H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

A memory at Kem Rabiatul Adawiyah~~
Posted on Sunday, 11 March 2012 at 11:19 | 0comments


Assalamualaikum..

Dah lama aku tak mengepost dan mengedit kat blog aku niekan..Dah macam sarang semut pun ada..Al maklumlah aku kan tengah sibuk dengan pekse masa tu..
Kalau korang baca tajuk kat atas tu,mesti korang tertanya-tanyakan??hah!!meh sini aku citer..

Once upon a time.....eh??eh??nak speaking ke??LOL~~
Bukak mata korang besar-besar sebab aku nak mula citer nie..

Masa hari Jumaat lepas,aku pergilah ke Kem Bina Insan Rabiatul Adawiyah yang terletak kat DURIAN TUNGGAL..Aku stay kat sana sekejap jew (2 hari 1 malam)..walaupun kejap jew aku kat sana,aku rasa kem nielah yang paling best pernah aku pergi..
Fasilitator die sporting giler..Mantoppp~~Abang-abang fasi tu kelakar terutama abang hafiz dengan abang Z tapi bila dia orang marah ayoyoyo takut ma...

Masa mula-mula aku sampai tu,dia orang buatlah ice breaking mean pecahkan ais..he3..xdewlah ice breaking tu adalah sesi suai kenal..walaupun dari satu sekolah tapi yang terlibat dalam kem nie dari form 2 sampailah form 5...so takkanlah kita orang kenal satu sama lain..tu sebablah dia orang buat ice breaking..dan yang paling gembiranya aku yang paling muda kat situ..he3..awet mudalah katakan...lepas dah ice breaking tu,kita orang pecahkan kumpulan..Yang paling uniknya kat kem nie,sebelum start sesuatu aktiviti tu kita orang kena selawat dulu..pada mulanya memanglah macam pelik sikit...Hah!!kalau masa makan,fasi tu pecahkan untuk kumpulan makan dan kita orang makan pakai dulang..Kalau dah makan pakai dulang maknanya kena duduk bersimpuhlah kan..wanita melayu terakhirlah katakan..
Dan paling aku tak suka,masa malam muhasabah diri..aku nie bukannya hati batu so kalau kena provok sikit dah nangis..citernya macam nie,masa tu abang Z(fasilitator) bagi satu kertas dan suruh koyakkan dua..Dia kata macam nie,korang tulis nama kumpulan korang dan tulis dua nama orang yang ko sayang lepastu tulis 3 tempat yang korang nak pergi dengan orang yang ko sayang tu..dah tulis,dia suruh renyukkan dan baling kat salah satu tempat nie..adew 4 fasilitator maknanya ada 4 tempat(paris,menara condong,tembok besar china,mekah)lepas tu aku balinglah..ada 5 orang yang tak baling kertas tu..mula-mula abang z marah kat budak yang tak baling tu,lepas tu tiba-tiba dia tanya,adakah kita orang lupa apew yang dia cakap masa mula-mula tu..aku blur masa tu..rupa-rupanya dia kata 'korang dah lupa kew yang abang kata sesiapa yang dapat baling kat tempat tu dapat RM 150(duit tipu jew)'...lepas tu dia kata kat fasi lain yang buat macam biasa maknanya pijak kertas yang dah kena baling tu dan koyakkannya..masa dia orang pijak tu,aku dah mula nak menangis...gila ke apew??xkanlah korang xrasa apew-apew bila nama mak gan ayah korang kena pijak..macam hina sangat mereka tu sehingga kena pijak..lepas tu dia tanya ade sape-sape tak yang tak puas hati,sila bangun and cakap apew yang korang tak puas hati tu..jadi aku bangunlah..lepas dah cakap apa yang kita orang tak puas hati tu..dia suruh kita orang duduk dan lampu kat dewan tu kena tutup..masa tu bermula babak sedih..
Keesokan harinya,adew rentas halangan..yang nie memang best gilerlah..TERBAIK~~~macam askar jew masa tu..

Dahlah,sampai di sini sahajalah aku berceloteh...sorrylah aku tak dapat nak upload kan gambar sebab kamera kena simpan oleh fasilitator tu..Tapi pergi kem nie macam-macam aku dapat dan pengalaman yang paling aku takkan lupakan..RABIATUL ADAWIYAH..I LOVE YOU!!