Collection terbaru!
Posted on Monday, 24 December 2012 at 00:19 | 4comments Bismillah, Assalamualaikum. Tadi aku ikut mak and ayah aku keluar pergi barang. Pada mulanya aku tak nak ikut sebab aku malas. Duduk rumah lepas tu tengok tv lagi best. Opps terpancar kemalasan aku dekat situ. lol. Lepas tu, mak aku pujuk aku ikut tambah pula aku nak beli buku baru. So, dengan hatinya berbunga-bunga aku pun pergi. Tapi memang lepas ni aku malas nak ikut lagi. First, sebab aku boring. Yelah, time mak ayah aku pergi beli barang, aku tercogok je macam patung cendana. Lebih baik aku duduk rumah, dapatlah siapkan kerja aku yang melambak tu. Ehh ada ke patung nama patung cendana ek? Ahhh lupakan jelah. Second, sebab aku penat. Aku ni kata je penat tapi still lagi boleh buat entry time macam ni. Patutnya time ni waktu tidur. Okkk lupakan part tu. Tapi time yang best ialah aku dapat beli komik baru! And the best part ever was I have bought Maid Maiden Saturday! WOOOOOOOOOOOOOOW! Alamak sawan aku dah datanglah. lol Yelah, ingatkan sekejap ke aku tunggu komik tu keluar. Lama juga tau. Setakat ni aku dah ada daripada Maid Maiden Monday sampai Saturday. Yang Sunday punya je belum ada lagi. Nanti kalau aku dah cukup sampai Maid Maiden Sunday. Aku tunjukkan. Tapi komik dia memang best. Almaklumlah aku ni peminat komik. Sekarang ni koleksi komik aku nak dekat seratus dah. Makin banyak komik yang aku beli tu, makin banyaklah duit yang aku terbang. Aku rasa nafsu aku jadi gila bila tengok buku. Time tu memang aku nak beli macam-macam. Aku tak tertarik dengan baju ke or kasut ke. Tapi just buku je boleh buat nafsu aku nak beli nak beli. Walaupun duit aku banyak habis disebabkan komik janji aku puas. Yelah, ingat aku beli komik tu mak ayah aku bayar ke. Aku penatlah kumpul duit semata-mata nak beli komik. Tapi bukannya aku just beli komik je. Kalau pergi kedai buku, aku akan beli komik dan novel bahasa Inggeris. Kalau ada buku yang macam motivasi tu yang membuatkan aku tertarik aku belilah. So, aku bukan beli komik je. Klah, aku dah mula mengantuk ni. Asssalamualaikum. |