Hari akhir puasa!
Posted on Saturday, 18 August 2012 at 18:39 | 0comments Bismillah,Assalamualaikum. Hari ini iatu 18 Ogos 2012 adalah hari last kita sebagai umat Islam berpuasa.*sigh*Rasa macam sekejap je berpuasa.Rasa macam baru je puasa masa tu. Urm urm korang pernah tak menangis sebab bulan yang mulia ni iaitu bulan Ramadhan nak pergi nak tinggalkan kita.Jawab dengan jujur tau.Kalau korang bohong pun bukannya Allah tak tahu. Ada tu yang pernah menangis disebabkan Ramadhan nak dekat berakhir dah,menangis disebabkan rasa macam dosa kita ni tak diampunkan lagi oleh Allah.Menangis disebabkan amalan yang dibuat masa bulan Ramadhan macam tak cukup.Menangis disebabkan syaitan tak lama lagi akan bebas. xxxx
Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu Mengukir senyuman Bersulam syahdu tawa Mengiringi sayu hangatan air mata Menghimpun panjat syukur buat yang Esa
Duhai Ramadan...
Kehadiranmu bak Penantian sang kekasih pada arjunanya Biarkan penantian ini umpama episod cinta Episod cinta 10 malam terakhir Menguntum nikmat Lailatul Qadar Padanya turunnya Al-Quran Ganjaran melebihi seribu bulan
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua Titian hari merobah paradigma iman jiwa Melakar megah lembayung Taqwa Peroleh rahmat beroleh bahagia Ampunan dosa hitam nan kelam Terlepas azab Jahannam menjulang
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini Melambai mesra syafaat bahagia Melakar senyuman cinta ke syurga menguntum kasih buat Allah yang Esa Membawa lalu duka nan lara Mengusir pergi tangis sengketa
Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir Jadikanlah saat bersamamu disusuli basahan zikrullah beralun merdu lafaz al-kitab beserta istiqomah tahajjud syukur Jua tadahan doa pohon ampunan Mengecap impian syurga idaman.. credit:IluvIslam Klah,Sayonara! |