H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Kebaikan or kejahatan?
Posted on Monday, 12 November 2012 at 10:37 | 1comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Aku dah lama tak update blog ni kan. Boleh dikatakan beberapa harilah juga. Aku tak merajinkan diri update sebab sepupu aku dia kahwin. Al maklumlah kan cuti-cuti satu Malaysia so mestilah ramai yang berpakat nak buat kenduri kahwin cuti kali ni.

Tapi dengan kebaikan aku kali ni, aku malas nak cerita tentang itu. Aku nak bagitahu yang kalau kita buat jahat kat orang lain, pasti Allah akan membalasnya kan. Balasan itu tak semestinya akan dibalas masa hari Akhirat tapi juga kita boleh menerima balasan itu sekarang juga. Ataupun bila-bila masa sahaja.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ 
Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
Ustaz aku pernah kata yang kalau kita dah berniat untuk membuat kebaikan, kita akan dapat pahala. Walaupun kita dah buat lagi, kita berniat sahaja. Dah dapat pahala. Kalau kita buat kebaikan itu pastilah akan dikira juga.
Kalau kejahatan pula, kita berniat nak buat sesuatu yang tak elok pada orang lain. Tapi apa yang kita berniat nak buat kejahatan tu tak dikira lagi. Apabila kita membuat kejahatan tu barulah dikira. 
Contohnya lagi, ada sesorang budak ini, aku gelar dia budak A. Dia kencing bukan dekat tandas tapi dia kencing dekat dalam botol kawan dia iaitu budak B. Botol tu bukannya lut sinar tau tapi warna gelap. Lepas tu, budak B tu minumlah air dalam botol tu yang ada air kencing. Budak B tu tak tahu tau dalam tu ada air kencing. 
Cuba bayangkan kalau kita menganiaya orang lain, nak tahu tak antara doa yang diterima oleh Allah ialah orang yang dianiaya. Kalau tak percaya just rujuk je buku Pendidikan Agama Islam tingkatan dua punya. Mesti ada.
Jadi, biarlah kita hidup ni tanpa menyusahkan orang lain. Kalau orang lain sengaja nak menyakiti kita, sengaja nak menyusahkan hidup kita. Bersabar sahajalah. Kerana Allah menyukai orang yang bersabar. 
Klah, Assalamualaikum.