suka iaitu Miss Ripley. I know that the drama is very good but the ending really make me disappointed. Actually aku tak tengok pun Miss Ripley tu sebab bila aku tengok ending dia. Dorang tak bersama so semangat aku nak tengok tu dah berkecai.
#7- Gambar bias korang yang paling korang suka


G.O




Cha Tae Hyun
#8- Suara bias korang dalam lagu/cerita apa yang korang suka
G.O- Love is a cold temptation
Cha Tae Hyun- Because I Love You
Kangnam- Say my name
#9- Apa yang special pasal bias korang tu
Dorang semua tu ada keistimewaan dorang sendiri. Ada bakat dorang sendiri. Tulah sebab aku suka dorang.
#10- Group KPOP mana yang korang paling minat sekarang
Mblaq, Shinhwa and Jyj
#11- Music video KPOP yang paling korang minat apa? Nyatakan sebab
K. Will- Please don't

Ending untuk mv ni memang epic sangat. Aku tak sangka yang dia tu macam 'tu'. Aku nak cakap tapi nanti spoil je. So kalau nak tahu ending dia macam mana pergilah tengok sendiri. Lagipun suara K. Will tu kan memang dah sedap. Tulah yang menyebabkan aku suka mv ni.

U kiss- 0330

Aku rasa nilah lagu pertama yang aku minat dari U kiss. Mv ni sedih sikit sebab perempuan yang laki tu suka dah mati. Tapi laki tu tak nak percaya. Lagipun aku suka bila dia main piano tu. Memang sweet sangat.
#12- Korang pernah tak pergi showcase/concert dorang?
Urmm tak pernah.*mental breakdown*
#13- Album kpop apa yang korang ada sekarang?
T__T! Satu pun tak ada. *mental breakdown*
#14- Kalau korang diberi peluang ke Korea..bias mana yang korang nak jumpa dulu
Nak jumpa dengan G.O dan Cha Tae Hyun je. Kalau diberi peluang lagi nak jumpa Mblaq and Jyj. Issh issh nampak sangat aku ni tamak.
#15- Andai kata 3 ultimate bias korang tu baca post ni..apa ucapan korang untuk dia
Dear my bias, cepat-cepatlah convert tu Islam. Macam manalah kita nak kahwin kalau kau bukan Islam. Aku hanya kahwin dengan orang Islam je. Kalau dah convert nanti lepas tu beli cincin dan datang melamar aku dekat depan mak ayah aku. Don't worry aku akan tunggu korang datang. lol

Klah, Assalamualaikum.
Shinhwa and Super Junior Bromance
Posted on Thursday 13 December 2012 at 17:57 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Sebenarnya aku still lagi tak percaya macam manalah aku boleh ada perasaan macam ni. Walaupun aku dah habis tengok dah tapi aku rasa badan aku ni still lagi macam mushy mushy pula. Bila aku teringatkan balik benda tu, boleh pula aku still lagi gelak macam tak percaya.

Actually aku tengok shinhwa broadcast yang time episode yang ada Super Junior datang tu. Masa first episode tu tak adalah rasa pelik sangat. Yang bila time rasa kegelian melampau tu ialah time episode kedua. Kalau nak tahu dekat episode kedua ni ada Shinhwa and Super Junior bromance. Memang cute sangat time tu.

Aku ni macam pelik sikit tau sebab bila group lelaki lain buat bromance aku macam tak ambil kisah sangat. Sebab aku rasa macam dorang rapat so mestilah dorang akan buat macam tu. Kalau Mblaq buat bromance pun macam kiss ke or hug ke, aku tak ambil peduli sangat sebab aku tak suka sangat bromance. Tapi aku start minat bromance yelah time Eric and Hyesung dekat Shinhwa Broadcast.

Aku tak tahulah kalau aku sorang je rasa macam ni tapi aku memang rasa sedikit pelik dekat Eric and Hyesung tu. Kalau yang macam bila Eric kiss pipi Andy tu, aku tak rasa pelik tau. Aku rasa macam biasa je. Tapi bila time Eric and Hyesung mesti aku akan rasa pelik. So aku rasa Eric and Hyesung lah partner bromance pertama yang aku ship. Aku rasa macam something wrong with them.

Lepas tu, bila aku tengok Super Junior datang Shinhwa Broadcast. Memang aku ship sangat bromance dorang tu time yang dorang buat pair partner tu. Huahaa sampai sekarang aku still lagi ada rasa weird feeling. lol. Ni aku bagi tengok macam mana bromance dorang yang memang daebak sangat tu.

Shinhwa and Super Junior couple time!!


Sungmin x Minwoo


Kyuhyun x Dongwan


Andy x Yesung


Eric x Ryeowook


Hyesung x Shindong


Eunhyuk x Jun Jin

Eric x Sungmin


Actually orang yang first yang confess to Eric is Sungmin. Aku sebenarnya lebih suka Eric x Sungmin. Sebab aku rasa Sungmin to adorable sangat time dia tunduk nak tunggu jawapan Eric tu. Macam mata dia tu full of hope. lol. Tapi akhirnya nanti Eric dengan Ryeowook and Sungmin dengan Minwoo.

Jun Jin and Sungmin time!



Minwoo scars the Super Junior members


Dah lah aku rasa aku patut stop sampai kat sini dulu. Aku rasa macam dah terlampau panjang je. Kalau nak tengok bromance yang lain tengok Shinhwa Broadcast episode 29. Lepas ni aku nak post tentang Eric x Hyesung pula. Klah, Assalamualaikum.
You have to know about history!
Posted on Wednesday 12 December 2012 at 12:05 | 0comments



Bismillah, Assalamualaikum.

You know what although kalau kau tu bijak pandai macam mana sekalipun, ada pangkat besar sekalipun, dapat isteri atau suami yang ada muka berseri-seri sekalipun tapi kalau kau tak tahu tentang history. Kau tu sama je macam orang yang kosong tak ada apa-apa. (Alamak aii dah teringat pula lagu Najwa Latif yang kosong kosong kosong tu.)

Oke oke yang tu abaikan sebab yang tu tak ada kena mengena pun. Entahlah kau nak tahu tak yang kadang-kadang ada juga yang belajar history tapi diri dia sendiri tak ambil iktibar dari apa yang dia belajar tu. Dia dah tahu macam mana sebuah negeri dekat tanah melayu dulu tu boleh dijajah hanya disebabkan pembesar dia hendakkan duit dan pangkat. Tapi dia lansung tak dapat nak ambil pengajaran.

Kau nak tahu tak sejarah ni berulang-ulang je. Ianya terletak pada diri kita sendiri. Kalau macam dulu yang sesebuah negeri tu boleh diserahkan kepada penjajah hanya disebabkan pembesar dia gilakan pangkat.So, dia pun minta tolong British. Walaupun nanti dia dah dapat pangkat tu tapi akhirnya negeri tu dikuasai oleh British. So sama juga macam sekarang ni.

Ada seorang ahli falsafah kata yang 'Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya'. Lepas tu kan aku ada tengok tau dekat satu video ni and then ada seorang mamat ni kata yang 'Buku-buku sejarah yang dekat sekolah tu tak berguna lansung sebab itu berkaitan dengan politik'. Hello! Sejarah yang ada dekat buku teks Form 1 sampai Form 5 tu bukannya orang saja-saja tulis.

Buku-buku tu dibuat disebabkan dia nak bagi kita pengajaran supaya kita tidak akan lagi ulang semula apa yang orang melayu dulu buat. Supaya benda yang sama tidak akan terjadi lagi. Bila aku belajar tentang sejarah nikan, aku mesti akan rasa sakit hati terutamanya bila belajar yang Form 2 punya. Aku terfikir kenapalah orang-orang dulu tu boleh buat macam tu. Kenapalah dorang asyik buat benda yang sama.

Tapi lepas tu aku realize yang kalau dorang tak buat macam tu mesti kita akan buatnya nanti. Lagipun, Sesebuah negara tu macam roda. Kadang-kadang negara tu ada dekat atas tapi kadang-kadang negara tu boleh jatuh ke bawah. It's depend on our self to make it on top or bottom.

Klah, Assalamualaikum.
I'm proud to wear hijab!
Posted on Tuesday 11 December 2012 at 12:59 | 0comments



Bismillah, Assalamualaikum.

I have found a nasyid. It is called 'Hijab' by Ahmed Bukhatir. Aku terjumpa nasyid ni dengan secara tidak sengaja dan aku rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa nasyid ni. Lirik nasyid awesome sangat dan memang membuatkan aku tersentuh sangat.

Macam tak percaya je yang lagu ni boleh buat aku menangis. Tapi aku ni memang kalau dengar lagu yang genre yang macam ni cepat menangis sikit. Tapi sekarang ni aku macam dah jadi gila dengan nasyid ni. Yang lirik dia memang aku tersentuh sangat ialah yang ni.
This is my hijab, I will never remove
Hijab is my pride, it make my soul improve
It's Allah law, how can I oppose
Hijab is my way, the way that Allah choose 
All around is evil that want to prevail
Sticking to Islam we won't let good fail
Let embrace hijab and await our reward
It is for Allah, the one and only lord
Tapi keseluruhan lirik nasyid ni memang awesome sangat. Bila aku dengar nasyid ni aku rasa bersyukur sangat sebab agama aku adalah Islam. Aku bersyukur sangat sebab dapat jadi umat Nabi Muhammad SAW. Aku bersyukur sangat sebab dapat jadi seorang Muslim yang memakai hijab.

Ada orang kata yang kadang-kadang ada je orang yang Muslim yang memakai hijab disebabkan ibu dia pakai ataupun lebih tepat disebabkan terpaksa. Tapi bukan dengan aku. Ya Allah, betapa bersyukurnya aku dapat memakai hijab.

Tapi ada je orang Islam yang tak pakai hijab kan? Lepas tu pakai pula baju seksi-seksi. Ada tu pula walaupun pakai hijab tapi still macam tak tutup aurat dengan sempurna. Ada tu pakai tudung dengan baju ketat, lengan pendek, seluar ikut kaki dan banyak lagilah. Boleh dikatakan banyaklah juga dekat Malaysia ni.

Ada tu pula yang kata "nantilah tunggu seru baru aku pakai tudung" ataupun "Bila aku dah kahwin nanti, aku pakailah tudung". Macam mana kita dapat tahu yang kita ni still lagi ada waktu untuk pakai tudung kalau bukan sekarang. Kita tak tahu bila nyawa kita akan ditarik. Kalau sekarang ni kita ada peluang nak berubah ke arah kebaikan, berubahlah dengan segera. Sebab kita tak tahu adakah kita boleh dapat peluang ni lagi.

And lagi satu, pakailah tudung tu dengan ikhlas. Janganlah pakai tudung tapi serupa je macam orang tak pakai tudung. Pakai tudung tapi still lagi nampak leher. Ada tu pula yang pakai tudung tapi tudung sangatlah pendek sebab tudung tu atas buah dada kita tu. Lebih baik tak payah pakai tudung kalau macam tu.
Pakailah tudung kerana Allah SWT bukan disebabkan fesyen atau hendak menunjuk-nunjuk.

You know what, I'm wearing hijab because that is my choice. It's not because my mother or my sisters wear it or because I'm Muslim but I wear it because I want. No one force me to wear it. So it is my choice and no one can judge me what to wear or what not. I'm very proud to wear hijab.

Klah, Assalamualaikum.
What I really think about running man
Posted on Thursday 6 December 2012 at 03:46 | 1comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Title untuk post aku kali ni agak panjang juga kan. Aku rasa nilah title yang paling panjang aku pernah ada. Ok ok back to the main story. Aku rasa mesti ramai gila kan yang minat tengok running man. Mesti ramai yang peminat running man dan ada juga yang mesti tak pernah miss tengok running man kan.

Sebenarnya aku dah lama dah nak buat pasal ni cuma aku tak ada masa. Urrmmm ataupun lebih tepat aku malas nak menaip. lol. Tapi ni aku punya punya personal thought tentang running man tau. Jadi kalau sesiapa yang rasa tak nak berkecil hati. Aku nasihatkan lebih baik jauhkan diri dulu.

Aku rasa aku start tengok running man tahun lepas. Aku tak pasti bila tapi aku rasa time nak dekat akhir bulan. Maybe dalam bulan sembilan atau sepuluh. Itu tak penting sebenarnya. So tak payah nak ambil kira tentang itu. Dulu aku minat sangat-sangat tengok running man.

Sekarang ni pun orang boleh tengok running man dekat One Hd kan so tak payahlah nak bersusah payah nak download. Cuma aku tak pasti adakah dia start dari awal atau tak tapi aku rasa macam tak je. Sebab masa tu aku tengok dia dah sampai episode 116 yang ada tiga orang pelakon tu. Yang tentang boleh baca masa depan tu.

Dulu memang aku minat sangat tengok running man. First time aku tengok tu time aku tengah mula-mula nak berjinak tengok variety show yang macam ni. Aku ingat lagi masa first time tu, aku tengok sampai pukul satu pagi. Patutnya aku nak tengok lagi tapi ayah aku dah terperasan so aku pun terpaksa stop.

Kalau nak diberi pilihan adakah episode running man yang sekarang ni ataupun yang dulu lagi best. Aku akan kata yang dulu. Bukannya yang sekarang ni tak best. Best tapi entah kenapa macam sekarang ni macam dah kurang. Kalau sesiapa yang rasa dia tu memang minat gila tengok running man and dia nak cari mana episode running man yang best.

Aku akan kata yang dulu punya. Time episode running man yang hide and seek tu, time tu aku rasa running man dah makin bosan. Yelah, ada sekali tu kan yang time Jong kook dan Ji hyo bergabung tu untuk cari. Dan member yang lain kena hide. Time tu dah memang boleh agak siapa menang. Tapi aku memang kagum sangat bila dorang bergabung. Memang perfect gila.

Aku rasa running man dah makin best balik time episode yang JYP and Chun Jung Myung. Yang tu kelakar sangat. Sekarang ni bukannya aku tak tengok running man lagi tapi kalau dulu aku akan tengok semua tau episdoe dia tanpa langkau. Tapi sekarang ni aku download setiap episode running man tu cuma bila nak tengok tu aku langkau.

Kakak aku pun sama juga macam aku. Dia download tapi kalau nak tengok running man tu akan langkau-langkau. Kalau nak kata yang running man ni adalah favorite variety show aku, aku rasa tak adalah. Sekarang ni aku lebih prefer tengok 2 days 1 night and Shinhwa Broadcast. Kalau nak kata juga yang aku lebih minat One Hd aku rasa tak sebab aku lebih minat tengok KBS.

Ini cuma pendapat aku je. Apa yang aku rasa tak semestinya sama dengan korang punya. Lagi satu, aku rasa aku tak akan update buat masa yang lama juga sebab aku nak pergi jalan-jalan. Yelah, nilah kali pertama aku dalam cuti kali ni keluar dari Melaka bukan dengan sebab nak pergi kenduri ke. Klah, Assalamualaikum.
Secret Big Bang Parody
Posted on at 03:05 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Aku rasa aku tak betul agaknya. Aku tak tahu aku nak buat apa and aku rasa macam tak mengantuk sangat. So, aku pun tengok jelah korean variety show. Mula-mula tu aku tengok malay movie dulu tapi sebenarnya aku berhajat nak tengok English movie tapi banyak yang aku download English movie tentang hantu.

Jadi aku ni bukannya berani sangat pun nak tengok movie yang jenis macam tu so aku ambil keputusan aku tengok Salam Cinta. Sweet sangat movie ni. Tapi aku ingat aku dah mengantuk bila dah habis tengok movie ni tapi tak. So, aku pun teruskan tengok Shinhwa Broadcast. Nilah antara variety show yang dalam list aku nak tengok.

Lepas tu, aku tengok Secret Big Bang Parody sebab aku dah tak tahu nak tengok apa lagi. Sebenarnya aku dah lama dah ada benda tu tapi cuma aku tak tengok je lagi. Bila aku tengok Big bang buat parody Secret Garden memang kelakar sangat.

Aku rasa G dragon sangat kawai jadi Gil Ra Im. Aku rasa macam semua orang dah tengok dah tapi kalau sesiapa yang tak tengok lagi jangan miss peluang nak tengok tau. Aku rasa dari start parody ni sampailah habis memang sangat kelakar. Big bang buat parody Secret Garden ni memang daebak sangat-sangat and sangatlah kelakar.

Lagi satu, cuba tengok 1 night 2 days- Big bang parody. Yang ni pun kelakar juga. Time ni aku suka tengok hairstyle G dragon. Sangatlah cute. Tapi macam aku ni peminat tegar G dragon pula. Dari tadi asyik mention nama G dragon je. Taklah. Tapi memang hairstyle G dragon dalam ni memang cute sangat-sangat. Gaya mushroom.

Klah, Assalamualaikum.
I don't like it!
Posted on Saturday 1 December 2012 at 10:46 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku pelik kenapa kan bila time nak nasihat orang tu ramai je yang volunteer nak tolong bagikan nasihat. Bukannya aku kata yang bagi nasihat tu tak baik. Apa pula yang bagi nasihat tu tak baik, mestilah baik.

Tapi kalau nak nasihat orang tu berpada-padalah dan janganlah pula time nak nasihat tu semua perkataan terkeluar. Macam orang yang tak ada akal. Ada pula tu yang nasihat orang tapi sebenarnya diri dia lagi teruk. Pelikkan.

Contohnya macam ni,

#Situasinya

Seorang wanita ni dia ada comment dekat satu gambar budak perempuan ni. Budak perempuan ni pakai tudung tapi lengan pendek. So, yang wanita ni katalah "Kau tulah budak bawah umur lagi, tutuplah aurat tu elok-elok sikit". Tapi rupanya yang wanita ni lagi teruk daripada budak perempuan ni. Sebabnya yang wanita tu lagilah tak pakai tudung. Baju pun seksi je.

So, aku rasa macam tak logik betul comment yang wanita tu. Yelah, nak tahu tak orang yang paling sengal ialah orang yang bagi nasihat tapi dia sendiri tak gunakan nasihat yang dia bagi tu dengan betul. Macam situasi dekat atas tu. Yang wanita tu kata pakailah tudung dengan baju lengan panjang tapi sebenarnya dia sendiri tak pakai tudung.

Dulu aku selalu tengok dekat youtube tentang mv lagu orang Melayu ni. Tapi tak adalah selalu sangat. Makin lama aku malas nak tengok lagi. Yelah, sebab dekat situ ramai sangat orang yang mengutuk. Bukannya orang lain tapi orang Malaysia juga. Yang nyanyi tu pun orang Malaysia juga.

Kadang-kadang aku malu sangat sebab ada je orang yang bukan Malaysia tengok tapi tak adalah dorang nak mengutuk ke. Ni orang yang Malaysia ni yang banyak mengutuk-gutuk. Kalau kau tak suka sekalipun lagu tu, buat apa kau nak membazir masa hanya dengan pergi dekat youtube. Buka mv orang tu and kau hanya nak mengutuk je. Macam tak ada kerja lain pula nak dibuat.

Lagi satu, banyak kali juga aku tengok yang kalau dia bagi nasihat tu kan mesti ada berselit dengan perkataan-perkataan yang tak elok. Macam dia nak bagi nasihat tapi dengan cara mengutuk. Pada mulanya kau dah dapat pahala dah sebab nak bagi nasihat. Tapi tiba-tiba kau mengutuk orang, bukannya kau dapat pahala, dapat dosa adalah. Lepas tu, orang sakit hati tengok kau.

Kalau nak bagi nasihat tu memanglah elok. Tapi janganlah sampai nak bagi nasihat tu dengan mengutuk sekali. Kau tahu tak maybe pada mulanya orang tu nak berubah tau tapi bila dia tengok nasihat kau yang macam tu terus dia tak nak berubah. So, kalau nak tegur orang. Tegurlah dengan cara yang baik.

Klah, Assalamualaikum.