H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Just 3 days only
Posted on Tuesday, 6 November 2012 at 19:09 | 1comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk aku menghabiskan masa pergi sekolah. Sekarang ini, pergi sekolah bosan sangat-sangat sebab aku tak tahu nak buat apa. Ramailah juga budak kat kelas aku tu bawa mainan. Tapi mainan yang kecil-kecil jelah. Kalau bawa yang besar gerenti kena rampas punya. Yang popular dekat kelas aku, aku rasa uno card.

Sebab tu jelah permainan yang aku rasa hampir setiap hari orang akan main permainan tu. Ada juga sesetengah budak kat kelas aku tu tak main uno tapi dorang baca novel. Yelah, kan kelas aku tu semua perempuan. Mestilah dah dapat jangkakan. Naik pening jugalah kepala aku hari ini tengok ramai sangat yang baca novel.

Boleh dikatakan macam ada pesta novel pula. Tapi aku macam biasa bukannya minat baca novel so nak main uno pun ramai sangat yang main. Jadi aku tak buat apa-apalah. Aku lebih berminat untuk melayan perasaan ataupun lebih suka untuk memikirkan masa depan. Ceehhh! lol

Tadi aku ada dapat markah sains. Oklah tapi menurunlah juga. Boleh dikatakan semua subjek aku menaik kecuali Matematik and Sains. Matematik aku tu jatuh sikit je tapi nasib baik aku still lagi dapat maintankan. Apa yang aku tak puas hati ialah disebabkan seorang salah. Semua jadi mangsa. Maksud aku ialah, ada sesetengah budak dekat kelas aku tu yang berbincang.

So, disebabkan itulah aku dapat kertas lambat walaupun sebenarnya kertas sains tu boleh dapat awal tau. Yelah, nak tahu tak yang aku ambil exam sains time masa minggu pertama aku ambil final exam. Lagi satu, keburukkannya ialah disebabkan cikgu aku tu bagi paper aku lambat, aku tak sempat nak bincang dengan dia.

Yelah, sebab dia ada kursus PBS yang form 1 punya tu and juga hari inilah last key in kan markah. So, aku tak dapatlah nak suarakan ketidakpuas hati aku tu. Actually, aku tak adalah nak risau sangat markah sains aku ni. Walaupun boleh dikatakan agak teruklah juga. Tapi sebenarnya masa aku nak dapat kertas aku tu, aku just rasa nervous. Macam biasalah tapi tak rasa takut pun.

Yang aku rasa takut sebenarnya ialah masa aku nak dapat kertas bahasa Arab aku. Tapi sebenarnya walaupun aku rasa takut tapi markah arab aku lebih baik daripada markah sains. Sengal kan. Tapi aku still lagi nak cakap dengan cikgu aku tu tentang markah sains aku tu. Walaupun hari ini last key in markah. Tak apalah janji aku nak tegakkan kebenaran sahaja.

Klah, Assalamualaikum.