H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Huh! November?
Posted on Thursday 1 November 2012 at 21:06 | 0comments




Bismillah, Assalamualaikum.

Nak tahu tak aku ada jumpa seorang jejaka yang hensem, nama di Mr November. Sebenarnya aku baru je putus cinta sebab boyfriend aku yang dulu yang nama dia Mr Oktober tu dah pergi meninggalkan aku. Sebab dia jumpa perempuan lain. Erm erm tak baik kan dia buat aku macam tu. Memang tak baik kan.

Nasib baik ada Mr November yang sudi temankan aku. Tapi cuma sebulan je. Lepas tu, Mr November ni pun mesti still juga tinggalkan aku. Tapi tak pe. Soal yang tu kita letak ke tepi dulu, walaupun ada cuma sebulan tapi aku patut berusaha untuk fikir macam mana nak kekalkan saat-saat gembira dengan Mr November aku ni.

Macam ayat jiwang je kan. Bermulanya bulan November ni maksudnya yang secara rasmi aku dah habis exam untuk tahun ni. Untuk tahun ni je. Tahun depan tak tahu lagi. Mestilah tahun depan lagi mencabar, lagi menakutkan sebab aku nak ambil peperiksaan besar.

Tapi buat masa ni, biar aku cuba merehatkan diri aku balik. Biar aku dapat menikmati erti kehidupan sebentar. Biar aku dapat hilangkan semua stress yang melekatkan dekat dalam diri aku ni. Biar aku dapat tengok apa yang aku nak walaupun sampai tengah malam.

Tapi apa yang aku angan-angankan tadi maybe hanya akan tinggal kenangan sahaja sebab tahun depan aku nak ambil peperiksaan besar iaitu PMR. Walaupun orang lain kata yang UPSR, PMR tu tak penting lansung. Yang penting hanyalah SPM. But bagi aku UPSR ke PMR ke ataupun SPM semuanya penting bagi aku.

Semuanya bermakna bagi aku. Exam-exam yang kecil ni pun macam ujian formatif, mid year exam and final exam pun penting bagi aku. Sebab kesemua exam yang kita ambil ni ada bahagian bahagian tertentu dalam hidup kita yang kadang-kadang kita tak dapat lihat sebenarnya.

Klah, Assalamualaikum.