H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Jack The Ripper
Posted on Saturday 28 April 2012 at 22:44 | 0comments





Assalamualaikum..Sekarang ini aku tergerak hati nak berkongsi satu benda kat korang..Urm adakah korang ini peminat cerita seram??kalau ya meh sini aku ceritakan tentang seorang pembunuh misteri yang sampai sekarang ini identitinya masih lagi misteri atau lebih lanjut lagi tak diketahui..korang nak tahu tak siapa orang yang aku maksudkan itu??urm pembunuh misteri itu ialah Jack The Ripper..Dia telah melakukan aktiviti pembunuhannya itu semasa musim panas dan luruh pada tahun 1888 di Whitechapel(sebuah daerah di London)..Daerah ini banyak didiami oleh penduduk yang berlebihan dan pelacuran yang berleluasa..


Jack The Ripper iaitu seorang pembunuh misteri telah membunuh mangsa-mangsanya dengan kejam.Dia mungkin seorang doktor atau pemotong daging kerana cara dia membunuh seperti seorang doktor pakar bedah yang ingin melakukan pembedahan dan seorang pemotong daging yang sedang menyembelih binatang...Cara pembunuhannya berlaku termasuk tekak dipotong dan perut dicacatkan.Pakar bedah membuat pemeriksaan dan mendapati cara pemotongannya ialah tepat yang menunjukkan pembunuhnya pakar dalam bidang anatomi.




"Jack the Ripper" berasal dari surat misteri yg dihantar ke Central News Agency yg kemudiannya diserahkan kepada Metropolitan Police. Surat tersebut mengaitkan bahawa si penulis "memburu pelacur" dan tidak akan berhenti daripada "merobek mereka".Satu surat lg diterima melalui poskad. Penulis menggunakan dakwat merah dan menggelar dirinya sebagai "Saucy Jacky" dan ditandatangani sebagai Jack The Ripper..Walaupun terdapat banyak suspek dalam kes ini, akhirnya telah mengecil menjadi empat.Badan (tidak termasuk kepala,kaki dan tangan) seorang wanita dijumpai di bilik bawah tanah bangunan polis yg sedang dibina di Whitehall..Pengerusi Whitechapel Vigilance Committee menerima sebahagian daripada buah pinggang manusia di dalam kotak berserta  surat "From Hell" yang diakhiri dengan "Tangkaplah saya kalau anda boleh".

Ripper murders dan Whitechapel murders bukanlah benda yg sama.dan juga yang anda perlu tahu ialah pembunuhan ini sgt terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa dan juga di buat documentary.

Mangsa Jack The Ripper mungkin berjumlah 11 orang dan dipercayai 5 orang perempuan..Cuma mangsa-mangsa Jack The Ripper adalah pelacur..maksudnya 5 orang perempuan itu juga adalah pelacur.. 


Mary Ann Nicholas- 47 tahun (31 Ogos)

Annie Chapman- 42 tahun (8 September)

Elizabeth Stride- 44 tahun (30 September)

Catharine Eddowes- 46 tahun (30 September)

Mary Jane Kelly- 25 tahun (9 November)



Selepas pembunuhan Kelly,tiada pembunuhan lagi yang dibuat oleh Jack The Ripper..Pembunuhan nampaknya tamat pada tahun 1891.Pada tahun 1986, satu lagi surat "Jack the Ripper" muncul dengan spekulasi bahawa Jack The Ripper telah kembali.

Klah adios..Good Nite!!