H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Camping
Posted on Thursday 28 June 2012 at 19:09 | 2comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Lamanya aku tak update apa-apa entry kan?

Harap je kata masa tu nak post entry setiap hari tapi disebabkan aku terlalu buzy,aku tak dapat buat apa-apa entry.Hari ini lagilah,baru je balik.Tadi ada latihan untuk camping esok.

Nanti tak dapat buka blog ni.

So sad!

xxx

Masa hari rabu iaitu semalam,aku ada sikit motivasi tau.Tapi bukan macam motivasi sangatlah lebih kepada ceramah.Ianya pasal remaja.

Kalau pasal remaja mestilah sebab pasal loving-loving or couple ni.Itulah apa yang ustaz tu cakapkan.Tapi ustaz tu tak delah tua sangat.Dia kata umur dia baru je 23 tahun.Muda lagikan.

Mula-mula start tu memang best sangat-sangat tapi bila nak akhir tu dah tak best sebab mulalah part sedih-sedih start.

Ustaz tu ada tunjukkan video ibu yang melahirkan anak.Lepas tu adalah nyanyi lagu apa tah.Yang part last tu ada soalan yang mencabar sangat-sangat.Dia suruh kitaorang tutup mata.

Contoh soalan tu:

Adakah awak pernah merokok?


Adakah awak pernah melakukan persetubuhan?


Adakah awak pernah terdetik nak bunuh mak dan ayah awak?


Adakah awak pernah terdetik yang awak nak keluar dari rumah awak sebab awak rasa tak bebas!Awak rasa panas sangat!


Adakah awak pernah ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan ayah awak?


Adakah awak pernah ponteng tusyen tanpa pengetahuan mak dan ayah awak?


Adakah awak pernah bercouple tanpa pengetahuan mak dan ayah awak?


Adakah awak pernah mencuri duit mak dan ayah awak?


Adakah awak pernah menonton video lucah?


Adakah awak pernah simpan video lucah dalam laptop ataupun henset awak?


Dan banyak lagilah.Bila korang dengar soalan tu memang mencabar gilalah.Lepas tu last-last tu ustaz tu cakap yang adakah awak sayang mak dan ayah awak?

Aku rasa ramai yang angkat tangan.lepas dah angkat tangan tu,ustaz tu kata macam ni

Awak semua pembohong,kalau awak sayangkan mak dan ayah awak kenapa awak buat benda-benda yang macam tu.Kenapa awak membelakangkan ibu dan ayah awak?

Memang gila sedih lah time tu.Berapa banyak dah air mata aku mengalir.Aku pun tak tahu.Lepas tu,time malam aku rasa mata aku bengkak kut sebab nangis tu.

Tapi kan ini bukan first experience aku kena macam ni tau.Kalau tahun ni rasanya dah dua kali dah.Setiap kali ada benda-benda yang macam tu mesti aku nangis.Aku pun tak tahulah.

Klah,tu je kut.Sayonara!
So many~
Posted on Monday 25 June 2012 at 18:36 | 6comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Akhirnya siap juga aku buat benda ni.Baru je siap buat list nama untuk rumah sukan dia.Nasib baik tak banyak sangat.Just 24 nama je.Tak payahlah aku bersusah payah taip lama-lama.


Sebenarnya dia dah minta aku buat dari hari Ahad tapi aku malas nak buatkan.Yelah,aku paling tak suka orang suruh aku buat benda last minute.Dia minta aku siapkan hari Ahad sebab hari Selasa nak kena hantar dah.Tak ke aku geram tengok peragai dia tu.


Padahal dia dah tahu dah yang aku paling tak suka benda last minute ni.Kalau dia suruh aku buatkan hari Jumaat minggu lepas ke,sejuk sikit hati aku nak buat ni.


XXX

Aku dah mula start postkan setiap entry aku yang terbaru kat facebook aku.Sebenarnya aku sendiri kurang pasti apa function facebook sekarang.Dulu memanglah aku suka kat facebook ni sebab dapat main game tapi sekarang aku dah malas dah.

Kalau game yang paling lama bertahan kat facebook tu ialah Farmville.Sekarang ni aku dah tak main dah game tu sebab makin lama aku rasa makin bosan.Dah lah nanti aku asyik kena minta orang tolong aku untuk selesaikan mission kat game tu.

Haa,

Sebelum terlupa tadi aku ada cari background untuk cousin aku punya header.Dia ada suruh aku tolong buatkan.Masa aku tengah cari tu memang banyak gila background yang lawa-lawa.Macam rambang mata pulak.

Klah,tu je kut.

Sayonara!
Dah tamat pun
Posted on at 16:06 | 0comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Hari ini iaitu hari Isnin bersamaan 25 Jun,tamatlah hari sukan untuk sekolah aku.Lol~Macam ada pengisytiharaan sultan pula.Sepatutnya hari sukan aku tamat pada hari khamis tapi disebabkan ada masalah teknikal yang tak boleh dibendung menyebabkan hari sukan tu ditunda pada hari Isnin iaitu hari ini.

Tadi aku ada acara and dapat pinggat gangsa and perak.Gangsa tu 100 meter and Perak tu 4 x 100 meter.Ada lagi satu pinggat aku dapat tapi acara untuk 400 meter.Acara ni dah lama dah iaitu hari Rabu yang lepas.

Tapi aku nak minta maaflah sebab aku tak dapat tunjuk pinggat tu.Aku tengah malas nak ambil pic ni.Kalau ada masa nanti aku akan cuba tunjukkan k.

Haa,

Lagi satu, T_________T .Tapak kaki aku ni terluka.Rasanya terpijak duri tapi bila time aku tengok.tak de pulak duri.Just ada luka je.Tapi bila dah ubuh ubat tadi rasa macam dah kurang sakit tu.

Opps,

Aku terdengar perut aku berbunyi minta diisikan makanan.

Klah,tu je kut!

Sayonara!
Cara mengekalkan otak yang sihat
Posted on Sunday 24 June 2012 at 14:32 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Makanan dan minuman adalah antara faktor perkembangan otak.

Haa,

Sebelum korang teruskan bacaan.CLICK SINI

1. Makan makanan atau buah-buahan yang masam,yang tinggi asidnya seperti epal hijau ataupun asam secara  berlebihan akan menyebabkan penyakit lupa.Ini pendapat Imam al-Zuhri.

2. Memakan bawang besar,terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu,dadah dan rokok dan sebagainya boleh menyebabkan lupa.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas berfikir dan menggelapkan akal

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati,perut,jantung,limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa

6. Makan-makan sisa haiwan perosak seperti lalat,tikus,lipas dan lain-lain secara berlebihan menyebabkan lupa.Ini menurut Imam al- Zuhri

7. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

8. Banyak makan makanan ringan yang tinggi bahan perasa seperti Monosodium Glumate(MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk kesihatan.

9. Makan makanan ataupun minuman sisa orang lain ataupun sisa binatang kerana tidak baik untuk otak.

10. Makan makanan basi ataupun hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

11. Makan atau minum dari sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.

12. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan,terutama otak dan bahagian pipi(insang) mengandungi asid yang tinggi.

Dah habis bacakan,CLICK SINI.

Klah,Sayonara!
Haih,macam-macam kerenah!
Posted on at 09:43 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Kadang-kadangkan aku geram sangat tengok peragai adik aku ni.Aku pelik betul bila tengok dorang ni.Bila aku nak minta tolong sikit mesti dorang akan buat banyak alasan nak mengelat.

Tapi bila dorang nak suruh aku tolong mesti cakap pun memanglah baik.Dorang siap janji lagi nak tolong aku buat kerja nanti tapi bila aku dah tolong and aku tuntut balik mesti dorang buat-buat lupa.

Kadang-kadang aku malas nak tolong dorang.Nanti boleh pulak dorang cakap macam ni,

"Tak baik seorang kakak tak nak tolong adik dia sendiri"

Aku pun apa lagi,cakap macam ni pula.

"Kau tu kalau nak minta tolong mesti cakap pun baik-baik je.Peragai macam tak pernah pijak semut.Tapi bila akak minta tolong sikit gerenti kau buat banyak alasan"

Lepas tu,mulalah tersengih-sengih macam kerang busuk.Tapi nasib baik aku ni berhati mulia so aku pun tolonglah juga dorang.

Klah,tu je kut.

Sayonara!


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Posted on Saturday 23 June 2012 at 19:31 | 0comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Tadi aku ada pergi pertandingan perbualan bahasa arab tapi malangnya aku kalah.Ustazah aku kata tak pelah janji dapat sijil peringkat negeri.Nanti markah koku dapatlah banyak sikit.Actually aku dah tak berapa yakin yang aku boleh menang sebab first je masuk dah banyak dah masalah berlaku.

Mula-mula aku tak nervous sangat tapi bila time mic aku terjatuh memang panik aku mula bertambahlah.Masa tu aku rasa memang malu gila.Memang banyak gila mistake tapi lepas dah lama-lama sikit tu semua dah mula okelah.

Cuma aku redha yang memang bukan rezeki aku and aku tak boleh nak menang nak buat macam mana kan.Adalah benda yang Allah nak uji aku tu.Tapi yang aku tak berapa puas hati ialah judge untuk pertandingan tu.Memang serious aku tak puas hati.

Ada ke patut hakim pertandingan tu ada peserta dari sekolah dorang masuk.Memang tak adillah kan.Kalau kita sepatutnya kena cek dulu takut peserta yang masuk tu ada kena mengena dengan hakim tu.

Seorang hakim sepatutnya perlu bertindak adil dan saksama.Janganlah asyik nak jadi bias je.Janganlah asyik nak hantar sekolah yang feymes je pergi peringkat kebangsaan.Memang aku sendiri ada buat cacat cela and aku mengaku persembahan aku tu tak perfect sangat pun.

Tapi,seseorang hakim tak boleh jadi bias.Dia tak boleh nak tolong peserta dari sekolah dia.Cuba bayangkan kalau korang jadi hakim and peserta dari sekolah korang ada masuk.Apa yang korang rasa?

Mestilah korang nak cuba tolong walaupun tak banyak tapi still lagi korang akan sedaya upaya nak tolong peserta korang tu.Tulah sebab aku katakan tak adil.Dahlah,malas nak cerita.Buat sakit hati dan otak je bila cerita.

Klah,Sayonara!
13 Perkara Yang Perlu Dijaga Perempuan Islam
Posted on Friday 22 June 2012 at 21:08 | 5comments



Bismillah,Asslamualaikum.
Ada banyak perkara yang perlu dijaga atau dititikberatkan oleh perempuan Islam.Kalau nak tahu dengan lebih lanjut.Check it out k!^^
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Klah,Sayonara!
Entry
Posted on at 20:30 | 2comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sekarang ni aku ada azam baru iaitu aku nak masuk ke alam yang baru.Ceh,dengar macam cool kan.Ini berkaitan dengan blog aku nilah.Aku nak masuk ke alam mari membuat sejuta entry sehari.

Okkkk,

Sebenarnya aku nak update tau blog aku ni and kalau boleh setiap hari tapi disebabkan aku terlampau buzy dengan sekolah so aku hanya boleh buka masa weekend je.Jadi blog aku ni boleh dikatakan update just pada hari Jumaat,Sabtu ataupun Ahad je.

Aku sikit cemburu bila tengok blog-blog yang sentiasa di update and ada entry-entry yang 'fresh-fresh' je.So aku nak cuba buat macam tu juga.Aku akan cuba update walaupun just satu je entry untuk satu hari.Nanti bila blogger lain nak blogwalking,takdelah rasa boring asyik tengok post yang sama je.

Tapikan,kalau aku asyik update tapi entry tah apa-apa.Tak guna juga kan.So mulai sekarang aku perlulah berusaha nak update tentang entry yang terbaik.

Haa

Lagi satu,

Mulut aku dah mula pecah balik tapi bukan pecah macam gelas tu.Mulut aku ada pecahlah macam ulser kut.Aku memang dah selalu juga kena tapi yang aku peliknya aku dah minum banyak dah air tapi still lagi pecah.Aku tak tahulah nak minum berapa botol lagi air supaya mulut aku tak pecah lagi.

Dahlah,esok nak bertanding.Harap-harap bolehlah bercakap macam biasa esok.

Amin.

Klah,Sayonara!
Problem,Problem
Posted on at 15:43 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sepatutnya hari ini aku cuti sebab semalam aku ada hari sukan tapi disebabkan ada hal-hal mustahak yang perlu diselesaikan,aku terpaksa pergi ke sekolah.Yelah,kan aku ada bagitahu masa tu yang aku ada pertandingan perbualan Bahasa Arab esok iaitu hari Sabtu ni.

Mula-mula aku tak confirm lagi boleh pergi ke tak sebab tak ada sape pun nak hantar aku.Ayah dengan mak aku kena pergi sekolah hari ini.Jadi bila fikir-fikir*muncul pula lampu kat atas kepala*,so aku dapat idea.Aku mintalah ayah aku tolong hantarkan aku masa dia pergi sekolah tadi and dia kata boleh je so aku pun ikutlah tapikan aku ada bawa laptop aku sekali tau sebab aku rasa aku akan bosan nanti.

Mula-mula hati aku ni dah berbungalah juga sebab dapat buka internet tapi tiba-tiba connection(kalau aku tak silap)problemlah pulak.Yelah,bila aku fikir balik asal tak boleh rupa-rupanya memanglah tak bolehkan sekolah aku cuti hari ini so mestilah internet tu dia tutup sekali kut.Lepas tu,aku dah tak tahu nak buat apa lagi sebab aku datang pukul 7 and latihan tu start pukul 8.30 pagi.Cuba bayangkan ada 1 jam 30 minit lagi.

Jadi aku pun buat cadangan yang bernas dengan tengok jelah variety show yang best-best kat laptop aku ni.Kalau aku dah malas nak tengok,aku pun bacalah novel yang aku baru dapat semalam.Cerita novel tu macam best.

Klah,tu je kut.

Haa,

Sebelum terlupa tolong doakan aku supaya aku dapat buat betul-betul esok k!

Sayonara!
Segmen:BEN ASHAARI DAN SAYA
Posted on Thursday 21 June 2012 at 21:08 | 17comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Yuni suka baca blog yang selalu update,cara penyampaian dia mestilah santai and blog tu mestilah tak berat tapi kalau title entry tu macam best so yuni akan blogwalking juga walaupun blog tu berat.LOL~
Sorry
Posted on at 18:27 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.


Aku nak minta maaf sangat-sangat.Yelah,kalau masa sekolah ni aku tak berapa 'active' sangat.Jadi aku nak minta maaf kalau ada yang terkecil hati or tersinggung sebab aku tak follow or blogwalking blog korang lagi.
Don't worry,nanti aku akan follow and blogwalking korang balik k.Just don't forget to put your link at my tagboard.^^


Klah,Sayonara!
Syukur,Alhamdulillah!
Posted on at 18:07 | 0comments


Bismillah,Assalamualaikum.

Sepatutnya hari ini aku ada hari sukan tapi disebabkan hujan so acara-acara yang patut ada hari ini ditangguhkan.Actually,aku gembira sangat sebab tak jadi lawan hari ini.Yelah,sepatutnya aku patutnya lari hari ini tapi disebabkan hujan so acara tu ditangguhkan.Sebab itulah,aku happy sangat-sangat.Aku bersyukur sangat sebab hujan tadi.Memang time hujan tu turun tu memang perfectlah.


Tapi kegembiraan tu tak akan bertahan lama sebab acara tu akan ditunda pada hari Isnin ataupun Selasa(kalauakutaksilaplah).Kalau acara ada sambung balik hari Isnin ataupun Selasa,boleh tak kalau keesokan harinya dapat cuti lagi.LOL.(takcukupcukuplagikecutiesok).Berhentilah berangan wahai Cik Ayuni!*terdengar suara sumbang*


Tadi memang tak belajar lansung tapikan aku pun tak tahu kenapa aku ni te'rajin' sangat bawak buku.Masa mula-mula aku kemas tu masih ok lagi tapi bila nak balik tu memang berat sangat-sangat.Aku rasa kalau setiap hari aku bawak beg berat-berat tak lama lagi memang tulang kat bahu aku ni serious aku rasa akan patah.


Nantikan aku ada pertandingan tau hari Sabtu ni iaitu perbualan Bahasa Arab.Aku harap aku dapat menang nanti.Tapikan ustazah aku cakap yang jangan terlampau fikirkan untuk menang yang penting dapat pengalaman.Bila aku fikirkan balik memang betul pun sebab bila aku fikir nak menang je memang kepala aku ni rasanya macam nak pecah je.Aku harap dapat buat yang terbaik lusa.


Klah,terlampau banyak pula cerita.Maklumlah dah lama tak buka blog ni sebab terlampau buzylah katakan.


Sayonara!
Buat kerja gila..-___-
Posted on Monday 18 June 2012 at 21:17 | 0comments




Assalamualaikum and moshi moshi.


Aku tak boleh buka lappy masa sekolah sebenarnya.Ni pun disebabkan mak aku nak buat kerja untuk hari koperasi dia nanti.Mak aku tengah pergi jalan-jalan kejap(aku pun tak tahu pergi mana).Lappy mak aku ni on je so aku ambil peluanglah nak buka*sengih jahat*..


Haa,


Korang cuti tak hari ini?Mesti ramaikan yang cuti.Cuba angkat kaki sapa yang pergi sekolah hari ini*tengok-tengok*.WOW sikitnya.Hari ini aku terpaksa merajinkan diri untuk pergi ke sekolah.Yelah sebab Melaka ni tak ambil cuti sempena Israk Mikraj so sekolah pun seperti biasalah,on jelah.


Lagi satu nanti aku ada masuk untuk acara larian masa hari sukan nanti.Aku harap boleh menang and masa lari nanti tak semput aka pancit tengah-tengah jalan ebab sejak aku masuk sekolah menengah ni aku dah berazam tak nak berlari lagi.Tapi entah kenapa aku punya badan ni still lagi nak lari(apa yang aku cakap ni)G

Klah,homework sudah memanggil.
Got to go now.Homework time!!^^

Sayonara
Nothing to say
Posted on Sunday 17 June 2012 at 10:28 | 0comments



Assalamualaikum and moshi moshi

Hari ini hari bapakan?Tapi aku still lagi tak wish sebab aku tak tahu nak cakap macam mana.Lagipun ayah dan mak aku dah keluar dah.Aku pun tak tahu dorang pergi mana.Bytheway,aku tak nak cerita pun pasal hari bapa but aku nak bagi sikit nasihat.

Nasihat ini aku dapat masa hari Jumaat yang lepas tapi disebabkan kekangan waktu so aku terupdate lambat sikit.Masa hari Jumaat tu lepas habis baca Yasin selalunya mesti akan ada yang bagi tazkirah pendekkan.Selalunya kat sekolah aku mesti ada.

Haa,

Perempuan ataupun lelaki yang suka tidur lepas asar mesti akan ada lebam kat paha dorang.

Lebam itu sebenarnya dikenali sebagai lu'bait.Ianya daripada syaitan ataupun jin.Kalau korang tak percaya lepas ni cuba tidur lepas asar.Lagi satu ustaz aku kata yang kalau korang tidur lepas asar selama 40 hari confirm korang akan jadi gila.

Yang ini,
 Perempuan atau lelaki tidak boleh mandi telanjang.
Kalau korang suka mandi telanjang.Ditakuti yang jin ataupun syaitan terjatuh cinta kat korang.Kalau jin ataupun syaitan jatuh cinta,susah nak keluar.Dia akan ikut korang ke mana-mana pun juga.Aku ada terbaca satu artikel ni kat surat khabar.

Jin itu suka kat seorang pramugari ini.Pramugari itu kata yang hubungan dia dengan lelaki pasti akan sentiasa gagal.Waktu malam mesti dia akan terdengar benda-benda yang menyeramkan.Ustaz yang merawat pramugari tu kata yang pramugari itu pernah dirogol oleh jin itu.Walaupun tak sedar tapi seseorang itu pasti akan tahu yang dirinya telah dirogol.

XXX__________________XXX

Aku terdengar perut berbunyilah minta diisikan makanan.

Oh,baru aku perasan yang aku belum lagi sarapan.Klah,eating time.Sayonara!
Segmen: I follow U,U follow me back
Posted on Saturday 16 June 2012 at 20:14 | 8comments


 

Assalamualaikum and moshi moshi..Nak join satu segmen yang agak menarik..Macam superb je kan!!Kalau korang nak join just tekan je banner tu k..

p/s: Saya dah lama follow blog + like page cik honey!!And yuni memang serius nak follow back korang tapi janganlah tipu tau kalau tak follow yuni pun..

Klah,Sayonara!


Macam-macam ada!!
Posted on Friday 15 June 2012 at 22:02 | 4comments




Assalamualaikum and moshi moshi.Macam mana first week korang kat sekolah?Mesti ramai yang dah dapat paper kan?Aku dah dapat semua paper dah.Nasib baik result aku still flying colours lagi tapikan aku nak dapat 9A cuma english aku terbabas tengah jalan..LOL~English aku tak oke dapat B je..Yang aku tak berapa puas hati sebab result mid year exam aku sama dengan result masa exam formatif 1 masa tu..

Walau apa-apa pun,aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku dapat..Yang aku gembira sangat semua paper aku menaik kecuali english aku yang turun..Tapi nasib baik dapat B lagi..Lagi satu,sejarah aku lagi satu soalan je dah boleh dapat 100..Aku terbuat silly mistake..Rugi sangat-sangat aku rasa..

Nanti masa hari Selasa minggu depan,aku ada exam kkq..Doakan aku dapat A nanti k..Haa terlupa pulak yang nanti aku ada masuk pertandingan perbualan Bahasa Arab so doakan yang aku berjaya juga..Tempat bertanding tu kan agak menarik tau sebab tempat pertandingan tu nanti kat SHAROD..Aku pernah sekolah situ so gembiralah juga nanti maybe dapat jumpa kawan-kawan lama aku..

Lagi satu,memanglah aku gembira sebab markah yang aku harapkan dapat tapi banyak sangat kerja rumah..Baru dua hari cuti tapi macam 2 bulan punya kerja rumah pulak..Nanti nak hafal perbualan and kkq tu lagi..Harap aku dapat hafallah..


Hari ini aku rasa hari yang tak berapa aku suka sebab masa aku jaga kantin tadi..Aku suruhlah abang-abang form 3 tu pergi sebab rehat dah habis tapi diaorang tak nak pergi pulak..Masa tu tahap kesabaran aku semakin menipis tau sebab ada seorang pengawas lelaki ni,dia kata macam ni 
"kau siapa nak suruh aku pergi?kau siapa nak marah aku"..

Memanglah dia tu form 3 tapi dia tu sebenarnya kena jaga kantin juga tau tapi dia tak jaga pun..Lagi satu,dia dengan aku hanya satu tahun beza je kut..Lepas tu,dahlah tak bertugas,tak bertanggungjawab pulak tu and nak cari gaduh dengan budak perempuan pulak..Aku rasa dia tu berlagak je lebih sebab dia tu dengan geng dia,cuba kalau dia sorang-sorang...Memang tak akan berani punyalah..

Fix comment problem for blogskin
Posted on at 17:23 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..Kalau korang ni pengguna blogskin mesti bila orang lain nak comment mesti akan tak jadi so korang lebih baik guna comment pop up window.why?sebab bila orang lain nak comment mesti nanti tak boleh..Refer jelah tuto ni oke..

Dashboard > Setting > Posts and comments


 lepas tu cari comment location and tick pada pop up window


kalau semua dah siap,tekan save setting k..





Portugal vs Germany
Posted on Sunday 10 June 2012 at 11:47 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..Pagi tadi korang tengok tak Portugal vs Germany?Kat TV3 and Astro Arena tak siarkan pelawanan tu kan?Aku ada cuba tengok tapi kat TV3 tu ada drama Bella and  kat Astro Arena ada perlawanan Malaysia vs Singapura(ulangan je) so aku kena tengok kat Astro supersport jelah..Tapikan yang membuatkan aku sedih sebab masa aku nak tunggu perlawanan Portugal vs Germany tu start tiba-tiba aku tertidur pulak so aku terlepaslah peluang nak tengok..Nasib baik yang astro tu ada buat ulangan pagi tadi so aku dapatlah tengok balik..

Portugal vs Germany

Korang rasa siapa yang akan menang perlawanan tu?________Aku sokong Germany and memang daripada mula lagi aku harap sangat yang germany boleh menang tapikan seperti yang aku tulis di post yang tadi..Apa-apa pun boleh berlaku and masa 90 minit tu pun boleh mengubah mata yang disumbangkan..

Final prediction untuk perlawanan itu adalah 2-1(2 germany and 1 portugal)..Walaupun jumlah gol sebenar yang disumbangkan tidak menyerupai prediction tu tapi aku still happy lagi..Sebab prediction tu mengatakan yang germany akan menang and memang betul pun germany menang lawan dengan portugal iaitu 1-0(1 germany and portugal 0)..Gol untuk germany tu disumbangkan oleh gomez yang bejersi 23(kalau tak silap) mana minit ke 72..Bola tu boleh gol sebab gomez tanduk pakai kepala dia and bola tu terus masuk!!

Bila korang tengok perlawanan tu memang korang tak boleh agak siapa yang akan menang sebab dua-dua kuat..And pada masa yang pertama tu tak sapa yang boleh jaringkan gol..Kalau nak jaringkan gol tu memang ada tapi mesti tak masuk atau terkeluar je..

Haa lagi satu memang kalau korang tengok mesti korang rasa yang cristiana ronaldo tu luck tak menyebelahi dia sebab dia ada cuba jaringkan gol dalam 3 atau lebih tapi mesti tak masuk..Ada tu yang sikit je lagi nak masuk tapi kena tepi dengan penjaga gol..Lagi satu dalam minit ke 45 rasanya dia ada cuba jaringkan gol tapi bole tu melantun kat tiang gol tu(atas and bawah) tapi tak melebihi garisan so gol tu tak dikiralah..Kalau gomez pula dia boleh tau jaringkan lagi satu gol pada minit ke 77 tapi tak dapat sebab bola yang nak pas kat dia tu tak sampai..Tersasar pulak kat tepi..

Klah,sebelum tu jangan lupa pula tengok germany lawan netherlands pada hari Khamis pukul 2.45 pagi..Sayonara!! 
Netherland vs Denmark
Posted on at 10:57 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..Pagi tadi korang tengok tak Netherlands vs Denmark and Portugal vs Germany?Apa yang korang rasa bile tengok perlawan tu?(mestilah best)..Oke mula-mula aku nak minta maaf sebab lambat update pasal ni..Aku busy sikit tadi tu sebab tak sempat nak update apa-apa..Kita mula-mula tengok Netherlands vs Denmark dulu k..


Netherlands vs Denmark

Aku memang agak yang belanda aka netherlands akan menang tapi macam-macam boleh berlakukan dalam bola sepak..Masa 90 minit tu pun boleh ubah apa-apa and ianya tidak boleh dijangkankan..Mesti bila korang tengok perlawanan semalam korang macam tak percayakan yang 'group tu' akan menang..

Final prediction untuk perlawanan itu ialah 2-0(2 belanda and denmark 0) tapi maybe luck tak menyebalahi belanda sebab belanda kalah iaitu 1-0(1 denmark and belanda 0)..Gol untuk denmark tu disumbangkan oleh Kronh Dehli pada minit ke 24 tapikan gol tu memang mantaplah sebab dia jaringkan dari kiri rasanya bola leret kut and bola tu boleh pulak masuk kat celah kelangkang penjaga gol belanda and lepas tu terus GOL!! 

Kalau korang tengok perlawanan tu memang korang dah boleh agak dah yang belanda akan menang sebab bila masa yang pertama memang boleh korang katakan yang belanda memang menguasai perlawanan tu..Lepas tu banyak pulak yang diaorang cuba jaringkan gol tapi seperti yang aku katakan tadi maybe luck tak menyebelahi mereka..Gol yang diaorang nak buat tu asyik tak masuk je and yang paling tak tahan bila ada pemain belanda(aku tak ingat sapa dia) nak jaringkan gol tapi terkena tiang..Sikit je lagi nak gol tu..

Masa yang kedua pulak barulah korang akan nampak yang denmark punya rentak permainan makin baik mungkin sebab semangat diaorang dah membara kut bila kronh dehli tu jaringkan gol..Lagi satu diaorang berusaha sedaya upaya belanda tak jaringkan gol..

Klah,haa jangan pula korang lupa tengok itally vs spain nanti..Sayonara!!
*sigh**sigh*
Posted on Saturday 9 June 2012 at 22:02 | 0comments





Assalamualaikum and moshi moshi..

Today is Saturday!!! =_____=
I don't know why but I really lazy to go to school...I hope that this is just only a dream..
I don't want to wake up..
Please just let it be a dream!!
Please!!Please!!
Now I'm in my fantasy world..*dream*

Opps wake Miss Ayuni!!Are you crazy?
Just accept the reality that you should go to the school on Monday..Just accept it that you will be busy again with homework and everyday you will return home late..Very sad when I think about it!!*sob sob*

You should accept the reality Ayuni..You have to move foward to achieve what do you want..You just have to say  All Is Fine..Everyone have their own problem and you should stop a daydream..To achieve what do you want is not easy at all,we have to struggle with many type of problems then we will enjoy it later..

Opps sorry for my broken english and if you really annoy just push CTRL + W ...^^
Sayonara!!
Geramnya!!! =______="
Posted on at 12:46 | 2comments



Assalamualaikum and moshi moshi..Sekarang ni memang mood aku tak berapa baik..Kalau korang baca title tu pun korang dah dapat agakkan..Nak tahu tak yang pagi tadi aku ada download Rooftop Prince Ep 5..Selalunya aku download malam tapi malam semalam hujan so tak dapatlah nak download tapi aku dapat tengok Eurolah..LOL~~ 

Malam semalam aku ambil keputusan nak download pagi-pagi nanti jadi sekurang-kurangnya dapatlah habiskan download tapi disebabkan kebijaksanaan adik aku yang melampau ni..Dia pergi cabut plug tempat TM tu so download aku untuk rooftop prince tu pun dah fail..Aku pun tak tahulah apa yang merasuk fikiran dia tu untuk mencabut plug tu..Kalau download tu banyak lagi tak pelah ni download tu tinggal sikit je..Kalau tak silap aku download tu dah 85% dah..Sakit hati aku..*sigh*

Banyak gila cabaran yang perlu aku hadapi masa nak download drama ni..*sob sob*
Tolong bagi kotak tisu kat aku sebab aku nak mula nangis ni bila fikirkan pasal benda tu..
Aihh,Klah..Sayonara!!
Dapat Doodle
Posted on at 12:21 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..Aku dapat doodle dari Abang Fiz..Yang ni bukannya yang Euro tu tapi yang lain..Actually aku ada join masa tu and dah lama dah dapat tapi baru hari ni aku nak tunjukkan..


Comel tak?
Klah,Sayonara!!

Segmen : Doodle Jersey Euro Saya
Posted on at 12:14 | 0comments



Assalamualaikum and moshi moshi..
Aku nak join satu segmen doodle..Kalau nak join just tekan je banner tu k..Oke kita straight to the point ek..

Pasukan: Germany
No. Jersey: 11
Kasut: Hitam

Aku harap tak tamat lagilah sebab dia kata nak sampai 50 orang tapi tak cukup 50 orang lagi so aku still bolehlah kan?Urm aku nak tag sesiapa sahaja yang tengah baca entry ni..^^
Klah,Sayonara!!
School or Euro?
Posted on at 11:47 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..
Macam mana ni?*WHY**WHY*Sekolah nak dekat dah and cuti makin berkurangan..Rasanya tinggal hari ini and esok je cuti(malasnya nak pergi sekolah,kan bagus kalau dapat cuti setahun)..Euro pun dah mula dah..Macam mana nak buat ni,aku nak tengok Euro and sekolah dah nak bermula so tak bolehlah aku nak tengok ..

Bila sekolah start serious memang aku buzy and aku balik memang setiap hari lambat..Cuba korang bayangkan yang aku balik paling cepat pun pukul 2(tu pun kalau tak ada koku)..Kalau ada koku dah semestinya balik pukul 4.30 petang..Kalau hari Isnin,Selasa and Khamis selalunya balik pukul 3.20 tapi kalau ada KKQ aku balik pukul 5.20..Kalau hari Jumaat pula aku balik pukul 12.40 ...Aiii setiap hari boleh dikatakan aku balik lambat je..Stress aku dibuatnya!!

Aku teringin sangat nak tengok sebab memang aku ni boleh dikatakan kaki bola juga..Haa semalam memang best sangat dapat tengok Poland vs Greece (1-1)...Lagi satukan aku nak sangat tengok Germany vs Portugal tapi diaorang lawan hari Ahad so macam mana aku nak tengok?*sigh*Tak lama lagi memang aku kempunan jugalah tapi aku akan cuba pastikan aku dapat tengok diaorang lawan and aku harap Germany can win!!!LOL~~aku memang sokong german pun and sapa yang sokong portugal tu jangan marah-marah tau..
Go Germany You Can Win!!! :P

Klah,Sayonara!!



Kenapa perlu melakukan perkara yang diharamkan?
Posted on Friday 8 June 2012 at 19:17 | 0comments



Assalamualaikum and moshi moshi..Title kat atas tu menarik,kan?Urm Urm Kenapakan kita perlu melakukan perkara yang diharamkan oleh syariat Islam?Contoh yang paling dekat ialah bercouple..Adakah korang tak tahu yang bercouple itu haram?Kenapa ada juga yang still bercouple sedangkan kita tahu hukum bercouple tu sendiri..

Kadang-kadang aku tengok kat taman ke ataupun kat mana-mana je macam-macam aksi pasangan kekasih ni aku nampak..Banyak dan macam-macam gaya remaja yang bercouple pada masa kini seperti saling berpandangan,berdua-duan,berpegang tangan,berpelukan,berciuman,membonceng dan ada yang sanggup menyerahkan 'segalanya'..


Selalunya situasi yang biasanya terjadi kepada pasangan remaja yang bercouple ialah perjumpaan pertama kedua-duanya saling tidak mengenali,berkenalan disebabkan perantaraan rakan atau inisitif sendiri lalu hubungan pun berlanjutan dan penilaian terhadap sang kenalan dirasakan begitu manis..

Pertama ia dinilai dengan gaya fizikal dan penampilannya,mata sebagai juri..Seyuman pun mengiringi ..Hati pula mula menggelora dan sering katakan rindu serta pertanyaan yang timbul ialah kata-kata pujian..

Bila bertemu pasti mereka akan melepaskan gelora rindu dan mulalah mengungkapkan perkataan I Love You atau Aku Cinta Padamu..Lalu pasti si perempuan tidak dapat menolak ajakan sang kekasih"buktikanlah kasih dan sayang mu pada ku"
Buktikan cinta atau kasih sayang?Haa Adakah dengan menyerahkan wang,tubuh,kemaluan dan maruah?Adakah korang sanggup mengabaikan hukum bercouple sedangkan azab Allah terlalu pedih?Bayangkanlah azab Allah terlalu pedih sehinggakan bila kita mempersoalkan pasal itu pasti kita berasa gerun..


Ramai orang yang bercouple akan cakap macam ni..

Kitaorang bercouple just unuk saling kenal-mengenal je,kitaorang tak buat pun maksiat..

Jangan cakap macam itu,korang tahu tak yang bila korang bercouple korang dah banyak bergelumang dengan dosa..Macam-macam bentuk zina yang korang dah buat..Memanglah korang akan kata macam ini,kitaorang tak buat pun zina and sampai menjauhinya tapi kenapa kitaorang boleh dikatakan membuat zina?

Korang nak tahu tak yang zina tu ada macam-macam bentuk,sampai korang rasa yang benda tu tak mungkin..Ada zina mata,zina telinga,zina lidah,zina tangan,zina kaki,zina kalbu dan zina kemaluan..
Kedua-dua mata adalah zina memandang iaitu memandang wanita yang tidak halal unuk dilihat walaupun tanpa syahwat,Kedua-dua telinga adalah zina mendengar iaitu mendengar ucapan wanita selain isteri dalam bentuk menikmati,Lidah(lisan) zinanya adalah berbicara iaitu berbicara dengan wanita selain isteri dalam bentuk menikmati atau menggoda dan merayu,Tangan zinanya adalah memengang iaitu menyentuh wania yang tidak halal disentuh dengan memengang atau lain-lain yang seangkatan dengannya.. Kaki zinanya adalah melangkah iatu mengayunkan langkah menuju ke tempat wanita yang menarik hati atau tempat perzinaan,Zina kalbu ialah berkeinginan dan mengangan-angankan wanita yang memikatnya dan Zina kemaluan ialah kemaluannya yang membenarkan atau mengikuti perzinaan yang bererti kemaluannya telah membenarkan


Semua orang pasti ingin disayangi dan menyayangi satu sama lain kan?Tipulah kalau korang kata yang perasaan cinta itu tak ada ataupun tak datang..Maybe korang akan kata tak suka tapi just minat je and takkanlah minat pun menjadi satu kesalahan?Urm urm bukan ke lama-kelamaan perasaan minat itu akan bertukar menjadi perasaan cinta ataupun suka?

Memanglah pada asalnya hukum bercinta itu tidak haram tetapi ada beberapa perkara yang akan menyebabkannya menjadi haram..Antaranya ialah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam yang menyusuli selepas bercinta itu yang salah..



Sebab-sebab yang menjadikannya haram ialah:

1. Mempunyai niat yang tidak baik

Sesebuah perhubungan istimewa antara seseorang lelaki dan wanita perlu mempunyai niat yang baik seperti ingin berkahwin..Kalau perhubungan yang tidak bertujuan begitu seperti becouple hanya untuk suka-suka dan berhibur atau seangkatan dengannya yang menyebabkan ianya menjadi haram..

2. Tidak mematuhi atau melanggar syariat Islam

Lumrah bercouple seakan tidak akan lari daripada aktiviti ini seperti bershopping,berdating dan sebagai bahkan ada yang sampai ke peringkat yang lebih teruk..Ada juga tanpa segan silu menggunakan istilah yang kononya menunjukkan sikap caring..Paling tidaknya pasti akan berlaku pandangan mata yang menggoda,perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya..Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan syariat Islam iatu perhubungan bebas antara seseorang lelaki dan perempuan..Yang paling penting ialah apabila syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara maka perkara yang menuju kepada kemungkaran juga diharamkan..



3. Menjatuhkan maruah atau peribadi seseorang wanita

Apabila pasangan bercouple itu berdating maka peribadi seorang muslimah itu akan dipersoalkan..Khalayak tidak akan berbicara tentang Si Lelaki yang bercouple tersebut tetapi Si Perempuan..Masyarakat akan mempersoalkan bagaimana seorang perempuan itu begitu mudah membiarkan dirinya diusung ke sana-sini atau setidak-tidaknya pasti umum akan menganggap bahawa permpuan itu sudah dimiliki..Kesan paling buruknya apabila berlaku perpisahan..Masyarakat akan berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap perempuan itu..Prasangka-prasangka negatif akan direka lalu dihebohkan..Akhirnya berlakulah tomahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan perempuan itu..

Ingatlah bahawa Islam amat menitik beratkan penjagaan maruah diri seorang wanita..Di atas dasar tersebut terjadinya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengahramkan perhubungan di luar batasan..Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita



4. Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar

Di dalam budaya bercouple kebiasaanya pasti lelaki akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN,JPA,Yayasan Negeri atau duit pemberian ibu bapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya itu..Ajak saja dinner,lunch,breakfast atau bershopping pasti lelaki itu akan mengeluarkan duitnya..Ada juga keadaan yang mana permpuan akan belanja pasangan lelakinya..Itu belum kira lagi dengan pembelian top up kepada henset yang out of control..Hanya kerana ingin bertanyakan khabar,dah makan ke belum aau lain-lain sehinggakan sanggup mentop up kan henset beberapa kali dalam seminggu..Cuba bayangkan jumlah wang yang dibazirkan hanya untuk perkara yang remeh atau tidak perlu..

5. Membuang masa kepada perkara yang tidak sepatutnya

Perlu diingatkan yang Islam tidak mengharamkan sepenuhnya perkara yang dinyatakan di atas..Islam tidak menghalang perkara-perkara tersebut tetapi meletakkan pra syarat yang perlu dipatuhi..Sekiranya kita gagal memenuhi syarat-syarat itu maka status perbuatan itu menjadi haram serta merta..

Cara-cara yang dianjurkan oleh Islam untuk bercinta

Cintailah seseorang yang mencintai Allah,tak perlu kita berdating dan tak perlu bergayut kat telefon
berjam-jam..Tanggapan kita ialah salah jika kita berfikir kalau nak mengenali seseorang itu dengan lebih rapat ialah bercouple tapi sebenarnya Islam menganjurkan adalah dengan meminang..

Meminang adalah cara Islam untuksesuatu pernikahan.Islam membolehkan orang yang meminang melihat orang yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam..Dalam tempoh meminang,pasangan boleh mengenali peribadi masing-masing maka tiada sebab mengatakan Islam tidak menitik beratkan hati dan perasaan masing-masing yang hendak mendirikan rumah tangga..Tetapi meminang bukanlah beerti sudah separuh suami isteri atau lesen untuk melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh suami isteri..

Klah,sampai disini sahaja dulu..Seperti biasanya aku nak minta maaf kaalau terasa hati..Sayonara!!
What is that? -_____-
Posted on Thursday 7 June 2012 at 17:17 | 3comments





Assalamualaikum and moshi moshi..Sejak kebelakangan ni kan banyak kali aku dengar pasal Budak Hot ataupun Hot Stuff..Aku ni bukannya jenis yang sosial so maybe agak ketinggalan zaman sikit..Urm -___- ada tak sesiapa yang nak terangkan kat aku apa itu budak hot ataupun hot stuff..

My cousin pun dah mula suka hot stuff..Dia ada kata yang hot stuff ni contohnya macam kalau ada gambar mesti gambar tu akan dapat banyak like..Selalunya kat FB lah kan..Lagi satu,apa yang aku rasa ialah budak hot and hot stuff mesti benda yang tak baikkan?Kenapa panggil budak hot?Bukan ke kalau budak hot maksudnya budak panas so kenapa pulak dipanggil budak panas?

Kalau orang yang panas ni maksudnya banyak dosakan?Bukan ke api neraka tu panas so budak hot ni nak masuk api neraka sangat ke?Macam mana orang tu boleh dikatakan budak hot ataupun hot stuff?
Ada satu kali ni aku terbaca orang post kat FB macam ni

If you think you're hot..I'm the hottest
Kenapa perlu post yang macam tu?Kenapa orang nak sangat jadi budak hot?Kadang-kadangkan aku pelik dengan peragai sesetengah manusia ni..Seriously,aku memang tak faham kenapa orang berkejar-kejaran mengatakan yang dia tu budak hot?Apa keuntungan dia?Kalau ada sesiapa yang baik hati tolonglah terangkan kat aku apa itu budak hot ataupun hot stuff..Memang pening sangat-sangat fikir pasal benda tu...

Urm urm tapikan bukannya aku sengaja je nak tanya tapi memang aku tak tahu so kita perlulah bertanyakan?Lagi satu aku bukannya nak perli ataupun sakitkan hati sesiapa and kalau sesiapa yang terasa tu aku nak minta maaf sangat-sangat..
Klah,Sayonara!
Oh My Internet!!
Posted on at 16:05 | 0comments


Assalamualaikum and moshi moshi..

Yesterday,Today and Forever I just want to _______






Klah,Sayonara!!
Blog telah direview!!
Posted on at 15:57 | 0comments





Assalamualaikum and moshi moshi..Haa sejak kebelakangan ni dah lamakan aku tak update apa-apa cerita..Aku just banyak join segmen sahaja(Tak lama lagi aku jadi Hantu Segmenlah)

Urm urm cuba korang perhatikan kat blog aku ini ada apa-apa perubahan tak? ____________ eh eh mestilah ada,rite?kalau tak kenapalah aku tanya..LOL~~

Aku baru je letak Archive Menu aka The Past and aku dah buang music box tu..At first,aku teragak-agak juga nak buang ke tak but lepas tu aku fikir balik yang betul juga cakap Zul tu..Dia kata yang music tu akan menganggu pembaca..So,aku ambil keputusan bijak dengan membuangnya..

Tapikan aku agak kecewa tau sebab masa tu aku telah direview by Rilek Sebentar and aku telah dipilih sebagai Blog Seksi 2012 ..Urm urm kalau ikutkan hati mestilah aku gembira tapi sebenarnya aku nak blog awesome ataupun blog kreatif tapi tak pelah asalkan aku terpilih..^^ Lagi satu,aku terlupa pulak nak tanya blog aku seksi yang mana satu?LOL~~

p/s:Anyways I want to say thank you for willing to choose my blog!!^^

Klah,Sayonara..