Speechless Friday
Posted on Friday, 25 May 2012 at 16:25 | 0comments
Assalamualaikum and moshi moshi..Ini ialah entry pertama aku selepas aku habis exam..*excited*
Banyak benda yang dah berlaku sepanjang aku tak jenguk blog aku ini..ada yang menggembirakan,ada yang menyakitkan hati dan ada juga yang sedih..Cuma aku rasa hari ini merupakan hari yang worst dalam hidup aku *opps* tak delah teruk sangat..Urm -________- meh sini check it out bersama-sama k..
Ceritanya macam ini..Hari aku gembira sangat sebab mid year exam aku da abis..Paper last untuk exam ini ialah Kemahiran Hidup(KH)..Alhamdulillah aku dapat jawab semua paper dengan mantopp..Walaupun ada yang agak mencabar minda tapi overall aku dapat jawab semuanya dengan terbaik!!Tapi kegembiraan aku tu tak bertahan lama.Tarikh luput dia sekejap je..Aku ingat aku boleh dalam mood happy sampai balik but ada satu peristiwa yang menyebabkan aku dah tak gembira da..
Mesti korang tertanya-tanya sebab apa kegembiraan aku tak bertahan lama..Macam ini ceritanya tadi tu iklan sebentar..Aku rasa perkara ini lagi teruk daripada kena jaga kantin dan perkara ini lagi teruk daripada aku kena marah...Perkara yang aku maksud kan tu ialah_______
Aku kena demerit 10
Sebelum korang berfikir yang buruk jangan terpedaya sebab aku ini budak baik tau..LOL~~
Actually ceritanya macam ini..Lepas waktu rehat sesetengah daripada budak kat kelas aku ini nak sambut birthday kawan aku yang bernama Faizah..Dia orang kenakan faizah ini dengan marah gila-gilalah kat dia..Memang huru hara gak kelas aku tu untuk seketika waktu..Macam ada benda ajaib yang berlaku yang menyebabkan dia orang tu memekak..Lepas beberapa minit berlalu(cam karangan pun ada),dia orang pun nyanyikan lagu happy birthday kat faizah and bila dia ini angkat muka..dia orang semua pun baling tepung kat dia..
Sampai situ oke lagi..tapi tiba-tiba ada seorang guru praktikal ini masuk kelas aku tu..Dia pun buat muka seriuslah...Lepas dia dah dapat tangkap budak yang bawak tepung tu,dia nak demerit kan budak tu..
Budak tu apa lagi jadi gila and terjerit-jerit untuk beberapa minit macam kena histeria gaklah..Aku dah rasa cuak juga apabila ada seorang budak tu cakap macam ini
Kalau dia kena naik nama,semua budak 2AA kena naik sekali
Kalau koranglah tak buat apa-apa kesalahan tiba-tiba nama korang naik disebabkan kesalahan orang lain,apa yang korang rasa?mestilah marahkan..Aku tak puas hatilah sebab apa nama aku naik sedangkan aku tak buat pun kesalahan tu..Aku tak rancang,tak terlibat and tak bawa tepung tu..Habis tu takkanlah aku pun kena sekali..It's not fair at all!!
Lepas tu keadaan jadi makin hangat bila budak yang bawak tepung tu masuk..Dia bawak surat saman and pada masa tulah aku kena demerit 10!!Semua budak kelas aku kena demerit 10..Pada akulah ianya tidak adil sama sekali untuk menyaman orang yang tak buat kesalahan..Aku tak pernah pun nak buat kesalahan sampai kena demerit..Tiba-tiba hari ini aku kena..tapi yang menyakitkan hati aku,kenapa aku and budak2 yang tak terlibat kena demerit sekali..
Just demerit jewlah budak yang bawak tepung tu and yang rancang pelan yang MANTOPP tu..Jangan libatkan seseorang itu disebabkan kesalahan orang lain..Aku menangis sampai aku nak berhentikan pun tak boleh..Ramai jugalah yang menangis sebab kena demerit tu..Lepas tu,budak yang bawak tepung tu janganlah korang menangis lagi..Aku minta maaf sebab nama korang naik disebabkan aku..
Aku nak tanyalah..Adakah dengan meminta maaf dapat mengubah segalanya?Adakah dengan meminta maaf boleh turn back the time?Boleh ke?Semua orang boleh cakap perkataan maaf..Tapi adakah ianya akan melegakan hati semua orang?Aku rasa tak..
Okelah sampai di sini jew dulu..Sorry sebab post aku kali ini agak panjang lebar..And I want to say sorry to my friend..Yang kena layan kerenah aku tadi and terima kasih kepada orang yang sudi pujuk aku..
Klah Sayonara!!
|