H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Problem,Problem
Posted on Friday, 22 June 2012 at 15:43 | 0comments




Bismillah,Assalamualaikum.

Sepatutnya hari ini aku cuti sebab semalam aku ada hari sukan tapi disebabkan ada hal-hal mustahak yang perlu diselesaikan,aku terpaksa pergi ke sekolah.Yelah,kan aku ada bagitahu masa tu yang aku ada pertandingan perbualan Bahasa Arab esok iaitu hari Sabtu ni.

Mula-mula aku tak confirm lagi boleh pergi ke tak sebab tak ada sape pun nak hantar aku.Ayah dengan mak aku kena pergi sekolah hari ini.Jadi bila fikir-fikir*muncul pula lampu kat atas kepala*,so aku dapat idea.Aku mintalah ayah aku tolong hantarkan aku masa dia pergi sekolah tadi and dia kata boleh je so aku pun ikutlah tapikan aku ada bawa laptop aku sekali tau sebab aku rasa aku akan bosan nanti.

Mula-mula hati aku ni dah berbungalah juga sebab dapat buka internet tapi tiba-tiba connection(kalau aku tak silap)problemlah pulak.Yelah,bila aku fikir balik asal tak boleh rupa-rupanya memanglah tak bolehkan sekolah aku cuti hari ini so mestilah internet tu dia tutup sekali kut.Lepas tu,aku dah tak tahu nak buat apa lagi sebab aku datang pukul 7 and latihan tu start pukul 8.30 pagi.Cuba bayangkan ada 1 jam 30 minit lagi.

Jadi aku pun buat cadangan yang bernas dengan tengok jelah variety show yang best-best kat laptop aku ni.Kalau aku dah malas nak tengok,aku pun bacalah novel yang aku baru dapat semalam.Cerita novel tu macam best.

Klah,tu je kut.

Haa,

Sebelum terlupa tolong doakan aku supaya aku dapat buat betul-betul esok k!

Sayonara!