I'm not perfect!
Posted on Sunday, 5 August 2012 at 09:43 | 2comments I'M NOT PERFECT! Aku ni bukannya perfect pun.Semua orang tak perfect.Semua orang mesti ada kelebihan dan kekurangan.Allah SWT sahaja yang perfect dan tak ada kekurangan. Aku pun ada banyak kelemahan juga. Contohnya macam ni: #Aku ada resdung.Aku memang tak boleh makan seafood ataupun sambal belacan.Kalau tak memang aku akan bersin.Bukan sehari je tau tapi berhari-hari.Lepas tu,mulalah aku moody and cepat pening kepala.Hidung aku akan merah-merah macam aku menangis(padahal tak pun).Aku rasa yang lebih baik cabut je hidung aku tu sebab sakit sangat.Nanti satu kerja pun tak jalan. Kadang-kadang aku nak juga makan sebab adik-beradik aku yang lain semuanya makan.Tapi aku tahan je sebab aku tak larat nak bersin berhari-hari.Ada tu,kakak aku pernah cakap yang tak best jadi aku sebab tak boleh makan semua tu.Lepas tu,aku pun cakap macam ni "Kau cakaplah macam tu nanti suami ataupun anak kau ada resdung baru tahu" Memanglah nampak macam kejam je kan aku cakap macam tu tapi dah aku geram.So aku cakap je lah.Patutnya dia bagilah support ni tak.Lagi nak ejek aku adalah. Tapikan nak tahu tak yang resdung aku ni pelik tau.Kalau aku duduk kat tempat lain aku tak akan bersin pun.Macam jaranglah.Contohnya dulu aku pernah duduk asrama tau,memang aku tak bersin pun.Yelah,kalau duduk asrama kan kena pakai air sejuk masa mandi.Aku memang tak boleh mandi pakai air sejuk(kadang-kadang bolehlah),aku kena mandi pakai water heater je.Kalau tak memang aku akan bersinlah. #Aku ni pernah kena kemalangan tau.Kalau tak silap masa aku darjah tiga(kalau tak silap).Dulu aku ni degil,aku suka pergi kedai dekat belakang rumah aku tu.Hari yang aku nak kemalangan tu,aku pergi juga tau tapi aku diteman oleh kakak aku. Macam mana boleh kena? Kakak aku suruh aku lintas kalau dia suruh lintas.Bila dah sampai kat kedai tu dah beli semua barang,tunggu sampai dia suruh lintas balik.Tulah yang dipesan oleh kakak aku.Bila aku kena kemalangan tu,aku tak ingat langsung macam mana boleh kena. Mak aku kata yang aku kena kemalangan sebab aku dah pergi tau kat kedai tu.Tapi tah macam mana aku tiba-tiba patah balik.Menyebabkan aku kena kemalangan.Kereta yang langgar aku tu rupanya dia potong kereta kat depan tu(sebab slow,yelah nak tunggu aku lintas dulu kut) Disebabkan aku kena kemalangan tu,memang aktiviti sukan yang nak aku masuk memang terbatas.Tapi nak buat macam mana dah itu salah aku.Menggatal sangat nak pergi kedai.Lepas tu,memang mak aku tak kasi lagi aku pergi kedai tu(kecuali terdesak).Tapi sekarang ni implant aku tu dah keluarlah masa hujung tahun aku darjah lima. Sebenarnya kaki yang aku patah tu tak disimen.Masuk besi tapi bukannya besilah,dia tu implant(tak pasti betul ke ejaan)Kecil je implant tu.Siap ada skru lagi tau.Nanti kalau aku ada masa aku tunjukkan k. Haa, Lagi satu,nak tahu tak tempat yang aku operate tu maksudnya kat peha aku tu.Still lagi ada parut dia. Klah,nanti aku sambung lagi k.Kalau nak tahu lagi,tunggu aku sambung entry ni di part yang kedua k. Sayonara! |