H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

SEGMEN:6 pekara tentang saya II
Posted on Sunday, 4 November 2012 at 16:22 | 8comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Yuni dengan bermurah hati nak share enam pekara tentang diri Yuni. Pekara-pekara ni macam wajib tahulah juga kut. Kalau tak nak tahu just tekan je CTRL + W. 

#1- Kalau orang tak kenal Yuni betul-betul mesti dia akan kata yang Yuni ni sombong ataupun annoying. Tapi Yuni akan completely different apabila korang tegur Yuni ataupun Yuni rasa selesa dengan korang. Maksudnya, Yuni akan jadi lebih peramah dan lebih bising. Sampai satu tahap kalau korang tak dengar suara Yuni mesti korang rindu punya. Yuni ni macam spesis yang tak tahu nak mulakan perkenalan. Yuni akan jawab bila korang tegur Yuni tapi jarang sekali kalau Yuni yang buat first move sebab Yuni tak tahu nak buat macam mana.  

#2- Yuni ni ada resdung. Kalau ada resdung mestilah tak boleh nak makan sesuatu benda kan. Yuni sangat-sangat tak boleh makan sambal belacan dan makanan laut. Yuni juga tak boleh berada di tempat yang berabuk. Lagi satu, Yuni tak boleh mandi air sejuk masa pagi-pagi. Kalau Yuni mandi juga gerenti yang Yuni akan bersin. Tapi Yuni ni pelik sikit tau. Yuni pernah duduk asrama untuk tiga bulan. Lepas tu, Yuni keluar. Masa Yuni duduk sana, mestilah Yuni kena mandi air sejukkan. Kalau kat sana Yuni mandi air sejuk. Tak akan rasa apa-apa. Tak akan bersinlah. Sama juga bila time Yuni dekat sana. Kalau dekat rumah, hampir setiap hari yang Yuni akan bersin. Tapi bila dekat asrama. Jarang sangat Yuni bersin. 

#3- Yuni walaupun ada kucing and arnab dekat rumah. Tapi Yuni tak boleh nak dekat dengan dorang. Bukannya sebab Yuni benci kucing. Yuni suka sangat kucing. Tapi macam yang Yuni kata sebelum ni, Yuni ada resdung so disebabkan itulah Yuni tak boleh nak dekat dengan dorang. Yuni pun pernah terlibat dalam kemalangan masa Yuni umur lapan tahun. Yuni keluarkan balik implan tu masa akhir tahun Yuni darjah lima. Sepanjang Yuni nak tunggu nak keluarkan implan tu, banyak benda yang Yuni tak boleh buat. So macam frustrate lah juga. Tapi dah tu salah Yuni, kenalah terima. Sampai sekarang Yuni still ada parut dia lagi.

#4- Yuni paling tak suka pakai make up or pakai high hells. Yuni lebih berminat kepada natural beauty. Tulah sebab kalau Yuni nak keluar ke mana-mana pun, Yunilah yang paling cepat siap berbanding dengan kakak dan mak Yuni. Yelah, nak tunggu dorang bersiap sangatlah lama. Yuni memang tak suka nak tunggu orang semata-mata nak tunggu dorang habiskan make up dorang tu. Lagi satu, Yuni tak suka pakai high heels. Contohnya kalau Yuni pergi shopping mall ke. Mestilah kena jalan jauhkan. Cuba bayangkan kalau korang pakai high heels lepas tu, kena jalan jauh nak pilih barang. Yuni lebih suka pakai sandal je. Lagi selesa.

#5- Bila Yuni nak blogwalking dekat mana-mana blog. Yuni akan pastikan yang Yuni akan mute kan dulu sound tu. Cuba bayangkan kalau Yuni pergi blogwalking lima blog sekali gus. And then, kelima-lima blog tu ada pasang lagu. Bukannya pasang lagu yang sama tau. Lagu and genre dia lain-lain. Ada yang rock, ballad, barouqe or retro. So, kalau Yuni buka blog dorang tu. Tak ke nanti lagu yang keluar tu macam lagu keling. And lagilah membuatkan Yuni pening kepala.

#6- Walaupun Yuni boleh juga dikategorikan sebagai orang yang pandai sikit. Bukannya nak riak tau. Tapi itu bukannya sebab Yuni hanya perlu belajar je. Yuni ni suka sangat aktiviti lasak. Kalau ada apa-apa pertandingan ke, mesti Yuni rasa macam nak masuk. Tak kiralah kalau jenis pertandingan tu lain-lain. Yuni juga suka bersukan. Kan kalau kita bersukan, badan jadi sihat and otak jadi cerdas. Kalau kita asyik belajar je, lama-lama otak kita pun boleh meletuplah kan. Tapi sekarang ni Yuni dah jarang masuk acara sukan ni. 

Sebelum Yuni nak tamatkan entry tentang enam pekara tentang Yuni. Yuni dengan berbesar hati nak tag



Sorry kalau Yuni taip terlampau panjang. Sorry sangat-sangat. Klah, Assalamualaikum.