H I A T U S
   
entries profile linkies past dashboard

Malam Pertama
Posted on Saturday, 30 April 2011 at 11:06 | 0comments


 :)

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk
orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari
dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau
Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.

Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis
dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di
dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah,
fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,
keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta
minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang
kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah
berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,
adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di
rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia),
agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan
(dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia
wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati
pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa
kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian
dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah
engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari
penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut
kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah,
tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa
datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang
semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi
pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan
menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala.
Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan
di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah
engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah
yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap
menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah,
mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau
menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah
Al-Qarni)







ni baru King Cobra bukan Sujaul Aqra gi..


Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-



1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Allahu Rabbi..apa persediaan diri ini?