H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Usaha tangga kejayaan!
Posted on Sunday 28 October 2012 at 20:49 | 0comments




Bismillah, Assalamualaikum.

Apabila kita cuba untuk berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu yang kita nak, bukankah ianya akan menjadi lebih bermakna dalam hidup kita. Bukan ke kita dapat merasai kenikmatan kejayaan kita itu.

Aku rasa kebanyakan orang mesti pernah merasai ini. Aku tak fahamlah kenapa orang lain asyik nak meniru apabila time exam. Asyik nak tanya orang lain jawapan bila time exam. Kalau aku cakap macam tu, mesti ada orang akan kata macam ni.

Biasalah kau kan pandai, mestilah kau dapat jawab. Aku ni tak pandai sebab tu tak dapat jawab. Sebab tulah aku meniru.

Aku paling benci kalau orang lain cakap macam tu dekat aku. Bukan ke Allah tu dah kurniakan setiap manusia tu akal yang sama. Yang membezakan kita dengan orang lain itu ialah usaha kita sendiri. Adakah kau akan expect kalau kau tak berusaha, kau akan dapat benda tu dengan senang.

Kalau kau expect yang macam tu, memang kau tak akan berjaya punya. Setiap apa yang kita nak, mestilah kita kena berusaha dulu. Benda tu tak akan turun dari langit macam tu je. Kalau kita nak makan pun, kita kena usaha sendiri.

Adakah kau expect yang makan tu tak perlu berusaha. Sebenarnya masa makan pun kita kena berusaha. Kalau kita ni pemalas nak ambil nasi ataupun malas sangat nak suapkan nasi tu dalam mulut ataupun malas sangat nak kunyah. Jawabnya berlaparlah kita.

Kalau time kita tengah belajar, ada orang kacau. Adik kita yang kecil-kecil tu sengaja nak kacau kita sebab nak tarik perhatian kita. Bersabarlah. Allah kan suka orang yang bersabar. Kalau malam-malam, kita tak dapat nak control nafsu kita. Kita still lagi nak tengok televisyen. Bersabarlah.

Cuba bayangkan kalau kita ni still lagi nak tengok televisyen sekarang ni. Sampai satu tahap nanti, bila kita dah besar. Satu televisyen pun kita tak dapat nak beli sebab dulu kita ni malas sangat. Suka sangat tengok televisyen sampai tak nak belajar.

Tak semestinya kalau kita ni pandai, ilmu kita tu akan bertambah setiap hari tanpa perlu belajar. Tanpa perlu berusaha untuk mencari ilmu itu. Tak semestinya juga kalau kita ni tak berapa pandai. Walau macam mana sekali pun kita belajar, kita tetap tak boleh pandai. Bukan macam tu. Kalau kita ni rajin berusaha, mesti kita dapat capai apa yang kita nak.

Klah, Assalamualaikum.
I'm so sorry!
Posted on Friday 26 October 2012 at 13:18 | 0comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Aku baru je habis final exam aku hari Rabu minggu ni. Dah lama sangat kan aku tak update apa-apa. Semalam je first time aku update selepas dah lama aku tinggalkan blog ni macam ni je. Aku pun dah edit blog ni.

Cuma ada lagi yang tak disiapkan lagi. Macam dalam proses pembikinan lagilah. Tapi hampir lima puluh peratus dah siap. Blog aku kali ni macam pelik sikit. Kalau korang nak tinggalkan jejak korang, pergi dekat tagboard dekat situ aku ada letak cbox aku.

Mesti ada yang tak jumpa tempat untuk follow aku kan. Google Friends Connect aku tu ada dekat bawah sekali. Maksudanya korang kena scroll sampai bawah. Nanti barulah korang jumpa tempat follow tu.

Aku ada satu je sebab kenapa aku dah lama tak update blog.

#Sebabnya :

Kan aku dah bagitahu yang aku ni baru sahaja habis final exam aku. Time aku tengah ambil final exam aku tulah, aku tak buka blog ni. Bukannya aku lansung tak buka laptop aku ni. Aku buka juga sebab aku nak kena download drama and variety show aku tu.

Cuma aku agak malas nak update. Bukannya sebab aku tak ada idea. Aku ada idea nak tulis apa. Tapi yang membuatkan aku tak update apa-apa tu yelah disebabkan aku malas nak taip. lol.

So, aku nak minta maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang datang blog aku ni dah lama dulu. Baru sekarang ni aku dapat kunjung korang balik. Sorry juga kepada sesiapa yang follow blog aku ni tapi aku tak follow lagi. But don't worry to much because aku dah follow dah korang balik semalam.

Klah, Assalamualaikum.
Kematian
Posted on Thursday 25 October 2012 at 11:47 | 0comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Semua orang pasti akan mengalami kematian. Tak kiralah yang kecil ke yang besar ke. Semua manusia pasti akan mengalaminya. Tak ada seorang pun yang akan terlepas daripada kematian. Kita semua tahu yang kita pasti akan mengalami kematian tapi sedar tak kita yang adakah kita ini sudah bersedia untuk mengalami kematian. 

Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita pada masa yang telah ditetapkan. Ianya tidak datang terlalu lewat ataupun terlalu cepat. Tidak juga lambat seminit atapun cepat seminit. Malaikat Izrail pasti akan menjemput kita tepat pada masanya., walau apa jua situasi yang dihadapi.

Aku pun banyak juga buat dosa. Aku pun kadang-kadang tertinggal solat. Ada tu pula kadang-kadang solat nak habis waktu dah. Kita ni sebagai manusia banyak melakukan dosa. Banyak sangat-sangat. Setiap hari pasti kita akan melakukan dosa. Tak kiralah besar ataupun kecil.

Tapi pernah tak kita terfikir yang setiap kali kita leka ataupun lalai, setiap kali tulah kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Adakah kita nak mati dalam keadaan diri kita ni sedang berfoya-foya. Dalam diri kita ni sedang lalai. Mestilah tak nakkan.

Kita tak akan dapat tahu bila kita akan mati. Jadi buatlah pilihan yang paling tepat supaya kita tidak akan menyesal nanti. Kalau memang nak sangat hidup dalam keadaan berfoya-foya. Teruskanlah tapi ingat yang janji Allah itu benar. Kita tidak boleh nak patah balik nak kembali ke dunia. 

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

Kematian itu bukannya pengakhiran bagi hidup kita tapi ialah permulaan untuk kita. Macam mana kehidupan kita nanti di sana. Perbanyakkanlah amal ibadah di dunia untuk dibawa ke akhirat. Allahu, Insyallah aku akan  berubah. Aku pasti boleh berubah.

Assalamualaikum!
It's okay ATM! It's okay!
Posted on Sunday 21 October 2012 at 01:22 | 0comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Aku dah lama tak update blog ni kan. Bukannya apa tapi disebabkan final exam aku. Minggu depan pun aku still lagi ada 5 paper lagi. Tinggal Matematik, Agama Islam, Geografi, Bahasa Arab dan juga Sivik. Walaupun orang kata yang Sivik ni tak penting tapi bagi aku. Sivik pun sama penting juga dengan Pendidikan Jasmani. Dua-dua subjek ni juga dikira untuk markah exam nanti.

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal exam tu. Patutnya aku tengah berpantang untuk tidak akan buka  blog ni sehingga exam aku habis. Tapi aku sengaja je cari pasal dengan sengaja langgar pantang larang tu.

Ok ok. Aku rasa aku patut stop cerita pasal tu. Lebih baik aku kembali kepada jalan yang benar.

*Wake up Cik Ayuni*Wake up*

Ok sebenarnya aku nak cerita yang walaupun ATM sudah kalah. Tapi dorang kalah dengan cara yang bermaruah. Ni lah first time aku tengok bola yang Malaysia punya daripada awal sampailah habis. Tapi tak adalah sampai habis sebab bila dah extra time kedua tu aku dah malas nak tengok sebab aku sakit hati.

Sebelum aku teruskan lagi, aku nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan apa yang aku akan tulis lepas ni. Kalau rasa encik encik ni akan sakit hati lepas ni, saya nasihatkan lebih baik tak payah nak baca apa yang aku akan tulis.

Although yang ATM dah kalah, tapi dorang kalah dengan cara yang bermaruah ok. Bermaruah. Aku sebenarnya agak tak puas hati dengan pengadil untuk final ni. Aku tak tahulah adakah dia tu dah gila ataupun apa tapi memang aku rasa yang dia tu patut pergi daftar dekat hospital sakit jiwalah.

Aku tak tahulah kalau benda ni aku sahaja je yang rasa. Or maybe aku dah terlebih emo. Tapi aku dapat rasakan yang pengadil tu memang berat sebelah. Betul-betul tak unfair. Aku dapat rasakan yang dia tu memang dah Kelantan menang. Ada ke patut yang dia tu layangkan kad kuning dekat seorang pemain import yang kulit putih tu. Aku rasa dia tak buat apa-apa salah pun. Kenapa dia patut dapat kad kuning.

Lagi satu, yang aku tak puas hati. Kalau Kelantan tu memang nak menang, mainlah dengan cara yang professional. Bukan dengan cara sikit jatuh sakit, sikit jatuh sakit, sikit jatuh sakit. Lepas tu nak kena usunglah pula. Ada tu sorang tu, dia kata yang dia tu sakit, tengah terbaring. And then, kena usung pula tu. Lepas tu, boleh pula dia bangun and lari anak-anak sikit. Nak masuk balik padang.

Lagipun aku pun tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka pun Kelantan tu. Family aku pun semuanya tak sokong Kelantan. Sorrylah kepada penyokong setia Kelantan tu. Don't angry angry. Tapi anyway ATM memang terbaik malam ni.

Apek tu pun tak adalah kuat sangat, kalau dia kuat mesti ATM tak akan tembus dua gol tu. Lagi satu tak payahlah nak marah sangat dengan ATM punya gol keeper tu. Walaupun aku pun sakit hati juga dengan dia, tapi tak payahlah sampai orang nak kata sebab dia tak dapat tangkap bola, sampai nak kena tarik balik pangkat dia. Cuba bayangkan kalau kau sendiri yang jadi gol keeper tu, entah entah semua tak dapat nak tangkap. Ataupun entah entah terus cabut lari balik rumah.

And lagi satu, aku bencilah bila orang lain nak provok kata ATM tu tak bagus. Maybe bagi kau ATM tak bagus. Tapi ATM yang kau kata tak bagus tulah yang jaga negara. Ada tu pula yang boleh kata yang Ayam Tambatan Malaya sudah kalah. Eh tolonglah jangan biadap sangat. Ayam tambatan yang kau kata dah kalah nilah yang akan selamat negara bila negara dalam huru hara. Fikir pakai otak. Jangan main cakap je. Nanti kalau nak suruh selamatkan negara daripada apa-apa, jangan minta tolong ATM. Pergi je minta tolong Kelantan tu.

And also to Kelantan's player. Korang memang boleh layak masuk filem box office. Gerenti boleh dapat award. Apapun congrats tu Kelantan. Aku nak minta maaf kalau ada sesiapa yang terbesar hati bila baca ayat aku yang manis-manis tu. lol

p/s: Kalau ada sesiapa yang komen yang membuatkan aku sakit hati, percayalah yang komen anda tak akan dipublish. :P *evil laugh*

Klah,Assalamualaikum!