H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Cuti bermula!
Posted on Friday, 9 November 2012 at 14:00 | 3comments


Bismillah, Assalamualaikum.

Cuti untuk tahun ini sudah pun bermula. Kita akan bercuti hampir dua bulan kan. Tapi aku rasa aku akan terperap je duduk dekat rumah. Yelah, ada banyak sebab tau kenapa aku sangat yakin yang aku memang akan menghabiskan banyak masa duduk dekat rumah. Tapi padahal ada dua sebab je.

#1- My parent

Bukannya sebab mak dan ayah aku tak nak bawa pergi mana-mana. Tapi dorang kena tanda kertas untuk SPM. Mak aku tanda kertas sejarah. Lepas tu, ayah aku tanda kertas Kemahiran Hidup. Kalau aku tak silap ayah aku tanda kertas Kemahiran Hidup yang Perdagangan dan Keusahawanan tu.

So, faham-faham jelah yang kalau dah tanda kertas mestilah tak dapat nak pergi mana-mana. Selalunya kalau nak pergi jalan-jalan pun macam dah nak akhir-akhir cuti tu. Tapi kalau akhir sangat pun tak boleh juga sebab mak dan ayah aku mesti sibuk dengan sekolah dorang. Yelah, tambah pula dengan mesyuarat.

Tapi cuti tahun ni boleh tahan best jugalah kut. Sebab cuti kali ni aku akan pergi jalan-jalan masa awal bulan Disember. Time tu rasanya. Tapi tak boleh cuti lambat-lambat sangat sebab mak dan ayah aku kena uruskan benda apa tah pasal sekolah dorang.

#2- Exam aku

Yelah, dah banyak kali aku bagitahu yang cuti kali ni aku akan just terperap kat rumah jelah dengan menghabiskan masa nak kuatkan aku punya ilmu tentang subjek form 1 dan form 2. Tapi tak semestinya aku akan baca je buku.

Antara satu perkara penting yang lain yang aku nak buat ialah tengok cerita tentang korea. Yelah, ada banyak drama, movie and variety show yang tak sempat aku nak tengok lagi. Ada banyak lagi yang still ada dalam waiting list aku. Tengah tunggu masa je.

Tapi yang utama ialah aku kenalah baca pasal form 1 dan form 2. Nanti bila dah form 3 senanglah sikit kepala aku ni. Tak payahlah aku nak suruh kepala aku ni ingat sekali banyak pada satu masa. Tapi aku tak susun lagi apa yang aku nak buat. Nantilah aku susun.

Klah, Assalamualaikum.