H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Pinjam and then pulang
Posted on Sunday, 4 November 2012 at 07:50 | 2comments




Bismillah, Assalamualaikum.

Aku pun tak pasti kenapa tapi bukan kah kalau kita pinjam orang lain punya barang and then sampai satu masa tu kita kena pulangkan balik semula. Tak kisahlah apa-apa barang pun, tak kiralah kalau barang tu kecil ke or besar ke.

Kita mestilah kena jaga barang tu elok-elok. Macam kita jaga barang kesayangan kita sendiri. Contohnya kalau kita tak jaga barang orang lain tu elok-elok, nanti sampai satu masa cuba bayangkan yang barang kita pula yang orang lain rosakkan. Ketahuilah kita yang Allah SWT tu Maha Adil.

Lagi satu, bila kita pinjam orang lain punya barang tu. Mestilah kita kena pulangkan balik. Tapi semasa kita sedang ada barang orang lain tu, jagalah elok-elok. Kalau masa mula-mula barang tu elok, mestilah masa nak pulang pun. Barang tu still elok.

Janganlah time nak pinjam barang tu, semuanya kata ok. Nak jaga elok-eloklah, tak nak rosakkanlah. Tapi lepas nak pulang tu, barang tu dah nampak lain dah. Maksud aku, bila pinjam barang tu rupa lain. Bila nak pulang barang tu rupa lain pula. 

Konklusinya, kalau kita pinjam barang orang lain tu. Pulangkanlah balik janganlah macam buat harta pusaka pula. Lepas tu, kalau dah pinjam tu, jagalah elok-elok barang tu. Macam barang kesayangan kita sendiri. Cuba bayangkan kalau barang kesayangan kita orang lain rosakkan, mestilah marahkan?

Klah, Assalamualaikum.