H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Bertanggungjawablah sikit!
Posted on Monday, 17 September 2012 at 10:33 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Semalam masa aku pergi Melaka sebab nak pergi PC Fair dekat MITC aku ada ternampak satu kejadiaan yang memang boleh dikatakan kalau kau yang kena memang darah mendidih time tu juga lah.Rasa macam nak lempang je orang tu.

Eugh Eugh Eugh cerita dia macam ni:

*Reverse*

*Reverse*

*Reverse*

Then tiba-tiba

*BUM* (bunyi kereta berlanggar tapi aku pun tak pasti macam tu ke bunyi kereta berlanggar.lol)

Orang tu terlanggar depan kereta orang lain.Tapi nasib baiklah kereta yang kena langgar tu tuannya tak ada.Nasib baik bagi orang yang dah langgar tulah tapi nasib buruk kepada kereta orang yang dilanggar.

Tapi aku tengok pemandu dia tu bukannya perempuan tetapi lelaki.Bukan lelaki yang muda-muda ni tapi aku rasa dah berumur.Aku tengok pun teruklah juga kereta tu.Aku pun tak tahu lelaki tu tunggu ataupun terus cabut lari.

Kalau dia cabut lari memang dia tu dah susahkan hidup orang lain.Berapa banyak sumpah dah dia dapat sebab buat orang lain macam tu.Kalau dah langgar tu,nak cuba cabut lari.Tapi letaklah duit dekat atas kereta tu ke or kat mana-mana pun sebagai ganti rugi.

Tapi janganlah letak duit tu dekat atas kereta open sangat.Nanti habislah duit tu kena kebas dengan orang lain.Letak lah dekat tempat tersorok ke or dalam sampul surat ke.Korang fikir-fikir kanlah sendiri k.


Konklusinya:Kalau kita dah langgar kereta orang lain tu janganlah buat tak tahu je ataupun terus cabut lari.Cuba korang bayangkan kalau kereta korang yang kena langgar.Apa yang korang rasa.Mestilah rasa macam nak lempang orang tu kan.Muhasabahlah diri sendiri tu k.

Klah,Sayonara!