H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Segmen: I Adore My Bias by Amni and Dalilah
Posted on Friday, 14 December 2012 at 15:53 | 3comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Semalam aku dah terjumpa tentang segmen ni dekat dashboard tapi aku malas nak buat dulu. Yelah, time tu kemalasan aku memang tahap maksima sebab aku baru je lepas tengok Shinhwa Broadcasts. Lagipun time tu nak dekat pukul satu pagi dah so aku tangguhkanlah dulu. And baru hari ini aku join. Erm erm bytheway, aku tag semua yang jumpa entry ni especially to kpoppers. Ok let's begin now!
#1- Bila korang mula minat kpop
Aku rasa secara official aku minat kpop ialah tahun lepas. Actually aku mula minat kpop ialah pada tahun 2010 tapi time tu aku minat kpop macam so so je. Tak minat sangat tak suka sangat. Macam sederhana je sebab time tu aku lebih berminat tengok korean drama. Well, almaklumlah my sis yang berbaik hati tu introduce me to korean drama. lol
#2- Bias korang yang pertama korang minat siapa
Erm erm Song Joong Ki is my first bias. Time tu aku memang gila sikit dengan drama Sungkyunkwan Scandal. Ok ok I admit bukan gila sikit tapi gila banyak. lol. Tapi sekarang ni aku dah bercerai dengan dia dengan talak tiga sebab aku dah jumpa orang lain. And aku nak lupakan kenangan aku bersama dia. Oooh mood jiwang aku dah datang.
#3- Korang ada berapa bias
Aku ada bias lebih dari satu.
#4- Top 3 bias korang siapa
1; G.O-Mblaq
2; Cha Tae Hyun- Actor
3; Yoochun- JYJ
#5- Kenapa korang minat dia
1- Aku start minat G.O time dia dekat Immortal Song 2. Aku rasa dia ni memang perfect sangat. Dia boleh menyanyi, berlakon, kelakar dan paling penting dia memang handsome. Actually he has a voice that very good. Lepas tu, aku bertambah minat dengan G.O time aku tengok Mblaq punya variety show. Time tu aku dapat tengok side yang baru yang lebih comel bukan yang selalu aku tengok dalam mv dorang.

2- Kalau korang suka comedies tapi bukan yang over-acting then you have to find Cha Tae Hyun. Tapi apa yang paling aku suka tentang dia ialah personaliti dia. If you don't believe me you can just watch running man, family outing and also 2Days1Night Season 2. Maybe nampak macam aku ni over sangat tapi apa yang aku rasa ialah the best thing that could happen to 2Days1Night Season 2 was Cha Tae Hyun.

3- Aku mula-mula kenal Yoochun bukan sebagai penyanyi tapi sebagai actor. Aku mula minat dia time Sungkyunkwan Scandal. Aku rasa memang muka dia tu memang sesuai sangat untuk historical drama. Memang sesuai sangat bawak watak macam king or crown prince yang berkaitan dengan Joseon Era. Kalau dia bawa watak orang yang pakai coat pun smart tapi dia lebih sesuai bawak watak dalam historical.
#6- Macam mana boleh minat dia
Apa yang paling penting yang membuatkan aku minat G.O ialah bukan dia tu handsome tapi suara dia yang sedap and also sebab dia kelakar. Lagi satu, aku suka sangat tengok poker face dia. lol. Macam time bila dia jawab apa maksudnya 'ESC'. Just search je dekat Youtube.

Aku sangat suka Cha Tae Hyun bila time aku tengok Running Man tapi aku tak pernah nak mengaku. Well, you know, he's not really someone we will call handsome. But he really has a charm that make him attractive. At first, I just can't figure out. Dan bila aku tengok 2Days1Night, aku baru dapat tahu kenapa dia tu sangat attractive. Kan aku kata aku suka dia punya personaliti sebab dia tu nampak macam real, down-to earth guy  and his humor is one of my favorite. Lagi satu, aku suka sangat dengar dia ketawa. Ketawa dia tu memang cute sangat. And also Cha Tae Hyun is definition of happiness

Kalau yoochun pula aku minat dia sebab dia punya drama. He is one of the talented actor. Aku suka semua dia punya drama. Oh ada satu je yang aku tak suka iaitu Miss Ripley. I know that the drama is very good but the ending really make me disappointed. Actually aku tak tengok pun Miss Ripley tu sebab bila aku tengok ending dia. Dorang tak bersama so semangat aku nak tengok tu dah berkecai.
#7- Gambar bias korang yang paling korang suka


G.O




Cha Tae Hyun
#8- Suara bias korang dalam lagu/cerita apa yang korang suka
G.O- Love is a cold temptation
Cha Tae Hyun- Because I Love You
Kangnam- Say my name
#9- Apa yang special pasal bias korang tu
Dorang semua tu ada keistimewaan dorang sendiri. Ada bakat dorang sendiri. Tulah sebab aku suka dorang.
#10- Group KPOP mana yang korang paling minat sekarang
Mblaq, Shinhwa and Jyj
#11- Music video KPOP yang paling korang minat apa? Nyatakan sebab
K. Will- Please don't

Ending untuk mv ni memang epic sangat. Aku tak sangka yang dia tu macam 'tu'. Aku nak cakap tapi nanti spoil je. So kalau nak tahu ending dia macam mana pergilah tengok sendiri. Lagipun suara K. Will tu kan memang dah sedap. Tulah yang menyebabkan aku suka mv ni.

U kiss- 0330

Aku rasa nilah lagu pertama yang aku minat dari U kiss. Mv ni sedih sikit sebab perempuan yang laki tu suka dah mati. Tapi laki tu tak nak percaya. Lagipun aku suka bila dia main piano tu. Memang sweet sangat.
#12- Korang pernah tak pergi showcase/concert dorang?
Urmm tak pernah.*mental breakdown*
#13- Album kpop apa yang korang ada sekarang?
T__T! Satu pun tak ada. *mental breakdown*
#14- Kalau korang diberi peluang ke Korea..bias mana yang korang nak jumpa dulu
Nak jumpa dengan G.O dan Cha Tae Hyun je. Kalau diberi peluang lagi nak jumpa Mblaq and Jyj. Issh issh nampak sangat aku ni tamak.
#15- Andai kata 3 ultimate bias korang tu baca post ni..apa ucapan korang untuk dia
Dear my bias, cepat-cepatlah convert tu Islam. Macam manalah kita nak kahwin kalau kau bukan Islam. Aku hanya kahwin dengan orang Islam je. Kalau dah convert nanti lepas tu beli cincin dan datang melamar aku dekat depan mak ayah aku. Don't worry aku akan tunggu korang datang. lol

Klah, Assalamualaikum.