H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Selamat menyambut Ramadhan!
Posted on Saturday, 21 July 2012 at 11:45 | 5comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Hari ini ialah hari first puasa.Maka bermulalah pada hari ini dan seterusnya bulan Ramadhan,bulan yang paling mulia.

Tadi pukul 5.20 pagi aku bangun sahur.Lambatkan?

Tapi takpelah.Kan itu antara sunat masa berpuasa iaitu bersahurlah dan melambat-lambatkannya.

Haa,

Jangan ponteng-ponteng puasa tau!Puasalah dengan sepenuh hati sebab..

Mungkin ini ialah Ramadhan yang awak akan puasa yang terakhir

Jadi rebutlah peluang untuk berpuasa.Tapi memang rindu betullah dapat puasa.Rindu sangat nak dengar macam ni "Ayuni,Bangun!Dah sahur ni.Dah lambat!".Lagi-lagi nak pergi bazar ramadhan.Memang rambang mata betullah  nampak banyak makanan tapi aku akan bertekad supaya nak kurangkan pergi bazar ramadhan.

Yelah,cuba bayangkan ye.Masa pergi tu memanglah best dapat nampak banyak makanan tapi bila dah berbuka.Alamak!Banyaklah yang tak makan.Nanti bukan ke membazir.Allah kan tak suka orang yang membazir so nanti berkurang pula pahala kita nanti.

Dahlah,sampai di sini sahaja dulu.Nak download drama bid pula lepas ni.Klah,Sayonara!