H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Eh? Tahun Baru?
Posted on Thursday, 15 November 2012 at 13:52 | 0comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Hari ini iaitu 15 November bersamaan 1 Muharam. Ceeh macam nak umumkan rayalah pula. Opps ok ok cukup berangan. Semalam aku tak sempat nak update apa-apa kan. Yelah, sebab semalam pagi-pagi tu aku dah keluar dah.

Pergi keluar nak beli barang-barang keperluan untuk sekolahlah. Erm macam cepat je kan aku pergi beli barang-barang tu semua. Kalau tak silap baru minggu pertama dah sibuk nak beli barang-barang tu semua. Yelah, kalau tak pergi beli sekarang nak beli bila lagi.

Masa nak akhir-akhir cuti tu?

Tak bolehlah. Masa akhir-akhir cuti tulah mak dan ayah aku lagi sibuk tau. Sibuk nak uruskan tentang sekolah dia. Ada mesyuaratlah, nak buka koperasilah, nak uruskan yang pelajar-pelajar tingkatan satu dan ada satu perkara yang tak termasuk tentang sekolah. Iaitu nak kena pergi kenduri kahwin pula. lol

Lepas tu, semalam juga petang tu pergi satu masjid ni. Tapi aku tak pasti nama dia apa. Cuma yang aku pasti yelah masjid ni dekat-dekat dengan Mydin. Lagi satu, semua barang-barang untuk sekolah semua dah beli. Baju sekolah pun dah beli dah. Cuma kasut je tak beli lagi sebab tak ada lagi.

Erm hari inikan satu Muharam. Janganlah kita ni asyik nak sambut Happy New Year tu je yang 1 Januari tu. Kan hari ini tahun baru yang dalam Islam punya so anggaplah yang macam kita ni dah berada dalam tahun yang baru. Mulakanlah azam yang baru.

Haa, lagi satu kan. Aku ada beli komik yang baru. Yelah, sejak dari raya masa tu aku tak beli tau. Yelah, patutnya duit raya tu setengah tu aku guna untuk beli komik tapi disebabkan kekangan waktu menyebabkan aku tak dapat beli. Jadi aku belilah semalam. Tapi rasa macam tak puaslah pula.

Klah, Assalamualaikum