H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Kenapa perlu melakukan perkara yang diharamkan?
Posted on Friday, 8 June 2012 at 19:17 | 0comments



Assalamualaikum and moshi moshi..Title kat atas tu menarik,kan?Urm Urm Kenapakan kita perlu melakukan perkara yang diharamkan oleh syariat Islam?Contoh yang paling dekat ialah bercouple..Adakah korang tak tahu yang bercouple itu haram?Kenapa ada juga yang still bercouple sedangkan kita tahu hukum bercouple tu sendiri..

Kadang-kadang aku tengok kat taman ke ataupun kat mana-mana je macam-macam aksi pasangan kekasih ni aku nampak..Banyak dan macam-macam gaya remaja yang bercouple pada masa kini seperti saling berpandangan,berdua-duan,berpegang tangan,berpelukan,berciuman,membonceng dan ada yang sanggup menyerahkan 'segalanya'..


Selalunya situasi yang biasanya terjadi kepada pasangan remaja yang bercouple ialah perjumpaan pertama kedua-duanya saling tidak mengenali,berkenalan disebabkan perantaraan rakan atau inisitif sendiri lalu hubungan pun berlanjutan dan penilaian terhadap sang kenalan dirasakan begitu manis..

Pertama ia dinilai dengan gaya fizikal dan penampilannya,mata sebagai juri..Seyuman pun mengiringi ..Hati pula mula menggelora dan sering katakan rindu serta pertanyaan yang timbul ialah kata-kata pujian..

Bila bertemu pasti mereka akan melepaskan gelora rindu dan mulalah mengungkapkan perkataan I Love You atau Aku Cinta Padamu..Lalu pasti si perempuan tidak dapat menolak ajakan sang kekasih"buktikanlah kasih dan sayang mu pada ku"
Buktikan cinta atau kasih sayang?Haa Adakah dengan menyerahkan wang,tubuh,kemaluan dan maruah?Adakah korang sanggup mengabaikan hukum bercouple sedangkan azab Allah terlalu pedih?Bayangkanlah azab Allah terlalu pedih sehinggakan bila kita mempersoalkan pasal itu pasti kita berasa gerun..


Ramai orang yang bercouple akan cakap macam ni..

Kitaorang bercouple just unuk saling kenal-mengenal je,kitaorang tak buat pun maksiat..

Jangan cakap macam itu,korang tahu tak yang bila korang bercouple korang dah banyak bergelumang dengan dosa..Macam-macam bentuk zina yang korang dah buat..Memanglah korang akan kata macam ini,kitaorang tak buat pun zina and sampai menjauhinya tapi kenapa kitaorang boleh dikatakan membuat zina?

Korang nak tahu tak yang zina tu ada macam-macam bentuk,sampai korang rasa yang benda tu tak mungkin..Ada zina mata,zina telinga,zina lidah,zina tangan,zina kaki,zina kalbu dan zina kemaluan..
Kedua-dua mata adalah zina memandang iaitu memandang wanita yang tidak halal unuk dilihat walaupun tanpa syahwat,Kedua-dua telinga adalah zina mendengar iaitu mendengar ucapan wanita selain isteri dalam bentuk menikmati,Lidah(lisan) zinanya adalah berbicara iaitu berbicara dengan wanita selain isteri dalam bentuk menikmati atau menggoda dan merayu,Tangan zinanya adalah memengang iaitu menyentuh wania yang tidak halal disentuh dengan memengang atau lain-lain yang seangkatan dengannya.. Kaki zinanya adalah melangkah iatu mengayunkan langkah menuju ke tempat wanita yang menarik hati atau tempat perzinaan,Zina kalbu ialah berkeinginan dan mengangan-angankan wanita yang memikatnya dan Zina kemaluan ialah kemaluannya yang membenarkan atau mengikuti perzinaan yang bererti kemaluannya telah membenarkan


Semua orang pasti ingin disayangi dan menyayangi satu sama lain kan?Tipulah kalau korang kata yang perasaan cinta itu tak ada ataupun tak datang..Maybe korang akan kata tak suka tapi just minat je and takkanlah minat pun menjadi satu kesalahan?Urm urm bukan ke lama-kelamaan perasaan minat itu akan bertukar menjadi perasaan cinta ataupun suka?

Memanglah pada asalnya hukum bercinta itu tidak haram tetapi ada beberapa perkara yang akan menyebabkannya menjadi haram..Antaranya ialah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam yang menyusuli selepas bercinta itu yang salah..



Sebab-sebab yang menjadikannya haram ialah:

1. Mempunyai niat yang tidak baik

Sesebuah perhubungan istimewa antara seseorang lelaki dan wanita perlu mempunyai niat yang baik seperti ingin berkahwin..Kalau perhubungan yang tidak bertujuan begitu seperti becouple hanya untuk suka-suka dan berhibur atau seangkatan dengannya yang menyebabkan ianya menjadi haram..

2. Tidak mematuhi atau melanggar syariat Islam

Lumrah bercouple seakan tidak akan lari daripada aktiviti ini seperti bershopping,berdating dan sebagai bahkan ada yang sampai ke peringkat yang lebih teruk..Ada juga tanpa segan silu menggunakan istilah yang kononya menunjukkan sikap caring..Paling tidaknya pasti akan berlaku pandangan mata yang menggoda,perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya..Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan syariat Islam iatu perhubungan bebas antara seseorang lelaki dan perempuan..Yang paling penting ialah apabila syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara maka perkara yang menuju kepada kemungkaran juga diharamkan..



3. Menjatuhkan maruah atau peribadi seseorang wanita

Apabila pasangan bercouple itu berdating maka peribadi seorang muslimah itu akan dipersoalkan..Khalayak tidak akan berbicara tentang Si Lelaki yang bercouple tersebut tetapi Si Perempuan..Masyarakat akan mempersoalkan bagaimana seorang perempuan itu begitu mudah membiarkan dirinya diusung ke sana-sini atau setidak-tidaknya pasti umum akan menganggap bahawa permpuan itu sudah dimiliki..Kesan paling buruknya apabila berlaku perpisahan..Masyarakat akan berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap perempuan itu..Prasangka-prasangka negatif akan direka lalu dihebohkan..Akhirnya berlakulah tomahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan perempuan itu..

Ingatlah bahawa Islam amat menitik beratkan penjagaan maruah diri seorang wanita..Di atas dasar tersebut terjadinya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengahramkan perhubungan di luar batasan..Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita



4. Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar

Di dalam budaya bercouple kebiasaanya pasti lelaki akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN,JPA,Yayasan Negeri atau duit pemberian ibu bapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya itu..Ajak saja dinner,lunch,breakfast atau bershopping pasti lelaki itu akan mengeluarkan duitnya..Ada juga keadaan yang mana permpuan akan belanja pasangan lelakinya..Itu belum kira lagi dengan pembelian top up kepada henset yang out of control..Hanya kerana ingin bertanyakan khabar,dah makan ke belum aau lain-lain sehinggakan sanggup mentop up kan henset beberapa kali dalam seminggu..Cuba bayangkan jumlah wang yang dibazirkan hanya untuk perkara yang remeh atau tidak perlu..

5. Membuang masa kepada perkara yang tidak sepatutnya

Perlu diingatkan yang Islam tidak mengharamkan sepenuhnya perkara yang dinyatakan di atas..Islam tidak menghalang perkara-perkara tersebut tetapi meletakkan pra syarat yang perlu dipatuhi..Sekiranya kita gagal memenuhi syarat-syarat itu maka status perbuatan itu menjadi haram serta merta..

Cara-cara yang dianjurkan oleh Islam untuk bercinta

Cintailah seseorang yang mencintai Allah,tak perlu kita berdating dan tak perlu bergayut kat telefon
berjam-jam..Tanggapan kita ialah salah jika kita berfikir kalau nak mengenali seseorang itu dengan lebih rapat ialah bercouple tapi sebenarnya Islam menganjurkan adalah dengan meminang..

Meminang adalah cara Islam untuksesuatu pernikahan.Islam membolehkan orang yang meminang melihat orang yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam..Dalam tempoh meminang,pasangan boleh mengenali peribadi masing-masing maka tiada sebab mengatakan Islam tidak menitik beratkan hati dan perasaan masing-masing yang hendak mendirikan rumah tangga..Tetapi meminang bukanlah beerti sudah separuh suami isteri atau lesen untuk melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh suami isteri..

Klah,sampai disini sahaja dulu..Seperti biasanya aku nak minta maaf kaalau terasa hati..Sayonara!!