Aduiii!Malunya!
Posted on Monday, 10 September 2012 at 16:32 | 0comments Bismillah,Assalamualaikum. Hari ini ada satu peristiwa yang telah terjadi yang memang memalukan seluruh jiwa raga badan akulah. Haih -___- macam tak nak diingatkan balik je.Rasa macam nak putarkan je balik masa supaya benda tu tak berlaku tapi nak buat macam mana kan,nasi dah jadi bubur.Bukannya bubur tu boleh patah balik jadi nasi. Peristiwa dia macam ni, Hari ini aku balik dalam pukul 2 petang.Aku pun tak tahu kenapa dapat balik awal tapi tak kisahlah kan sebab aku balik lambat juga.Aku balik pukul 2.40 petang sebab aku kena tunggu ayah aku.Sementara aku menunggu lama tu,aku pergilah solat dulu. Kan tak baik kita melengah-lengahkan solat.Ceh ceh ceh lol.Aku pergilah solat dengan kawan aku sekali.Lepas dah habis solat tu selalunya aku pergi perpustakaan dulu sementara nak tunggu ayah aku sampai. Tapi dalam perjalanan aku nak pergi perpustakaan tu aku terdengar pengumuman yang dia kata mesyuarat apa tah akan diadakan di bilik media.Actually,bilik media dekat sekolah aku tu sebelah dengan perpustakaan. Bila aku dah sampai dekat perpustakaan tu,aku letaklah beg dekat satu rak yang disediakan ni.Mula-mula aku teragak-agak boleh ke masuk tapi kawan aku cakap mestilah boleh masuk sebab kan mesyuarat tu diadakan di bilik media bukannya dekat perpustakaan. Lepas tu aku masuklah dengan kawan aku tu.Tapi yang memalukannya ialah rupa-rupanya mesyuarat tu bukannya diadakan dekat bilik media tapi mungkin dah ditukarkan dekat perpustakaan.Sebab bila time aku masuk tu aku nampak banyak gila cikgu tengah duduk dekat meja-meja dekat perpustakaan tu. Aku pun jadi gabralah.Jadi aku lari cepat-cepat pergi dekat satu meja yang tersorok ni sambil aku pegang pinggang kawan aku tu.Lepas tu,yang memalukan lagi tu ada kakak and abang Form 3 tengah buat revision dekat meja tu. Memang malu sangat-sangat.Lepas tu,yang tak boleh blah nya aku boleh cakap macam ni "Teruskanlah usaha ye" Yelah,time tu dorang pandang aku dengan kawan aku tu.Lepas tu,tersenyum senyum pulak tu.Memang malu sangat-sangat.Lepas dah dalam beberapa minit dekat situ,aku katalah jomlah keluar sebab aku rasa macam tak selesa duduk dekat situ.Kawan aku pun kata dia pun nak keluar. Sebelum kita orang keluar tu,adalah dalan beberapa minit juga kita orang membazir sebab nak suruh siapa yang jalan dulu.Last-last akulah yang terpaksa jalan dulu nak keluar.Time tu aku tak tahu apa yang berlaku sebab aku rasa aku pandang bawah je sambil tu aku tarik tangan kawan aku tu.Memang malu sangat-sangat.Lagi satu,aku dapat rasakan yang mesyuarat tu terhenti seketika.Sebab senyap je.Maybe cikgu-cikgu tu pelik kut tengok kita orang. Klah,Sayonara! |