H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Segmen Kenali Blogger Kpopers Daebakk versi Ieyra Ghani
Posted on Wednesday, 7 November 2012 at 21:40 | 13comments



Bismillah, Assalamualaikum.

I smile widely and my heart beats faster when I saw this segment. I think right now that my body is going to be jelly. Oppps ter'over' pula. Urm urm urm aku rasa ada sesuatu yang tak kenalah dengan entry kali ni. *think**think* Haa baru aku teringat yang aku tak boleh nak mulakan entry ni tanpa sedikit pencuci mulut


#First- Urm tak banyak sangat pun follower aku. Sikit je. Aku tak pastilah adakah aku boleh menang followers paling banyak ni

#Second- Sebelum nak buat sesuatu mestilah kena ada pantang larang diakan. Apa yang kena buat apa yang tak boleh buat. Antara pantang larang segmen ni ialah. Urm urm apa kata korang dengan bermurah hati pergi usaha sendiri untuk tahu tentang pantang larang segmen ni. Tekan je banner tu.


xxx


#The beginning of my journey (2010)

Sedang aku diulit mimpi yang indah. Seakan aku telah menjadi seorang Juliet yang ingin dikahwinkan dengan Romeo. Tinggal lima saat lagi sebelum hari bersejarah itu menjadi kenyataan iaitu aku akan berkahwin dengan Romeo secara rasminya. Semua orang membuat countdown, lima... empat.... tiga... *Wah! Aku dah berdebar-debar dah ni* dua.... *Akhirnya!* sa....t ......... *cried* Apa yang aku hajati tu hanyalah tinggal kenangan sahaja. Sebab aku telah dikejutkan oleh kawanku sendiri. Baru je bangun daripada tidur dah boleh mencuci telinga aku ni mendengar kawan aku bercerita tentang Super Junior. Mula-mula aku rasa dorang ni tah apa-apa je. Tapi bila kawan aku tu tunjuk gambar Super Junior tu. Terus mata aku tak boleh nak alihkan. Tak apalah walaupun aku tak dapat nak kahwin dengan Romeo tapi aku telah berjumpa dengan jejaka-jejaka hensem yang memang sekali pandang boleh mengalahkan Justin bieber. Panjang juga mukadimah aku eh.


#2011 until now

Minat aku terhadap kpop semakin membuak-buak semasa debutnya Beast. Malangnya brader-brader dari Beast ini telah menambat seluruh jiwa dan raga aku menyebabkan aku terpaksa berpaling tadah daripada Super Junior aku minat pula kepada Beast. Kesian pula aku nak lepaskan bias aku daripada Super Junior aku tu pergi iatu Pak Cik Khuhyun. Tapi yang pergi silih berganti. Disebabkan itu, aku terminat pula dengan Gikwang. Masa aku terminat Gikwang ni time aku tengok dia menari satu tarian yang memang cute sangat.

http://www.youtube.com/watch?v=XelY1z5VmhU&feature=related

Sampai sekarang aku still lagi anggap yang Gikwang tu memang comel. Disebabkan time tu mak aku dah bermurah hati nak pasang wifi dekat rumah. So, aku pun menggunakan kesempatan itu untuk setiap hari mencari tentang kpop especially tentang Beast.


Tapi nak buat macam mana. Hati aku ni tak boleh nak paksa-paksa so aku terpengaruh pula dengan kegilaan Mblaq yang ada lima jejaka-jejaka hensem yang memang One Direction pun sekelip mata je boleh kalah. Opps sabar sabar. Then, dalam Mblaq tu aku terminat pula G.O yang memang suara dia super super good. Setiap kali aku dengar dia nyanyi memang boleh jadi jelilah. Lepas tu, aku berjinak-jinak pula dengan variety show dorang yang memang superb terbaik woo. Boleh katakan yang terbaik daripada ladang.
Memang korang kalau tengok variety show Mblaq memang tak akan kecewa punyalah. Memang setiap variety show dorang memang semuanya kelakar. Tapi memang aku cakap betul.


Yang membuatkan aku jatuh sangat cinta dengan Mblaq ni sebab dorang ni kelakar sangat-sangat. Lagipun kelima-limanya memang hensem teramatlah. Boleh jadi pencuci mata tau. Lagipun Mblaq ni memang open sangat. Kadang-kadang bila dorang bagitahu tentang sesuatu benda tu. Mesti korang akan fikir 'Beraninya Mblaq ni. Kalau group lain mesti tak akan buat pengakuan macam tu'. Kan aku ada bagitahu sebelum ni yang aku punya ultimate bias ialah G.O, aku tak faham kenapa ada orang cakap yang taste aku ni ketinggalan zaman. Ada orang kata yang G.O ni tak hensem. Kata-kata tu memang menusuk ke hati aku ni. Walauapa-apapun bagi aku G.O lah yang paling hensem dan maybe akan menjadi ultimate bias aku for the rest of my life. 


Aku akan sentiasa support G.O walaupun dia tak tahu kehadiran aku. Tapi tak apa aku tahu yang dia sentiasa akan menghargai setiap fans yang dia ada. Aku akan still sokong juga walaupun dia dah kahwin. Opps kahwin? *gulp* . Panjang juga aku taip ek. Sebelum aku dengan berbesar hati berundur. Aku nak tag 



Klah,Assalamualaikum.