H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Berhenti meniru! -___-'
Posted on Friday 2 November 2012 at 19:33 | 0comments



Bismillah, Assalamualaikum.

Di dalam exam apa-apa pun yang aku ambil, mesti aku akan dapat melihat yang ada juga sesetengah orang tu akan merajinkan tangan, mata dan mulut dorang untuk meniru. Ada tu pula yang akan sentiasa pandang aku. Urm pandang untuk apa ye?

Mestilah untuk minta jawapan. Tapi exam kali ni aku bagi jawapan pun sikit je berbanding dengan exam yang lepas. Maybe korang akan rasa yang aku kedekut sebab tak nak share tapi itu kan time exam. So, mana boleh kita meniru.

Exam ni sebenarnya untuk apa? Kenapa exam ni mesti akan dibuat oleh setiap sekolah di Malaysia ni? Kalau negara yang lain pun aku pasti yang dorang pun ada exam cuma dorang punya lain sikit daripada kita.

Kalau bagi firasat akulah, exam ni sebenarnya untuk melatih kita untuk menghadapi peperiksaan besar macam UPSR, PMR ataupun SPM. Yelah, cuba bayangkan kalau tak ada exam. Kita tak akan didedahkan corak soalan exam tu.

Lagi satu, exam tu untuk menguji tahap kefahaman kita. Adakah kita faham apa yang cikgu kita ajar selama ini. Ataupun kita hanya melamun je masa cikgu terangkan. Kalau kita meniru, macam mana kita nak uji tahap kefahaman kita.

Memanglah kalau exam macam ni, kita nak meniru pun tak apa. Tapi cuba bayangkan time kita exam besar, mestilah kita tak boleh nak meniru lansung. Toleh kiri ke kanan ke ataupun belakang, mesti tak boleh. Ni lagi nak bercakap. Memanglah tak dibenarkan sebab pengawas dia tu sentiasa awasi kita.

So, berlatihlah dari sekarang supaya tidak meniru lagi. Memanglah sekarang ni best sangat meniru. Tapi kalau kita asyik meniru bermakna keputusan yang kita dapat tu tak aslilah. Tak ada makna pun. Kita tak patut pun dapat markah tu sepatutnya.

Klah, Assalamualaikum.