H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Yeah!Dapat beli yang baru!
Posted on Monday 30 July 2012 at 15:57 | 6comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Semalamkan aku tak sempat nak update apa-apa kan.Sebab sebab aku pergi beli baju dengan keluarga akulah.Tapi aku tak beli sangat pun sebab baju raya aku dah tempah dah.Aku just beli seluar je.Tu pun aku pelik kenapa aku beli seluar sedangkan seluar aku tu dah banyak dah.

Haa,

Cakap pasal baju raya.Nak tahu tak tema untuk baju raya keluarga aku kali ini ialah biru.Cehh saja je nak jadikan diri ni minah kepoh untuk seketika.

Aku beli komik dan novel baru!Best kan.Tapi yang tak bestnya duit seratus aku dah terbang.Boroskan aku ni?

Sebenarnya aku ni hanya boros dengan komik dan novel je.Lagipun aku bukannya pergi beli semua novel and komik time tu tapi aku ada beli buku rujukan and ada satu buku literature tu.Yelah,dulu aku cari-cari buku tu tak jumpa-jumpa and baru sekarang jumpa.Tu yang aku beli tu.

Mula-mula sampai tu aku pergi kat rak komik dulu sebab itu dah semestinya menjadi keutamaan aku tapi yang tak bestnya kebanyakannya aku dah pernah beli.Tu tak berapa seronok tu.Lepas tu aku pergi kat rak buku rujukan.Lepas dah jumpa apa yang aku nak.Aku pun kata yang aku mesti beli sekurang-kurangnya satu novel.

So,aku pun belilah satu novel ni.Tajuk novel tu Suami aku ustaz.Kalau tak silap akulah.Tapi memang sekarang ni aku dah mula rasa malas nak baca sebab kepala aku cepat pening.Tapi aku tabahkan juga diri aku nak baca.(Smart tak ayat aku tu?)Mungkin sampai satu tahap nanti aku dah mula bosan nak baca.

Lepas dah jumpa novel yang best.Aku pun terfikir nak beli satu novel bahasa inggeris so aku pun beli satu.Tajuk novel ni aku kurang pastilah.

Klah,kepala aku dah mula nak pening balik.Sayonara!^^
SEGMEN KAD RAYA SEDOZEN SUDAH BERMULA!!!
Posted on Saturday 28 July 2012 at 12:55 | 1comments


                                                         

Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join tekan je banner tu k.Cepat-cepat tau sebab 50 peserta terawal  je dapat kad raya ni.Tarikh tamat untuk segmen ni ialah pada 10 Ogos.

Urrm,nak ucapan ke?

Sekarang ni belum nak raya lagi kan.Lambat lagi rasanya nak raya so yuni  buat ucapan untuk puasa je lah k.Yuni nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa!Jangan ponteng-ponteng puasa tau.Puasa seikhlas hati k,jangan sebab nak dapat duit raya banyak je. :P

Haa,

Yuni dengan berbesar hatinya nak tag.

http://yooaralove.blogspot.com/
http://rafflikes.blogspot.com/

Klah,Sayonara!
Patut ke tak patut?
Posted on at 12:21 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah buntu ni tengah fikir adakah aku patut buat ataupun tak patut buat 'benda tu'.

*Benda apa  tu?Suka sangat cakap sekerat jalanlah*

Yelah,dulu aku pernah tau tengok We Got Married aka WGM tapi lepas tu,aku stop tengok.Bukannya sebab aku dah tak minat.Cuma kalau korang nak tahu yang WGM ni disiarkan di MBC.Lepas tu,MBC ni ada problem sikit masa tu and WGM dengan variety show dia yang lain tak dapat disiarkan.

So,kalau tak dapat disiarkan,dorang pun tak shootinglah.Jadi WGM tu ditunda tapi aku rasa lama juga tau.Dalam beberapa bulan juga tau.Tapi sekarang ni dorang dah mula shooting balik.

Aku pun tengah buntu sama ada nak tengok balik ataupun tak.Sebenarnya aku tertarik sangat dengan Leeteuk dan Kang Sora aka TeukSo couple.Dorang ni pun ada banyak nick name tau.Antaranya dimple and leader couple.Ada banyak lagi tapi aku malas nak tanya kat pak cik google tu.

Memanglah aku nak tengok balik tapi aku ni tak tahulah apa yang merasuk aku fikiran aku dulu.Aku dah terbuang episode dorang yang dulu-dulu.Sebab laptop aku berat tau.Yelah dah aku download macam-macam.Kebanyakannya drama and variety showlah.

Tapi nasib baik sekarang ni dah kurang dah sebab aku dah ada hard disk.So pindah je lah kat situ.Cuma aku rasa masa aku search laptop kakak aku dulu.Ada tau tentang Teukso couple ni.Sebab masa tu kalau aku tak silap,kakak aku tu ada ambil episode tu dari laptop aku.Nantilah aku cuba tengok balik.

Klah,Sayonara!
Free Badge by Kay SBK
Posted on Friday 27 July 2012 at 21:39 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum

Kalau nak join just tekan je banner tu k.Cepat-cepat tau tarikh tamat untuk dapatkan badge ni ialah pada 28 Julai iaitu esok pada pukul 10 pagi.

Yuni nak badge tu macam ni ye.

Tulisan:#FAMY
Warna kelopak:Ungu
Garisan warna biru:Nak warna biru
Warna tulisan:Ungu

Klah,Sayonara!
Saya nak kad raya dari yuyu!!
Posted on at 16:20 | 2comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k.

Tarikh tutup segmen ni ialah pada 5 Ogos pada pukul 12 malam.

Klah,Sayonara!
Yeah!Happy!
Posted on at 16:03 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sepatutnya aku dah habis periksa untuk formatif kali kedua iaitu semalam tapi disebabkan aku dah join banyak segmen semalam.Tulah sebab aku tunda nak bagitahu hari ini.Urm urm tapi tak adalah aku join banyak sangat just dua je.lol

Tapikan aku tak suka betullah jawab periksa masa bulan Ramadhan.Bukannya apa cuma mengantuk sangat bila aku jawab.Hampir keseluruhan paper aku akan tidur dalam 5 minit macam tu.Rugikan!=.=

Lagi yang tak tahan tu,semalam aku jawab paper math tau.Cuba bayangkan,dahlah masa exam math tengahari.Memang mengantuklah.Tapi walau apa-apa pun still aku jawab oke punya.

And,

Tadi aku dapat kertas geografi.Okelah aku dapat markah yang smart!lol

Haa,

Nak tahu tak yang masa aku tengah buat exam formatif yang kedua ni,budak form 1 tak exam pun.Bestlah dorang.Untunglah badan!^^

Masa aku tengah buat exam tu,bising sangat-sangat.Macam ada konsert.Ada tu yang buat syairlah.Sampai kat kelas aku boleh dengar.Yelah,bukannya apa.Kelas aku dekat tingkat tiga tau so memang kuatlah dorang buat tu.

Kacau ketenteraman orang lain je. =.='

Klah,Aku nak sambung balik tengok variety show korea.Sayonara!
Segmen OK TAK?|by TehaaNFM
Posted on Thursday 26 July 2012 at 15:46 | 5comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k.Tarikh tutup segmen ni pada 27 Julai pada pukul 8 malam.

#Tema blog:Simple,cute,kemas dan yang paling penting ialah tak berat.

#Warna blog yuni:Purple

#Kenapa pilih warna purple?

Entahlah maybe minat kut dengan warna purple.Lagi satu saya suka bunga lavender.Maybe sebab tu saya pilih warna purple.

Haa,

Sebelum terlupa,Oke tak blog yuni ni?Blog ni baru je lepas edit tau!^^

Klah,Sayonara!
Giveaway : Saya Nak Kad Raya
Posted on at 15:28 | 3comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k!Urm urm saya dah lama follow blog miss z dan cik purple tau!And lagi satu saya dah pun undi header miss z,moga miss z menang k.Lagi satu segmen ni tamat pada 2 Ogos pada pukul 5 petang!^^

Haa,

Pantun saya ni sikit je,sorrylah.

Anak Dolah makan lepat

Makan lepat sambil melompat

Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Klah,Sayonara!
Review Blog : Bulan Ramadhan
Posted on Tuesday 24 July 2012 at 16:12 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu k.

p/s:Saya dah lama jadi follower blog shera!^^

Klah,Sayonara!
Why I'm so sleepy?
Posted on Monday 23 July 2012 at 17:51 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Hari ini hari first aku periksa formatif untuk kali yang kedua.Tadi memang serious aku cakap,aku mengantuk sangat.Bila aku fikir balik kenapa aku mengantuk,aku tak adalah tidur lambat sangat dalam pukul sebelas malam je.

Okelah tu kan?

Ada tu aku tidur lambat lagi dari tu,oke je.Tak tahulah kenapa tiba-tiba angin aku lain hari ini.

Mula-mula masa aku jawab kertas geografi,oke lagilah.Aku tak mengantuk sangat.Tapi bila time aku dah habis jawab tu,memang mengantuk sangat.Lepas tu,masa Bahasa Melayu pun sama.Tapi nasib baik aku dapat jawab semua.

Yelah,aku jawab dulu semua soalan.Lepas tu,baru aku tidur.Bila aku bangun tu,baru aku check balik.

p/s:aku baru je lepas edit.Macam mana?Oke tak?

Klah,Sayonara!
Tablo,You're so awesome!
Posted on Sunday 22 July 2012 at 15:32 | 0comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Tadi aku ada post pasal Tablo kan.Entry kali ni pun ada berkait juga dengan Tablo tapi aku tak tulis panjang-panjanglah.Cuma kata-kata yang aku rasa memang menariklah yang dibuat oleh Tablo.
















Klah,Sayonara!
Please think before you do something!
Posted on at 15:06 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sebelum aku teruskan tentang entry kali ni,memang entry ni agak urm urm sikit tau.So,tetapkan hati korang.lol


Oke,serious aku sangat benci anti fan.Kadang-kadang aku terfikir kenapalah anti fan ni wujud dekat atas muka bumi ni.Sebab bila dorang ada memang hidup orang lain akan sengsara dan menyusahkan hidup orang lain.

Semalam aku ada tengok Strong Heart tentang YG.Aku tahulah ada yang dah tengok pasal tu.Cuma aku ni agak ketinggalan zaman sikit.Aku bukan nak cerita pasal strong heart(YG) ni cuma aku nak cerita pasal Tablo.


First aku tahu pasal Tablo ni pun dekat strong heart.Kalau tak silap aku kakak aku pernah bagitahu kat aku yang sebenarnya Tablo ni pandai sangat.Mula-mula tu aku tergerak hatilah nak tahu kenapa kata Tablo ni pandai.So aku pun ambil keputusan yang paling bijak and search pasal dia.Rupa-rupanya dia pernah graduate dekat Universiti Standford.


Tapi yang membuatkan aku tak puas hati ialah knetizen tak percaya yang Tablo ni sebenarnya memang gradute dari Universiti Standford.So mulalah ada berita tentang Tablo ni menipulah and yang paling tak tahan tu muncul pula tentang anti fan.

So aku pun buat research pasal tu.Bukan sebab aku tak percaya tapi aku nak tahu tentang cerita tu lagi.Aku nak tahulah kenapa dorang buat tuduhan macam tu dekat Tablo and rupa-rupanya memang cerita tu menipu je.

Anti fan tu sebenarnya dikenali sebagai 'whatbecomes'.Dorang tuduh yang Tablo punya akademik rekod tu adalah penipu.And yang paling teruk,rupa-rupanya orang yang tubuhkan anti fan tu sebenarnya ialah seorang yang berumur 59 tahun.Dia ialah Korea-America yang bernama Kim Eung Seok yang tinggal di Chicago.


Pasal kes ni memang teruklah.Tapi yang membuatkan aku tak tahan tu,ramai dah yang buktikan yang Tablo tu sebenarnya memang graduate dari Stanford.Cuma aku tak fahamlah kenapa dorang still lagi tak nak percaya.Aku rasa dah banyak bukti dah yang ditunjukkan tapi anti fan ni memang gila tak nak percaya.


Kim Eng Seok tu juga pernah cakap macam ni


“If even one of our club members is hurt by this, I will go to Korea myself and do something about Tablo and his lawyer.”


“If Tablo’s academic credentials are found to be true, I will take all responsibility and even go to prison in Korea.”

Lepas tu,bila dah memang sah-sah Tablo tu tak bersalah.Polis korea pun dapat waran tangkap untuk tangkap orang tua tu.And boleh pulak dia cakap macam ni


“I am a Korean with a U.S. citizenship and not a criminal. This is not an issue to arrest me over with the help of Interpol. Is defamation an international crime? I am so angry they are treating me like a suspect when they have not confirmed I am a criminal.”


Serious,bila aku tahu yang dia cakap macam ni memang aku naik anginlah.Apa taknya dia telah wujudkan site yang telah menghina dan mencaci kredibiliti Tablo selama setahun dengan mengatakan dia tu menipu tentang graduate dari Universiti Stanford.Lepas tu,dia kata dia tak bersalah.Memang annoying gila orang macam ni.


Konklusinya janganlah kita nak susahkan hidup orang lain disebabkan korang jealous dengan apa yang dia ada.Jikalau korang tak puas hati juga,berusahalah untuk mendapatkannya dengan cara yang baik bukan dengan buat fitnah.Apa yang dia dapat tu adalah hasil usaha dia sendiri.Dia dah penat-penat berusaha.Ingatlah bahawa suatu hari nanti pasti Allah akan membalasnya!

p/s:sebenarnya Tablo ni dah kahwin tau dengan seorang actress iaitu Kang Hye Jung.Mula-mula aku pun terkejut.Tapi rupa-rupanya dia ni tak adalah tua.Still muda lagi.Umur dia baru 31 tahun and lagi satu sebenarnya hari ini ialah hari lahir Tablo tau.Happy Birthday Tablo!^^


Klah,Sayonara!
Selamat menyambut Ramadhan!
Posted on Saturday 21 July 2012 at 11:45 | 5comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Hari ini ialah hari first puasa.Maka bermulalah pada hari ini dan seterusnya bulan Ramadhan,bulan yang paling mulia.

Tadi pukul 5.20 pagi aku bangun sahur.Lambatkan?

Tapi takpelah.Kan itu antara sunat masa berpuasa iaitu bersahurlah dan melambat-lambatkannya.

Haa,

Jangan ponteng-ponteng puasa tau!Puasalah dengan sepenuh hati sebab..

Mungkin ini ialah Ramadhan yang awak akan puasa yang terakhir

Jadi rebutlah peluang untuk berpuasa.Tapi memang rindu betullah dapat puasa.Rindu sangat nak dengar macam ni "Ayuni,Bangun!Dah sahur ni.Dah lambat!".Lagi-lagi nak pergi bazar ramadhan.Memang rambang mata betullah  nampak banyak makanan tapi aku akan bertekad supaya nak kurangkan pergi bazar ramadhan.

Yelah,cuba bayangkan ye.Masa pergi tu memanglah best dapat nampak banyak makanan tapi bila dah berbuka.Alamak!Banyaklah yang tak makan.Nanti bukan ke membazir.Allah kan tak suka orang yang membazir so nanti berkurang pula pahala kita nanti.

Dahlah,sampai di sini sahaja dulu.Nak download drama bid pula lepas ni.Klah,Sayonara!
Thank You!
Posted on Wednesday 18 July 2012 at 15:43 | 2comments



Bismillah,Assalamualaikum.



Exam lagi?
Posted on Monday 16 July 2012 at 18:34 | 2comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Adui Adui Adui!

Naik pening kepala aku.*WHY*Sebab tak lama lagi nak ujian formatif untuk kali kedua pula.Kalau tak silap aku,hari Jumaat yang lepas baru je dapat buku rekod.

Tiba tiba,

Ada periksa pula nanti,minggu depan.Actually,aku dah tahu dah yang minggu depan nak exam.Nampak sangat penipunya aku kalau kata baru hari ni aku dapat tahu.

Sekolah mak aku,ujian formatif untuk kali kedua tak ada pun.Terus je untuk ujian akhir tahun.Bestlah kalau macam tu.Haih!*sigh*

Haa,

Nanti hari Jumaat ni nak masuk bulan Ramadhan dah.Korang dah bersedia ke belum?Kalau tak sedia sekalipun,korang kena hadapinya juga.Jangan ponteng-ponteng aka sengaja je tak nak puasa ye,tak baik tau!Tak tahu malu ke dah tua bangka tak nak puasa?

p/s:Tadi aku dapat anugerah.Tapi sorry tak dapat nak uploadkan.Nantilah kalau ada masa aku uploadkan k.

Sayonara!
I love you mommy but why you don't love me?
Posted on Saturday 14 July 2012 at 21:22 | 0comments





Bismillah,Assalamualaikum

Tadi aku pergi blogwalking.Dan tiba-tiba aku terjumpa satu entry ni.Memang sedih sangat bila baca.Aku syorkan korang pergi ambil kotak tisu dulu.

Tapi entry ni dalam bahasa Inggeris.Korang faham-fahamkan je lah sendiri ek.Sebab aku malas nak translatekan.Korang ni kan semua pandai sangat-sangat dalam english.

xxxx

Hi, Mommy. I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a few weeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise. Let me tell you some things about me. My name is John, and I've got beautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but I will when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call me your one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but we have each other. We'll help each other, and love each other. I want to be a doctor when I grow up.

You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn't wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I know it already.

Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about me! ...He wasn't happy, Mommy. He kind of got angry. I don't think that you noticed, but he did. He started to talk about something called wedlock, and money, and bills, and stuff I don't think I understand yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and your hands flying up to protect me. I was okay... but I was very sad for you. You were crying then, Mommy. That's a sound I don't like. It doesn't make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after, and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I'm not sure if I do. It wasn't right. You say he loves you... why would he hurt you? I don't like it, Mommy.

Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and you're so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes, and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I'm happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will make you proud, and I will love you with all of my heart.

I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love you, Mommy.

Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting funny and he wasn't talking right. He said he didn't want you. I don't know why, but that's what he said. And he hit you again. I got angry, Mommy. When I grow up I promise I won't let you get hurt! I promise to protect you. Daddy is bad. I don't care if you think that he is a good person, I think he's bad. But he hit you, and he said he didn't want us. He doesn't like me. Why doesn't he like me, Mommy?

You didn't talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?

It's been three days since you saw Daddy. You haven't talked to me or touched me or anything since that. Don't you still love me, Mommy? I still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don't you do that when you're awake, any more?

I'm 21 weeks old today, Mommy. Aren't you proud of me? We're going somewhere today, and it's somewhere new. I'm excited. It looks like a hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell you that? I hope you're as excited as I am. I can't wait.

...Mommy, I'm getting scared. Your heart is still beating, but I don't know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think something's going to happen soon. I'm really, really, really scared, Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love you!

Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! It feels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!

Don't worry Mommy, I'm safe. I'm in heaven with the angels now. They told me what you did, and they said it's called an abortion.

Why, Mommy? Why did you do it? Don't you love me any more? Why did you get rid of me? I'm really, really, really sorry if I did something wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why don't you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care about me, and not talk to me. Didn't I love you enough? Please say you'll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and see your face and grow up and be a doctor. I don't want to be here, I want you to love me again! I'm really really really sorry if I did something wrong. I love you!


I love you, Mommy.

Every abortion is just…

One more heart that was stopped.
Two more eyes that will never see.
Two more hands that will never touch.
Two more legs that will never run.
One more mouth that will never speak...

xxx

Jadi janganlah sesekali kita melakukan zina.Fikir dulu sebelum melakukan sesuatu perkara.Kalau korang dah mendekati zina,pandai-pandailah tanggung.Jangan sesekali bunuh bayi yang tak berdosa.Dorang tak bersalah,dorang pun nak hidup.Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya.

Adakah korang nak menjadi lebih hina daripada haiwan?

"Segmen: Jom Kenali KPOP Bloggers"
Posted on at 10:13 | 1comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Tadi aku pergi jalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain and this what I found.Memang segmen ni menepati cita rasa akulah.lol.Tapi aku rasa macam dah ketinggalan zaman pula.Yelah,baru sekarang aku terjumpa pasal segmen ni.Padahal dah ramai yang join ni.Kalau korang nak join just click je banner tu k.

Opps.Question!

Group KPOP pertama yang korang minat?

Aku rasa group pertama yang aku minat ialah Suju aka Super Junior sebab kawan aku dulu memang fanatik sangat dengan Super Junior ni.Dari situlah mula aku minat kpop.Tapi sekarang ni dah kurang minat.sorry!


Lagu KPOP kegemaran korang . State 2 reasons kenapa korang suka lagu tu

Kalau lagu tu memang banyaklah aku minat.Tak kiralah lagu tu dari group yang aku minat ataupun tak.
Buat masa ni aku suka sangat dengar lagu ni

0330-Ukiss

*WHY*

1. MV lagu ni memang awesome sangat.Girlfriend dia mati tapi dia still lagi tak percaya.Jadi dia buat macam benda tu tak berlaku.Ianya sangat sedih.

2. Aku suka sangat dorang nyanyi genre yang macam ni.Memang 100% DAEBAK!


Siapakah ultimate bias korang. Seorang sahaja. Tak boleh lebih

My ultimate bias ialah G.O from Mblaq.*berangan-angan*


Group KPOP mana yang menjadi top3 pilihan korang sekarang?

1. MBLAQ
2. JYJ
3. BIG BANG


K-DRAMA & Variety show kegemaran korang?

Actually K-drama and variety show memang semua aku layan.Tapi aku lebih tertumpu kepada 
k-dramalah .Aku dapat tengok k-drama tu pun disebabkan unni aku yang baik hati tu tolong downloadkan.

Tapi sekarang ni aku dah jadi budak yang berdikari.lol.Sebab sekarang ni unni aku dah pergi universiti so tak ada sesiapa lagilah nak tolong downloadkan.Jadi terpaksalah aku merajinkan tangan download drama.Aku dah habis download rooftop prince.Sekarang ni yang ongoing lagi ialah dr jin and big.Tu pun sebab request dari unni aku.Aku nak sangat download Bridal Mask.Orang kata drama tu daebak gila.Nantilah kalau aku ada masa aku download.

Kalau k-drama yang first aku tengok ialah Bread,Love and Dream.Disebabkan drama tu aku dah makin suka tengok k-drama.Sekarang ni drama yang aku tengok ialah Rooftop Prince.Memang daebak sangat drama tu.

Kalau variety show pula,aku tak pasti sangat.Tapi sekarang ni yang aku paling layan variety show ialah 2 days and 1 night atau lebih tepat yang ada disiarkan dekat tv.Running Man pun aku layan tapi tak berapa nak tengok sekarang.Yelah,aku dah janji dengan unni aku tu,yang aku akan download drama and dia download movie + variety show.So bila dia balik nanti baru aku akan tengok Running Man.


Blog fanfiction manakah yang menjadi kegemaran korang? State 2 reasons

Actually aku tak berapa minat baca fanfiction.Lagi-lagi kalau ada boy + girl sebab nanti aku cepat jealous.Kalau boy + boy pula lagi aku tak minat.Yelah,ada tu yang membuatkan dorang tu macam gay pulak.Tengoklah nanti maybe aku akan berubah hati nak terbaca pula fanfiction korang.


Adakah bias korang antara yang paling smart & sexy ? tunjukkan gambar tersebut 

Apalah soalan macam ni.Tak mencabar minda pula.cehh sorry!Mestilah bias aku tu yang paling smart and sexy.







Jika korang seorang Kpoppers, upload photo barang/koleksi kpop yang korang ada


Opps.Sorry tak dapat nak uploadkan.Aku just ada magazine and poster je.Kalau goodies tu memang tak ada.


Klah,Sayonara!


Hooray!
Posted on Friday 13 July 2012 at 14:56 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Hip!Hip!Hooray!Hip!Hip!Hooray!


Senangnya dalam hati bila dapat balik awal!


xxxx

Hari ini aku pergi sekolah sekarat hari je!

Chop chop chop,boleh ke sekolah sekarat hari je?macam pelik je sekolah kau ni ayuni!

Mestilah boleh.Hari ini sebenarnya hari bertemu pelanggan.

Haa,

Apa tu?

Yelah,hari bertemu pelanggan tu ialah hari untuk tandatangan buku rekod.So,bila ayah dengan mak korang dah datang dekat kelas korang yang sangat cantik tu,korang pun boleh baliklah!

Tadi aku balik dalam pukul 10 macam tulah.Ingatkan boleh balik awal sikit.

Klah,tu je sebenarnya aku nak cerita.Terpaksa tamatkan entry kat sini je sebab aku nak start download balik!

Sayonara!
Done!Tamat!
Posted on Wednesday 11 July 2012 at 20:11 | 0comments



Bismillah,Assalamualaikum.


Aku nak bagitahu kat korang yang aku dah habis download drama rooftop prince.Actually,dah lama dah habis download tapi disebabkan kekangan waktu ni and aku terlalu buzy mengalahkan perdana menteri.Ayat aku tu tak boleh tahankan.LOL.Aku tak sempat nak bagitahu.


Tepuklah tangan sikit menandakan korang ni supportive!Nanti boleh aku download lagi.*tengok tengok*


Wooo..Ramai-ramai ada 100 orang.Bagus bagus.Good girl and good boy!


Lepas ni aku nak download pula drama dr jin and big.Ni request daripada my unni.Yelah,dia ada download movie and variety show yang baru so aku pun downloadlah drama.Kalau aku tak download nanti dia tak nak exchange dengan aku.


Tapi aku tahu yang hati unni aku tu baik.So,dia nanti akan kasi juga.


Lagi satu,aku nak download drama bridal mask.Joo won ada berlakon.Smart sangat bila aku tengok dia pakai baju seragam warna putih tu.

Chop chop chop,

Tak kenal Joo won tu sape?

Dia pernah berlakon dalam drama bread,love and dream and ojakgyo brother.Drama dua-dua tu pun best.Kalau dalam bread,love and dream ni dia berlakon watak jahat tapi aku still suka tengok.Kalau ojakgyo brother ni dia berlakon macam watak comical sikit.So memang bestlah.


Klah,Sayonara!
Urgh.Takut
Posted on Monday 9 July 2012 at 18:42 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Serious,sekarang ni aku takut sangat.

Nak tahu kenapa?

Sebab sebab sebab nanti mak aku datang sign buku rekod!Serious kecut perut.Cuba bayangkan nanti cikgu complain pasal aku ke.Urgh menakutkan.Harap-harap cikgu akan komen yang baik-baik pasal aku.Yelah,almaklumlah pelajar mithali.*syok sendiri*

Tapi sebenarnya mak aku tak confirm lagi jadi ke tak.Memanglah mak aku cuti hari tu sebab hari koku dia hari khamis.So hari jumaat tu sekolah mak aku ambil cuti.Kalau rate mak aku akan datang ialah sembilan puluh peratus sebab aku dah pujuk hari tu.Insyallah datanglah.

Kalau ayah aku pula tak boleh datang sebab ayah aku punya hari koku hari Jumaat.

Haa,

Aku terlupa pula.Yang sekolah aku tak ambil cuti.Ni yang nak marah ni.Hari koku aku juga hari Khamis tapi sekolah aku tak ambil cuti.Kalau tak silap tahun lepas ambil.Ni yang nak buat aku menangis tujuh hari tujuh malam ni..*ooppps,ter'over' pulak*

Tulah,yang aku suruh mak aku datang tu.Cikgu kata kalau mak atau ayah dah sign buku rekod boleh terus balik.So aku cakaplah kat mak aku hari tu yang suruh datang awal-awal sikit.Nanti bolehlah balik cepat.Kalau mak atau ayah tak datang nanti kena tunggu sampai pukul 12.

Tak sanggup jiwa dan badan aku.

*bau bau*opps,terlupa pulak yang aku belum mandi.Dah berbau busuk dah!

Klah,Sayonara!



Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA !
Posted on at 17:46 | 16comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Kalau nak join just tekan je banner tu.

Nak tag semua yang sedang baca tentang segmen ni!^^

Klah,Sayonara!
Weirdo!
Posted on Sunday 8 July 2012 at 14:58 | 0comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Aku sebenarnya agak pelik tau sebab aku rasa diri aku ni pelik ataupun lebih tepat weirdo.

Nak tahu tak kenapa?(kalau tak nak tahu pun,aku nak juga cerita!^^)

Actually,aku rasa pelik sebab aku rasa aku ni memang tak boleh stay dengan yang satu.Aku bukan maksudkan pasal lelaki tau.Yang aku maksudkan adalah kawan.Bila time aku rasa aku nak kawan dia,aku akan stay dengan dia.Tapi bila time aku rasa bosan,aku macam akan jauhkan diri daripada dia.

Pelikkan aku ni?

Memanglah orang boleh kata aku ni macam kacang lupakan kulit.Korang pun rasa yang aku ni kejamkan.Aku pun tak tahulah.Tulah sebabnya aku tak ramai sangat kawan.Aku rasa aku lagi suka sorang-sorang.Hidup dalam dunia aku sendiri.

Memanglah aku tak patut buat macam tu.Hidup semestinya perlu ada kawankan.Tapi kadang-kadang bercampur dengan orang membuatkan aku rasa pening kepala.Aku kalau yang rapat pun dengan my cousins.Selalunya aku lebih suka menghadap laptop ataupun main game je.Ataupun aku baca novel and komik.Tapi yang paling selalu aku tengok cite korea.Lagi best.

Kalau aku baru masuk kat tempat yang baru ataupun kat tempat dengan orang yang aku tak kenal,aku akan jadi sangat pendiam.Boleh dikatakan sangat pasiflah.Tapi kalau time belajar je aku tak macam tulah.Aku jadi aktif sikit walaupun kat tempat yang baru.

Kadang-kadang bila aku kat tempat yang baru,aku akan jadi pendiam.Sehinggakan orang lain rasa aku ni sombong.Kalau aku pergi kem ke dengan orang yang tak berapa aku kenal,dorang mesti akan kata yang aku ni sedih or takut.Tapi sebenarnya aku tak takut pun ataupun sedih.Just itulah diri aku.

Lagi satu,kalau time aku sekolah rendah.Aku just ada satu je kawan.Yang lain tu pun kurang sikit or lebih tepat tak mesra.Yelah,aku tak sukalah dengan dorang sebab asyik-asyik cite pasal pakwe,henpon and yang seangkatan dengannya.

Dahlah,kepala aku pula ayik pening je sejak kebelakangan ni.

Klah,Sayonara!
I want to look beautiful
Posted on Saturday 7 July 2012 at 09:51 | 0comments




Bisimillah,Assalamualaikum.

Mestilah semua nak muka cantikkan.Kat sini ada tip-tip dia.Check it out k!^^


Menyerikan wajah


Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menegangkan kulit muka


Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Melicin dan mencerahkan kulit muka


Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menghaluskan kulit


Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.



Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi, kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Merawat kulit berkedut


Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Kulit cerah dan licin


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghilangkan parut di muka


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Awet muda


Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. 


Menghilangkan jerawat


Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Memerahkan bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Menaikkan seri muka


Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.


Menyegarkan mata

Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Melentikkan bulu mata


Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Klah,Sayonara!

sumber: wikipedia
Cosplay yang cute-cute!
Posted on at 09:27 | 1comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Tadi,aku ada terbaca satu blog yang mention tentang cosplay.So,aku pun ambil keputusan nak search pasal cosplay.First,tengok memang cute-cute sangat.Aku ni dahlah pantang tengok benda yang cute.

Jomlah cuci mata sama-sama k!^^











Comel tak?

Smartkan?

Klah,got to go now!

Sayonara!