H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Kisah raya part 2
Posted on Saturday, 25 August 2012 at 16:26 | 0comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Entry yang lepas aku dah cerita pasal raya kan tapi tu pun macam sekerat jalan je.Yelah,aku just cerita raya first and second raya je.So disebabkan itulah sekarang ni aku nak cerita pasal raya ketiga aku  and maybe raya keempat dan kelima juga kut.Tengoklah dulu k.

Masa raya ketiga,aku tak tahulah kalau ada orang datang rumah aku ke tak sebab aku pergi Genting.Kalau ada orang datang mesti kesian sebab rumah aku dah tertutup dah time raya ketiga ni sebab mak dan ayah aku pun tak ada dekat rumah.Dorang pergi dating.

Yelah,aku sebagai anak yang baik kenalah kasi chance kan.Tak naklah asyik kacau daun je.lol.Sebenarnya mak dan ayah aku pergi beli tiket bas untuk kakak aku.Sepatutnya kakak aku balik hari Khamis naik flight tapi flight dia tu cancel sebab dia tak nak so nanti dia balik dengan naik bas esok.

Maybe pelik kut bagi korang sebab orang lain patutnya pergilah beraya rumah kawan-kawan ke ataupun keliling kampung ke.Ni tak pergi Genting masa raya ketiga.Memang buang tabiat kan.

Anyway who cares?

I can feel that nobody cares about this.

Tapikan pergi Genting memang serious best sangat sangat.Aku sampai awal jugalah dekat Genting tu dalam pukul 8 pagi macam tu.Lepas tu kena tunggu lagi nak beli tiket so dalam pukul 8 setengah macam tulah baru masuk.

Yang serious best sangat kalau korang pergi awal-awal,korang tak payah nak beratur lama-lama nak main satu permainan tu.First permainan yang aku main ialah space shot.Memang serious best.Aku rasa macam badan aku tak dapat duduk dengan betul and kaki aku terawang-awang.

Masa naik space shot ni aku tak rasa macam nak muntah tau.Maybe sebab dia laju so muntah yang nak keluar tu tak dapat nak keluar sebab muntah tu dah tertelan balik masuk dalam badan.lol

Aku rasa macam nak muntah masa aku naik pirate ship.Tapi tak muntah pun cuma aku rasa macam nak muntah bila naik benda tu.Aku rasa permainan macam pirate ship nilah antara penyumbang kepada orang muntah sebab permainan ni lambat tau.

Lepas tu,aku naik flying coaster.Yang ni pun memang serious best.Macam superman tau bila korang naik flying coaster ni.Mula-mula aku naik tu hanya Allah je yang tahu.Tapi tangan aku memang sakit masa pegang besi tu.Aku rasa aku pegang sangat-sangat kuat sebab aku tak nak aku jatuh.Time yang paling kuat time flying coaster ni macam pusing-pusing.But overall memang serious best.

Kebanyakkan yang aku naik semuanya thrill ride.Aku ada naik yang roller coaster naga tu.Memang sakit tulang belakang aku bila naik benda tu.Lagi aku ada naik yang Sungai Rejang Flume Ride.Mula-mula masa aku naik ingat tak ada apa-apalah yang nak ditakutkan.Rupa-rupanya naik permainan ni pun boleh lemah jantung aku.

Ada juga benda lain yang aku main macam spinner, dinosaur land and also pirate train(tak pasti betul tak nama dia ni).Masa yang spinner ni aku naik last sekali tau.Memang pening sangat time naik benda ni.Yang dinosaur land ni aku guna yang jalan kaki sebab kalau nak tunggu bot ramai sangat orang.Kalau yang pirate train ni yang aku paling rasa kelakar.Aku ingat bila naik benda tu rasa macam ada hantulah kan.Rupanya tak ada apa-apa pun.Patutlah bila aku tengok kat luar dia kata NO SCREAM ZONE sebab memang tak takut pun kat dalam tu.

Lagi satu,kalau nak pergi Genting memang tak best bawa budak kecil and memang annoying kalau pergi time hujan.Time hujan tu aku rasa macam Genting ni lumpuh selumpuh-lumpuhnya.

Klah,Sayonara!