"Segmen: Jom Kenali KPOP Bloggers"
Posted on Saturday, 14 July 2012 at 10:13 | 1comments
Bismillah,Assalamualaikum.
Tadi aku pergi jalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain and this what I found.Memang segmen ni menepati cita rasa akulah.lol.Tapi aku rasa macam dah ketinggalan zaman pula.Yelah,baru sekarang aku terjumpa pasal segmen ni.Padahal dah ramai yang join ni.Kalau korang nak join just click je banner tu k.
Opps.Question!
Group KPOP pertama yang korang minat?
Aku rasa group pertama yang aku minat ialah Suju aka Super Junior sebab kawan aku dulu memang fanatik sangat dengan Super Junior ni.Dari situlah mula aku minat kpop.Tapi sekarang ni dah kurang minat.sorry!
Lagu KPOP kegemaran korang . State 2 reasons kenapa korang suka lagu tu
Kalau lagu tu memang banyaklah aku minat.Tak kiralah lagu tu dari group yang aku minat ataupun tak.
Buat masa ni aku suka sangat dengar lagu ni
0330-Ukiss
*WHY*
1. MV lagu ni memang awesome sangat.Girlfriend dia mati tapi dia still lagi tak percaya.Jadi dia buat macam benda tu tak berlaku.Ianya sangat sedih.
2. Aku suka sangat dorang nyanyi genre yang macam ni.Memang 100% DAEBAK!
Siapakah ultimate bias korang. Seorang sahaja. Tak boleh lebih
My ultimate bias ialah G.O from Mblaq.*berangan-angan*
Group KPOP mana yang menjadi top3 pilihan korang sekarang?
1. MBLAQ
2. JYJ
3. BIG BANG
K-DRAMA & Variety show kegemaran korang?
Actually K-drama and variety show memang semua aku layan.Tapi aku lebih tertumpu kepada
k-dramalah .Aku dapat tengok k-drama tu pun disebabkan unni aku yang baik hati tu tolong downloadkan.
Tapi sekarang ni aku dah jadi budak yang berdikari.lol.Sebab sekarang ni unni aku dah pergi universiti so tak ada sesiapa lagilah nak tolong downloadkan.Jadi terpaksalah aku merajinkan tangan download drama.Aku dah habis download rooftop prince.Sekarang ni yang ongoing lagi ialah dr jin and big.Tu pun sebab request dari unni aku.Aku nak sangat download Bridal Mask.Orang kata drama tu daebak gila.Nantilah kalau aku ada masa aku download.
Kalau k-drama yang first aku tengok ialah Bread,Love and Dream.Disebabkan drama tu aku dah makin suka tengok k-drama.Sekarang ni drama yang aku tengok ialah Rooftop Prince.Memang daebak sangat drama tu.
Kalau variety show pula,aku tak pasti sangat.Tapi sekarang ni yang aku paling layan variety show ialah 2 days and 1 night atau lebih tepat yang ada disiarkan dekat tv.Running Man pun aku layan tapi tak berapa nak tengok sekarang.Yelah,aku dah janji dengan unni aku tu,yang aku akan download drama and dia download movie + variety show.So bila dia balik nanti baru aku akan tengok Running Man.
Blog fanfiction manakah yang menjadi kegemaran korang? State 2 reasons
Actually aku tak berapa minat baca fanfiction.Lagi-lagi kalau ada boy + girl sebab nanti aku cepat jealous.Kalau boy + boy pula lagi aku tak minat.Yelah,ada tu yang membuatkan dorang tu macam gay pulak.Tengoklah nanti maybe aku akan berubah hati nak terbaca pula fanfiction korang.
Adakah bias korang antara yang paling smart & sexy ? tunjukkan gambar tersebut
Apalah soalan macam ni.Tak mencabar minda pula.cehh sorry!Mestilah bias aku tu yang paling smart and sexy.
Opps.Sorry tak dapat nak uploadkan.Aku just ada magazine and poster je.Kalau goodies tu memang tak ada. Klah,Sayonara! |