H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Kisah raya part 1
Posted on Friday, 24 August 2012 at 00:10 | 2comments



Bismillah,Assalamualaikum.

Hari ini baru raya yang kelimakan so masih sempat lagilah aku nak cerita pasal raya ni kan.Cuma aku rasa macam dah ketinggalan zaman sikit.Macam orang lain dah nak naik bas nak balik rumah masing-masing dah tapi aku ni baru je nak tempah tiket.lol

Orang lain dah cerita pasal raya dorang masa first raya ataupun paling lambat second raya tapi aku ni baru je nak menyibukkan diri nak cerita pasal raya aku masa raya kelima.Tak apa tak apa biar aku bagi kelainan sikit eh.

Yelah,sebab masa raya pertama sampailah raya kedua tu banyak sangat orang datang.Sibuk sangat.Dari pagi sampailah malam ada je orang reserve nak datang.Raya ketiga pulak aku pergi Genting and raya keempat aku pergi Kuala Lumpur sebab nak pergi beraya rumah belah adik beradik ayah aku.And hari ini iaitu hari raya kelima aku pergi rumah mak ngah aku.Rasanya esok aku balik Melaka semula.

Nantilah aku cerita satu-satu dulu.Post kali ni aku nak cerita raya pertama dan kedua aku dulu.Nanti kalau aku ada masa aku ceritalah raya ku yang selebihnya tu dekat entry yang lain pulak.

Raya tahun ni tema keluarga aku warna biru sama macam keluarga pak lang aku.Macam dah berjanji pulak warna biru.lol.Lepas tu,macam raya yang lepas-lepas.Keluarga aku pergi ke kubur.Masa mula-mula aku sampai tu kan,aku rasa macam hati aku mula sebak.Aku pun tak tahu kenapa.Selalunya sebelum ni tak adalah pulak aku rasa macam nak menangis.

Lepas tu,aku pergilah ke kubur nenek belah mak aku.Aku tak tahu kenapa tapi time tu aku rasa macam nak menangis.Mula-mula tu tak adalah sampai nak menangis tapi bila aku tiba-tiba terdengar pak lang aku menangis and diikuti pulak dengan mak aku memang time tu aku rasa macam air mata yang aku tahan tu macam nak keluar balik.

Time tu baru aku realize yang kita perlu guna masa yang Allah beri ni dengan beri kasih sayang sepenuhnya  (bukan dekat pakwe dan makwelah ye) dan membuat orang sekeliling kita gembira sebab dorang ada kita dekat sisi dorang.

Jangan buat dorang kecewa dengan sikap kita tapi kita ni pun kan manusia biasa juga.Mestilah ada juga buat kesalahan kan.Setiap manusia ni tak lari dari membuat kesalahan tu.So bila kita ada buat salah sesama manusia,jangan pulak lupa minta maaf cepat-cepat tau.

So lepas aku dah pergi kubur tu aku pun pergilah raya dekat rumah nenek belah ayah aku.Sebelum tu,aku pergi beraya dekat rumah datuk belah mak aku dulu.Rumah datuk aku tu dekat je dengan rumah aku.Sebelah je.lol

Masa raya pertama ni ramailah orang datang.Sampai ke malam pun still lagi ada orang datang.Yang datang tu kebanyakannya adik beradik belah ayah aku.Masa raya kedua pulak,orang dah tak ramai datang.So dah senang sikitlah kerja aku.Ceh punya pemalaslah aku ni.lol

Orang ramai datang pun masa petang tu.Malam tu pula aku pergi beraya dekat rumah tok lang dan tok ngah aku.Kalau aku tak silap rasanya aku balik nak dekat pukul 12.

Klah,Sayonara!