H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Kematian
Posted on Thursday 25 October 2012 at 11:47 | 0comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Semua orang pasti akan mengalami kematian. Tak kiralah yang kecil ke yang besar ke. Semua manusia pasti akan mengalaminya. Tak ada seorang pun yang akan terlepas daripada kematian. Kita semua tahu yang kita pasti akan mengalami kematian tapi sedar tak kita yang adakah kita ini sudah bersedia untuk mengalami kematian. 

Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita pada masa yang telah ditetapkan. Ianya tidak datang terlalu lewat ataupun terlalu cepat. Tidak juga lambat seminit atapun cepat seminit. Malaikat Izrail pasti akan menjemput kita tepat pada masanya., walau apa jua situasi yang dihadapi.

Aku pun banyak juga buat dosa. Aku pun kadang-kadang tertinggal solat. Ada tu pula kadang-kadang solat nak habis waktu dah. Kita ni sebagai manusia banyak melakukan dosa. Banyak sangat-sangat. Setiap hari pasti kita akan melakukan dosa. Tak kiralah besar ataupun kecil.

Tapi pernah tak kita terfikir yang setiap kali kita leka ataupun lalai, setiap kali tulah kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Adakah kita nak mati dalam keadaan diri kita ni sedang berfoya-foya. Dalam diri kita ni sedang lalai. Mestilah tak nakkan.

Kita tak akan dapat tahu bila kita akan mati. Jadi buatlah pilihan yang paling tepat supaya kita tidak akan menyesal nanti. Kalau memang nak sangat hidup dalam keadaan berfoya-foya. Teruskanlah tapi ingat yang janji Allah itu benar. Kita tidak boleh nak patah balik nak kembali ke dunia. 

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

Kematian itu bukannya pengakhiran bagi hidup kita tapi ialah permulaan untuk kita. Macam mana kehidupan kita nanti di sana. Perbanyakkanlah amal ibadah di dunia untuk dibawa ke akhirat. Allahu, Insyallah aku akan  berubah. Aku pasti boleh berubah.

Assalamualaikum!