Please think before you do something!
Posted on Sunday, 22 July 2012 at 15:06 | 0comments Sebelum aku teruskan tentang entry kali ni,memang entry ni agak urm urm sikit tau.So,tetapkan hati korang.lol Oke,serious aku sangat benci anti fan.Kadang-kadang aku terfikir kenapalah anti fan ni wujud dekat atas muka bumi ni.Sebab bila dorang ada memang hidup orang lain akan sengsara dan menyusahkan hidup orang lain. Semalam aku ada tengok Strong Heart tentang YG.Aku tahulah ada yang dah tengok pasal tu.Cuma aku ni agak ketinggalan zaman sikit.Aku bukan nak cerita pasal strong heart(YG) ni cuma aku nak cerita pasal Tablo. First aku tahu pasal Tablo ni pun dekat strong heart.Kalau tak silap aku kakak aku pernah bagitahu kat aku yang sebenarnya Tablo ni pandai sangat.Mula-mula tu aku tergerak hatilah nak tahu kenapa kata Tablo ni pandai.So aku pun ambil keputusan yang paling bijak and search pasal dia.Rupa-rupanya dia pernah graduate dekat Universiti Standford. Tapi yang membuatkan aku tak puas hati ialah knetizen tak percaya yang Tablo ni sebenarnya memang gradute dari Universiti Standford.So mulalah ada berita tentang Tablo ni menipulah and yang paling tak tahan tu muncul pula tentang anti fan. Anti fan tu sebenarnya dikenali sebagai 'whatbecomes'.Dorang tuduh yang Tablo punya akademik rekod tu adalah penipu.And yang paling teruk,rupa-rupanya orang yang tubuhkan anti fan tu sebenarnya ialah seorang yang berumur 59 tahun.Dia ialah Korea-America yang bernama Kim Eung Seok yang tinggal di Chicago. Pasal kes ni memang teruklah.Tapi yang membuatkan aku tak tahan tu,ramai dah yang buktikan yang Tablo tu sebenarnya memang graduate dari Stanford.Cuma aku tak fahamlah kenapa dorang still lagi tak nak percaya.Aku rasa dah banyak bukti dah yang ditunjukkan tapi anti fan ni memang gila tak nak percaya. Kim Eng Seok tu juga pernah cakap macam ni “If even one of our club members is hurt by this, I will go to Korea myself and do something about Tablo and his lawyer.” “If Tablo’s academic credentials are found to be true, I will take all responsibility and even go to prison in Korea.” Lepas tu,bila dah memang sah-sah Tablo tu tak bersalah.Polis korea pun dapat waran tangkap untuk tangkap orang tua tu.And boleh pulak dia cakap macam ni “I am a Korean with a U.S. citizenship and not a criminal. This is not an issue to arrest me over with the help of Interpol. Is defamation an international crime? I am so angry they are treating me like a suspect when they have not confirmed I am a criminal.” Serious,bila aku tahu yang dia cakap macam ni memang aku naik anginlah.Apa taknya dia telah wujudkan site yang telah menghina dan mencaci kredibiliti Tablo selama setahun dengan mengatakan dia tu menipu tentang graduate dari Universiti Stanford.Lepas tu,dia kata dia tak bersalah.Memang annoying gila orang macam ni.
Konklusinya janganlah kita nak susahkan hidup orang lain disebabkan korang jealous dengan apa yang dia ada.Jikalau korang tak puas hati juga,berusahalah untuk mendapatkannya dengan cara yang baik bukan dengan buat fitnah.Apa yang dia dapat tu adalah hasil usaha dia sendiri.Dia dah penat-penat berusaha.Ingatlah bahawa suatu hari nanti pasti Allah akan membalasnya!
p/s:sebenarnya Tablo ni dah kahwin tau dengan seorang actress iaitu Kang Hye Jung.Mula-mula aku pun terkejut.Tapi rupa-rupanya dia ni tak adalah tua.Still muda lagi.Umur dia baru 31 tahun and lagi satu sebenarnya hari ini ialah hari lahir Tablo tau.Happy Birthday Tablo!^^
Klah,Sayonara!
|