Best mandi laut!
Posted on Saturday, 22 December 2012 at 12:00 | 0comments Masa hari Selasa hingga Khamis yang lepas, aku pergi tidur dekat chalet tau. Chalet tu dekat dengan Laut Pengkalan Balak. Pada mulanya aku malas nak pergi sebab aku ada banyak agi kerja yang nak diuruskan. Tapi lepas tu, ayah aku tu asyik paksa aku pergi juga. Last-last, aku pun pergi juga. Tapi memang seronok dapat mandi laut. Aku pun tak ingat lagi bila kali terakhir aku mandi laut. Yelah, kalau mandi dekat water park tu memanglah selalu juga tapi kalau dekat laut ni. Aku rasa kali terakhir aku mandi time aku kecil lagi. So, memang seronoklah sangat. Disebabkan aku ni terlampau excited nak mandi laut, walaupun time tu hujan aku still lagi mandi juga. Sebenarnya macam ni, aku pergi chalet tu dengan cousins aku dan juga mak dan ayah saudara aku. Mak ayah aku tak dapat ikut sebab dorang busy dengan dorang punya kertas SPM. Almaklumlah, dorang tu kan pemeriksa kertas SPM. Masa first day, aku sampai situ. Aku dengan cousins aku tak bercadang nak mandi, setakat nak basuh kaki je. Tapi last-last kitaorang kena tarik masuk dalam laut tu. Patutnya kata nak basuh kaki je tapi endingnya kitaorang mandi sekali dekat laut tu. Second day pula iaitu hari Rabu kan result PMR keluar. Kakak sepupu aku ambil result PMR and nasib baik result ni baik. Tulah disebabkan dia terlampau gembira dengan result dia tu dia nak terjun laut petang tu tapi kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Petang tu pula hujan so tak jadi. Pagi tu aku tak mandi pun. Aku hanya basahkan kaki je. Lepas tu, aku masuk bilik sebab bosan. Third day tu pula, tengahari nak kena check out dah. So, pagi-pagi tu lepas dah sarapan semua dan rehat-rehat jap. Lepas tu, terus pergi mandi dekat laut. Tapi time tu hujan turun juga tapi sekejap je. Disebabkan belum puas mandi laut lagi, aku still lagi mandi walaupun hujan. Disebabkan itu, malam tu aku demam. Badan aku ni bukannya kuat sangat. Sikit-sikit sakit. Lepas ni, aku tak akan mandi hujan lagi. Klah, Assalamualaikum. |