H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Lain daripada yang lain
Posted on Saturday, 3 November 2012 at 16:18 | 2comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Sekarang ini sangat banyak segmen yang bertemakan follower. Macam follow-follow bloglah. Aku pun naik pening tengok makin banyak segmen yang macam tu. Aku bukannya nak bash sesiapa dalam post kali ni. Tak terniat pun dekat hati aku.

Aku cuma tengah mencari satu segmen yang lain daripada yang lain. Macam bukannya yang bertemakan follower. Yang lain. Bukannya asyik nak segmen tambah followerlah. Aku tak nak yang macam tu. Tapi aku susah nak cari segmen yang bukannya bertemakan follower.

Kebanyakannya semuanya follower. Aku bukannya apa. Cuma aku sekarang ni dah malas nak naikkan follower aku melalui segmen yang follow mengfollow tu. Kalau ada orang nak follow aku, biarlah disebabkan dia datang sendiri dekat blog aku ni.Dahlah, sorry kepada sesiapa yang terasa. Aku bukannya sengaja k. Aku just nak cari satu segmen yang lain daripada follow. Tapi macam susah je kan nak cari segmen yang macam tu.

xxx

Nak tahu tak yang malam semalam aku baru je habis tengok drama Rooftop Prince. Lama sangat-sangat aku ambil masa nak habis tengok drama tu. Aku rasa aku mengambil masa nak habis dalam tiga ke empat bulan macam tulah.

Aku pun sebenarnya tak pasti. Tapi memang lamalah. Bukannya aku malas nak tengok tapi disebabkan sekolah lepas tu exam yang membuatkan aku tak dapat nak tengok. Lagipun aku malas nak tambahkan sakit hati aku bila aku tengok watak jahat dalam drama tu. Memang aku rasa macam nak tembak dengan senapang gajah je lepas ni.

Tapi aku ada banyak lagi drama yang aku belum tengok. Variety show and also movie pun banyak juga belum sempat tengok. Aku tak tahulah bila aku dapat tengok. Maybe cuti ni aku akan cuba bahagikan masa aku. Sekarang ni, aku tengah download Teen Wolf. Drama tu bukan drama korea tau tapi english drama. Nilah first time aku download english drama. Tu pun disebabkan kakak aku nak. Kalau tak memang malaslah.

Klah, Assalamualaikum.